Mohd Feisal Mohd Pop JUN 29TH, 8:53AM Apa beza "Allahyarhamah" dan "Almarhumah"? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat merakamkan istilah allahyarham sebagai kata ganti diri yg digunakan sebelum nama orang lelaki Islam (bukan drpd keluarga diraja) yg telah meninggal: ~ Datuk Onn terkenal di seluruh negara manakala allahyarhamah sebagai ganti nama diri yg digunakan sebelum nama orang perempuan Islam (bukan drpd keluarga diraja) yg telah meninggal, manakala almarhum biasanya digunakan pada raja dan kerabatnya yang telah mangkat atau meninggal, contohnya Alamrhum Sultan Ibarim - Lazimnya Sultan yang sedang memerintah sahaja digelar Duli Yang maha Mulia (DYMM), seperti DYMM Sultan Ahmad Syah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar. | Istilah | 29.06.2016 |
Mengapa media hanya menggunakan perkataan Allahyarham tetapi jarang sekali menggunakan perkataan Allahyarhamah ? | Kamus Dewan Edisi Keempat merakamkan istilah allahyarham sebagai kata ganti diri yg digunakan sebelum nama orang lelaki Islam (bukan drpd keluarga diraja) yg telah meninggal: ~ Datuk Onn terkenal di seluruh negara manakala allahyarhamah sebagai ganti nama diri yg digunakan sebelum nama orang perempuan Islam (bukan drpd keluarga diraja) yg telah meninggal. Saudara boleh merujuk media yang berkenaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut. | Istilah | 30.03.2010 |
saya nak tanya, orang bukan islam panggil apa kepada orang islam yang dah meniggal dunia? allahyarham atau arwah atau ada nama lain? | Gelaran untuk orang lelaki beragama Islam yang telah meninggal dunia ialah allahyarham, manakala gelaran untuk orang perempuan Islam pula ialah allahyarhamah. kata arwah digunakan apabila menyebut orang Islam yang telah meninggal dunia. Harap maklum. | Makna | 05.12.2007 |