Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[al.ma.ri] | الماري

Definisi : sj perabot yg bertingkat-tingkat dan berpintu utk menyimpan pakaian (barang-barang dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[al.ma.ri] | الماري

Definisi : peti yg biasanya bertingkat-tingkat dan berpintu utk tempat menyimpan pakaian dll; gerobok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata almari

Puisi
 

Mengetam padi dalam jerami,
     Angkut-angkut dalam almari;
Kerana sudi akan kami,
     Bila dijemput datang ke mari.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tolong beritahu mana yang betul. Terima kasih. Ali menyimpan buku di dalam almari. Ali menyimpan buku ke dalam almari.Ali menyimpan buku di dalam almari.Tatabahasa07.11.2008
ANTARA YANG BERIKUT PENGGUNAAN TANDA BACA KOMA MANAKAH YANG LEBIH TEPAT?. DI RUMAH SAYA TERDAPAT KERUSI, MEJA, KATIL DAN ALMARI.. ATAUPUN DI RUMAH SAYA TERDAPAT KERUSI, MEJA, KATIL, DAN ALMARI.Ayat yang betul ialah "Di rumah saya terdapat kerusi, meja katil dan almari."Tatabahasa01.04.2010
Adakah ayat ni betul? Puan izzah menyimpan koleksi barang-barang hiasannya di dalam almari kaca. koleksi barang- barang hiasannya.Ayat yang betul : Puan Izzah menyimpan koleksi barang hiasannya di dalam almari kaca.Tatabahasa01.07.2015
Pilih ayat yang betul. 1.Kami pulang bila hari petang. 2.Siti membeli sebotol sos cili. 3.Buku itu disimpannya dalam almari. 4.Kawasan yang curam itu amat berbahaya. Tolong beri penjelasan, terima kasih.i. Kami pulang apabila hari petang. ii. Ayat ini betul. iii. Buku  tersebut disimpan di dalam almari. iv. Kawasan curam itu amat berbahaya.Tatabahasa17.01.2008
Ingin saya tanya kepada pihak tuan... apakah ayat songsang bagi ayat-ayat berikut? a. Ali ingin makan aiskrim tetapi demam b. Kakak melipat baju lalu menyimpankannya di dalam almari. c Ayah mendengar radio sambil membaca surat khabar d. Buah pisang bukan sahaja sedap dimakan malahan mengandungi banyak khasiat Terima kasih.a. Ali ingin makan aiskrim tetapi demam.
Ayat songsang: Ingin makan aiskrim tetapi demam, Ali.
b. Kakak melipat baju lalu menyimpankannya di dalam almari.
Ayat songsang: Melipat baju lalu menyimpankannya di dalam almari, kakak.
c. Ayah mendengar radio sambil membaca surat khabar.
Ayat songsang: Mendengar radio sambil membaca surat khabar, ayah.
d. Buah pisang bukan sahaja sedap dimakan malahan mengandungi banyak khasiat.
Ayat songsang: Bukan sahaja sedap dimakan malahan mengandungi banyak khasiat, buah pisang.
Tatabahasa22.07.2016
Kata sendi nama "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad. Soalan: apakah kata sendi nama yang betul untuk digunakan di hadapan kata/frama nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk benda, misalnya televisyen, almari, dsb. Contoh ayat: Kembalikan buku ini ke/kepada almari itu.Jawapan yang betul ialah "Kembalikan buku ini ke almari itu."Tatabahasa26.05.2016
Erti Perkataan "PANTRI". TQPantri ialah almari atau bilik kecil di dalam rumah tempat makanan disimpan; atau bilik tempat menyimpan pinggan mangkuk, alas meja, dan sebagainya di hotel atau kapal.Makna18.03.2008
mohon penjelasan berkaitan penjodoh bilangan. soalan : Ali menjumpai ................. kunci dan .............. keronsang mutiara di dalam laci almari lama neneknya. adakah sebentuk kunci dan serawan keronsang sesuai digunakan. jika tidak apakah penjodoh bilangan yang sesuai.Kedua-dua penjodoh bilangan tersebut boleh digunakan berdasarkan bilangan dan bentuk benda tersebut. Penjodoh bilangan untuk kunci boleh juga sebatang (untuk satu) dan segugus sekiranya dalam bilangan yang banyak. Sebentuk juga boleh digunakan untuk kerongsang.Tatabahasa26.07.2011
Ayat manakah yang betul? (1) Tiara menegur sapa dengan jiran baharunya (2) Baju-baju di dalam almari Bella tersusun dengan rapiAyat yang betul ialah ayat no. 2.Lain-lain17.08.2014
adakah perkataan loker dalam bahasa melayuDalam bahasa Melayu, istilah yang betul ialah lokar, iaitu almari yg boleh dikunci utk kegunaan individu.Istilah01.12.2010
1234

Kembali ke atas