Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.loe.vé.ra] | الو ۏيرا

Definisi : (aloe véra) 1. sj tumbuhan yg ter­masuk dlm famili Liliaceace, daunnya yg pan­jang tirus, tebal dan lembut mengandungi gel yg mempunyai khasiat ubat-ubatan, lidah buaya; 2. bahan yg dihasilkan drpd tumbuhan ini yg mengandungi vitamin dan mineral, biasanya digunakan utk membuat barangan kosmetik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.loe.vé.ra] | الو ۏيرا

Definisi : /aloe véra/ 1 sj tumbuhan (herba), daunnya panjang tirus, tebal dan lembut, mengandungi gel yg mempunyai khasiat ubat-ubatan; lidah buaya. 2 bahan yg dihasilkan drpd tumbuhan aloe vera 1 yg mengandungi vitamin dan mineral, biasanya digunakan utk membuat barangan kosmetik dan sbg bahan dlm ubat-ubatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aloe vera


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana perkataan-perkataan berikut dipenggalkan mengikut suku kata? rumpair sempoa muzium masyhur piano suria jurutaip cuaca beliung periuk audit atlet akauntan aeronautik Musytari sandwic asparagus ekuestrian triatlon penguin Oleander Rafflesia Aloe vera Willow Asteroid Adakah kata nama khas (khasnya kata pinjaman Inggeris) tidak perlu dipenggalkan?Suku kata perkataan tersebut dipenggalkan seperti yang berikut:
(rum/pa/ir), (sem/po/a), (mu/zi/um), (masy/hur), (pi/a/no), (su/ri/a), (ju/ru/ta/ip), (cu/a/ca), (be/li/ung), (pe/ri/uk), (au/dit(, (at/let), (a/ka/un/tan), (ae/ro/nau/tik), (Musy/ta/ri), (sand/wic), (as/pa/ra/gus), (e/ku/es/tri/an), (tri/at/lon), (pe/ngu/in), (O/le/an/der), (Raff/le/si/a), (A/loe), (ve/ra), (Wi/llow), (As/te/ro/id). Lazimnya dalam tujuan pembelajaran kata jati Melayu yang dipilih sebagai contoh penggalan bagi memudahkan kefahaman pelajar.
Tatabahasa19.04.2013

Kembali ke atas