Huruf pertama pada nama timang-timangan dalam sesuatu ayat sepatutnya ditulis dengan huruf besar atau kecil. Contohnya: Aku dan along berlalu dari situ. ditulis 'along' atau 'Along'. Selepas tanda seruan, tanda noktah atau elipsis, huruf pertama ayat seterusnya perlu ditulis dengan huruf besar atau kecil. Cthnya, “Orang dah dapat rumah!” Jerit Fina. Selepas seruan itu patut ditulis 'jerit' atau 'Jerit'? | 1. Aku dan along berlalu dari situ. 2. “Orang dah dapat rumah,” Jerit Fina! | Tatabahasa | 30.06.2014 |
ah long atau along ? ( ceti haram ) | Sdr., Ceti haram bermaksud along, oleh itu boleh digunakan sama ada ceti haram atau along, kedua-duanya merupakan kata nama am. Ejaan Ah long adalah salah untuk maksud ceti haram. | Lain-lain | 17.04.2010 |
APAKAH GELARAN YANG BETUL UNTUK ADIK BERADIK CONTOHNYA ALONG, ANGAH, UDA DAN SETERUS NYA | Untuk makluman saudara along, angah, uda, utih, itam dan sebagainya ialah nama timang-timangan bagi turutan adik-beradik dalam kalangan keluarga. Gelarannya pula terpulang pada peringkat timang-timangan, jika tarafnya adik-beradik maka digelarnya along/abang long/kak long, jika tarafnya ibu/bapa saudara mak digelarnya mak long/pak long. | Lain-lain | 10.12.2010 |
Assalamualaikum, Saya mempunyai kemusykilan dalam pembinaan ayat berikut. Mana satu ayat yang betul? Dia rapat dengan along dan angah. atau Dia rapat dengan along dengan angah. Jika kedua-duanya tidak betul, ayat yang bagaimana perlu digunakan. | Ayat yang betul "Dia rapat dengan along dan angah".
| Tatabahasa | 16.10.2015 |
Salam sejahtera. Panggilan keluarga seperti Along, Angah, Pak Long dan Mak Su dikategorikan sebagai frasa nama khas atau frasa nama am? Adakah huruf pertama bagi panggilan-panggilan tersebut perlu ditulis dengan huruf besar? (Contoh: Pak Long, Mak Su) Saya agak keliru kerana terdapat data dalam PRPM yang menggunakan huruf besar serta huruf kecil bagi merujuk panggilan yang sama. (Contoh: mak su, Mak Su) Mohon pencerahan. Terimas kasih. | Panggilan keluarga seperti along, angah, pak long dan mak su dikategorikan sebagai kata nama am dan ditulis huruf kecil di tengah ayat dan huruf besar pada permulaan ayat (Along, Angah, Pak long, Mak su). Walau bagaimanapun, panggilan tersebut menjadi kata nama khas apabila bergabung dengan nama individu. Contohnya, Along Ayuni, Angah Athirah, Pak Long Awang dan Mak Su Hamuni. | Lain-lain | 28.06.2019 |
assalamualaikum. saya mempunyai 12 orang adik beradik. kakak saya bercadang untuk memberi gelaran kepada kami semua bagi memudahkan anak-anak saudara kami untuk memanggil kami semua. jadi, apakan urutan gelaran yang sesuai? (contoh: along, angah,....) kerana kami kehabisan idea untuk mencari 12 gelaran. terima kasih | Dalam budaya Melayu, anak pertama sehingga anak kelapan ada gelaran yang khusus. Tidak ada pula gelaran untuk anak yang kesembilan dan kesepuluh. Namun, anak kedua bongsu dan yang bongsu ada gelarannya. Gelaran mengikut tertib ialah: 1. Sulung/Along @ Pak/Mak Long; 2. Angah @ Pak/Mak Ngah; 3. Alang @ Pak/Mak Lang; 4. Pandak/Andak @ Pak/Mak Andak; 5. Ateh @ Pak/Mak Teh; 6. Anjang @ Pak/Mak Anjang; 7. Hitam/Itam/Atam @ Pak/Mak Tam; 8. Muda/Uda @ Pak/Mak Uda. Anak kesembilan boleh dinamakan sendiri dengan gelaran yang sesuai. Saya cadangkan no.9. Ilan @ Pak/Mak Ilan. Adi bermaksud adik (dalam bahasa Brunei). Oleh itu saya cadangkan, no. 10. Adi @ Pak/Mak Adi. Yang kedua bongsu, dalam keluarga ini no.11. digelar Acik @ Pak/Mak Acik; 12. Bongsu/Busu @ Pak/Mak Busu/Usu. Ada juga sesetengah tempat menggunakan gelaran Enduk/ Mak Enduk yg bererti perempuan dan Wok/Mak Wok yang bererti manis manja. | Makna | 23.09.2011 |
1.saya ingin mengetahui penggunaan Koma (,) yang betul. Adakah benar penggunaannya seperti ini Di dusun itu terdapat buah-buahan seperti manggis, cempedak, dan durian. Adakah penggunaan koma perlu diletakkan sebelum kata hubung dan. Bagaimana dengan perkataan serta. Bagaimana harus saya mengeja perkataan ceti haram Ah long atau along. Nama khas atau nama am. 3. Bagaimana harus saya mengenal pasti dengan tepat sama ada sesuatu perkataan itu kata majmuk, kata ganda atau perkataan itu perlu diletakkan tanda -. Terima kasih. | 1. Penggunaan koma dalam contoh ayat yang diberikan tidak perlu kerana semuanya dalam kategori yang sama, iaitu buah-buahan. Bagi penggunaan serta, ia bermaksud turut, bersama atau dan juga. 2. Ceti haram bermaksud along, oleh itu boleh digunakan sama ada ceti haram atau along, kedua-duanya merupakan kata nama am. 3. Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar; bentuk yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, contohnya: kapal terbang, gambar rajah, dan terima kasih. Manakala kata ganda ialah perkataan yang mengalami proses pengulangan pada kata dasarnya, sama ada pengulangan penuh (rumah-rumah, baik-baik) atau sebahagian (lelaki, berlari-lari). Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 23.03.2009 |
isitilah chetti | Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan kata "ceti" ;1. peminjam (pelepas) wang (biasanya berketurunan India) yg mengenakan bunga yg tinggi; ~ haram along; 2. orang India dr Coromandel atau Malabar (selalunya berniaga). | Istilah | 12.03.2009 |
Nama-nama panggilan dalam keluarga 1. Anak pertama - Abg Long /Kak Long 2. Anak Kedua - Abg Ngah/Kak Ngah 3. Anak Ketiga -- ? 4. Anak keeempat -- ? 5- Anak kelima -- ?? dan seterusnya. | Panggilan anak pertama (along) dan kedua (angah) adalah sama di banyak tempat, namun panggilan ketiga yang seterusnya tidak selaras dan dinyatakan panggilan yang ada dan turutan dalam keluarga teh (keenam/keempat), itam (ketujuh), andak (keempat/kelima), busu (bongsu), manakala panggilan anjang, uda hanya diberi makna panggilan dalam keluarga. | Lain-lain | 08.06.2008 |
Apakan gelaran bagi seseorang didalam keluarga, seandainya bilangan adik beradik adalah seramai 14 orang? Contohnya untuk anak pertama digelar Kak Long, manakala bagi anak kedua digelar kak ngah. | Kebiasaannya dalam sebuah keluarga Melayu, nama-nama gelaran untuk keluarga adalah seperti berikut: Along (pertama), Angah (kedua), Alang (ketiga), Atih (keempat), Andak (kelima), Uda (keenam), Tam (ketujuh), Acik (kelapan), Anjang (kesembilan)dan Usu (akhir/bongsu). Terima kasih. | Lain-lain | 09.01.2007 |