Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. first Greek letter, alfa; 2. (UK) first-class mark in examination, markah A; 3. (astron) alfa. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alpha


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimanakah ejaan yang betul bagi `alpha' dalam konteks ayat ini: "Semasa hendak tidur, minda anda berada pada tahap alpha. Dalam keadaan alpha, anda mengalami aliran pemikiran yang hebat untk menjana idea dan kreativiti. Apakah sesuai diganti ejaannya dengan `alfa' atau dikekalkan `alpha'? Telah disemak dalam `Kamus Dewan ' dan `Kamus Inggeris-Melayu Dewan' tetapi tiada terjemahan yang tepat.Tuan boleh menggunakan ejaan "alfa" bagi istilah "alpha". Terima kasih.Istilah12.06.2014
Apakah terjemahan untuk "alpha-like" dan "beta-like"? Contoh ayat: Normal human hemoglobins are tetrameric proteins composed of two pairs of globin chains, each of which contains one alpha-like (α-like) chain.Kami mencadangkan alpha-like diterjemahkan sebagai "bak alfa", manakala beta-like diterjemahkan sebagai "bak beta". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah07.02.2022
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, apakah nama generasi selepas generasi Z? Kalau dalam bahasa Inggeris, mereka menggelarkan generasi yang lahir selepas tahun 2010 sebagai generasi alpha.. boleh saya tahu kalau istilah dalam bahasa Melayu adakah sama ejaan alpha atau ditukar menjadi alfa? Atau, dalam bahasa Melayu ada istilah lain untuk generasi alpha ini? Terima kasih.Nama generasi selepas generasi Z ialah generasi alfa.Gelaran ini diberikan kepada generasi yang lahir pada tahun 2010 sehingga tahun 2014.Ejaan 'alpha' dalam bahasa Melayu ialah alfa. Istilah01.08.2022
Assalamualaikum. Saya ingin tahu padanan paling tepat bagi istilah 'alpha users' - merujuk kepada individu yang mudah terpengaruh dengan tarikan idea tertentu dan mungkin menyebarkannya. Terima kasih.Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "alpha users". Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pengguna alfa.Istilah01.04.2013
apa maksud kimchi, ramen, tteokbokki, gadget, generasi alpha, smirk, netizen, deluluSila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) bagi kata bahasa asing yang telah terserap masuk ke bahasa Melayu seperti gajet dan chalet. Maklumat tentang kelas kata, makna, contoh penggunaan termasuk asal usul beberapa kata dibekalkan dalam kamus ini. 

Bagi kosa kata bahasa asing yang belum diterima, saudara boleh menyemak kamus bahasa sumber kata tersebut untuk memperoleh maklumat berkaitannya.

Untuk maklumat ringkas sila layari https://prpm.dbp.gov.my.
Makna11.11.2024
Sila terjemah bahasa Inggeris di bawah ke bahasa Malaysia 1) Distilled monoglycerides 2) Mono- and diglycerides of fatty acids (E 471) 3) Alpha- Tocopherol ( E 307 ) 4) Citric acid esters of mono- and diglycerides ( E 472c )Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

1. Distilled monoglycerides - monogliserida suling
2. Mono- and diglycerides of fatty acids - asid lemak monogliserida dan digliserida
3. Alpha- Tocopherol -  alfa-tokoferol
4. Citric acid esters of mono- and diglycerides - ester asid sitrik monogliserida dan digliserida

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Penyemakan dan penterjemahan18.10.2022
Bagaimana diterjemah perkataan-perkataan berikut yang merupakan satu set huruf fonetik dalam komunikasi tentera, polis dan sebagainya. Alpha, bravo, charlie, delta, echo, foxtrot, golf, hotel, india, juliett, kilo, lima, mike, november, oscar, papa, quebec, romeo, sierra, tango, uniform, victor, whiskey, xray, yankee, zulu.

Kumpulan perkataan yang dinyatakan merupakan perkataan yang terkandung dalam  NATO phonetic alphabet atau Radiotelephony Spelling Alphabet. Kumpulan perkataan ini tidak boleh diterjemahkan dan perlu digunakan dalam bentuk asal kerana telah diselaraskan penggunaannya di seluruh dunia.  

Lain-lain19.07.2022
adakah penggunaan perkataan di dalam signboard ini betul atau salah

Puan,

Perkataan yang sesuai digunakan ialah 'Pusat Penjagaan Kesihatan' sebagai padanan bahasa Melayu bagi frasa bahasa Inggeris ' Healthcare Centre'. Perkataan alpha one pada atas sebelah kiri papan tanda tersebut ditiadakan.    

Lain-lain13.04.2010
Yang manakah gramatis (atau kedua-dua versi boleh diterima)? “Zimbabwe dahulunya dikenali dengan yang manakah antara nama berikut?” ATAU “Zimbabwe dahulunya dikenali dengan nama yang mana antara berikut?” Terima kasih kerana membantu.

Ayat yang betul berbunyi:

    alpha; margin-top: 0in;">
  1. Zimbabwe dahulunya dikenali sebagai .........
  2. Zimbabwe dahulunya dikenali dengan nama yang berikut:

i.    .........

              ii.   .........
Tatabahasa28.05.2019
Apakah padanan bagi istilah di bawah ini: High amylose maize resistant starch (HAMRS) boflavin) Vitamin B6, pyridoxine, pyridoxal,pyridoxiamine (miligrams of pyridoxamine) dl-alphatocopheryl acetateKami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

high amylose maize resistant starch (HAMRS) boflavin) Vitamin B6 - jagung tinggi amilosa tahan kanji vitamin B6
pyridoxiamine (miligrams of pyridoxamine) dl-alphatocopheryl acetate - piridoksamina d.l.- alpha tokoferil asetat

Berdasarkan data PRPM juga, padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

pyridoxine - piridoksina
pyridoxal - piridoksal

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu
Lain-lain19.08.2021
12

Kembali ke atas