Salam sejahtera Tuan/Puan, Bolehkah Tuan/Puan nyatakan ayat manakah yang gramatis? A1) Perhati dan lakarkan bagaimana alur cahaya itu difokuskan. A2) Perhatikan dan lakarkan bagaimana alur cahaya itu difokuskan. A3) Perhati dan lakarkan alur cahaya yang difokuskan itu. A4) Perhati dan lakar alur cahaya yang difokuskan itu. A5) Perhati dan lakar bagaimana alur cahaya itu difokuskan. Soalan: Adakah tanggapan saya betul bahawa sebarang kata kerja transitif seperti "lakarkan" harus diikuti dengan penyambut dalam bentuk kata nama atau kata ganti nama diri pertama, kedua atau ketiga? Sekian, terima kasih CK | Ayat yang betul Perhati dan lakar bagaimana alur cahaya itu difokuskan. Pendapat saudara betul, kata kerja transitif mesti diikuti objek yang menjadi penyambutnya. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 183. | Tatabahasa | 02.02.2012 |
Apaka perbezaan antara parit dan longkang? | Parit bermaksud 1. alur (salur dll) utk mengalirkan air dll; 2. lubang yg panjang dlm tanah (sbg kubu dll); 3. alir, terusan air, tali air; 4. lubang tempat menggali bijih dll, lombong; 5. alur atau jalur pd kayu dll; 6. ark ranjau darat (laut); manakala longkang pula ialah parit, limbahan. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Lain-lain | 04.03.2010 |
"Ingin tahu terjemahan dalam Bahasa Melayu 1)outlet (bahagian struktur di mana air keluar ) 2) outfall( bahagian struktur dimana air keluar tapi paras nyamenurun) 3) tail water (paras air di sebelah hilir struktur) 4) invert level (aras sasuatu tapak atau lokasi) 5) downstream boundary condition Harap dapat bantu saya." | 1. outlet - saluran keluar 2. outfall - betung alur keluar (Istilah Perhutanan) 3. invert level - dasar (Istilah Geografi) 4. downstream boundary - cadangan: Sempadan hilir Mohon hubungi DBP untuk perbincangan lanjut sekiranya istilah tidak menepati konsep yang diperlukan. | Istilah | 28.05.2013 |