Adakah penggunaan istilah am ( pagi ) dan pm ( petang ) boleh digunakan dalam bahasa Melayu? | Dalam bahasa Melayu perkataan am dan pm tidak diunakan, sebaliknya untuk tempoh masa 1.00 am - 11.59 am dinamakan pagi, 12.00 pm - 1.59 pm dinamakan tengah hari, 2.00 pm - 6.59 dinamakan petang, 7.00 pm - 11.59 pm dinamakan malam dan 12.00 am - 12.59 am dinamakan tengah malam. | Istilah | 06.02.2010 |
kata nama am abstrak atau konkrit? kematian , penyayang, sambutan , pertama , minyak, bapa, bulan , orang , anak-anak Di antara perkataan-perkataan di atas, boleh dikategorikan sebagai KN am konkrit dan KN am abstrak. Terima kasih | Kematian, penyayang, sambutan, pertama ialah kata nama am abstrak. Bapa, bulan, orang, anak-anak pula ialah kata nama am konkrit. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu muka surat 86. | Tatabahasa | 16.09.2008 |
Dear Sir/Madam, I am Kelvin Tan. I am final year student of Faculty of Computer Science and Information Technology in University of Malaya. Currently, I am doing my thesis with title "Malay Sentence Boundary Detection System". The function of this proposed system is to break a Malay text into sentences based on period, question mark, and exclamation mark. The motivation of this system is to support language translation, such as Malay to French, so that the result will be more accurate. I have questions about quotes used in the following text. As far as I know, it is compulsory to have an opened quote followed by a closed quotes. But why there is only one open quotes in the following sentences? How do you divide or break this text into sentences? ==================================== “Penyertaan kami pada Piala Dunia adalah pengalaman yang unik. Kami berada di sini untuk menikmati kehadiran kami, semua pemain sangat bersemangat. “Jika kami mahu mencatat keputusan yang baik, kami mesti memberi usaha dan tumpuan 100 peratus,’’ kata jurulatih kelahiran Jerman berusia 72 tahun itu, yang telah membawa Greece muncul juara Eropah pada 2004. =================================== Thank you for your time and cooperation. Yours Sincerely, Kelvin Tan Student Faculty of Computer Science and Information Technology, University of Malaya | Penggunaan tanda petik pembuka dan penutup hanya di awal dan di akhir pernyaataan. Contoh : "Bila sampai?" tanya Hussin. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan (halaman 77) atau buku-buku rujukan lain yang menerangkan berkenaan tanda baca. | Lain-lain | 15.06.2010 |
mencari sumber mengenai teori linguistik am. | 1. Pengantar Linguistik Am oleh Arbak Othman.DBP : 2004 2. Linguistik Am : siri pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu . Abdullah Hassan. PTS Publication : 2005 3. Linguistik Am. Abdullah Hassan. PTS Publication : 2005 | Lain-lain | 17.01.2008 |
balairong seri merupakan nama khas atau nama am? bagaimana ejaan yang tepat? adakah Balairong Seri atau balairong seri? apakah perbezaan kata nama am dengan kata nama khas? | Ejaan yang betul ialah balairung seri. Perkataan ini ialah kata nama am. Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Contoh kata nama khas ialah seperti Amelia, Raja Zakuan, Jibrail, Kancil, Melayu, Singapura, Piala Thomas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Honda, dan lain-lain. Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara, atau konsep yang umum sifatnya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak, dan berbilang atau tak berbilang. Contoh kata nama am ialah seperti pegawai, penyanyi, bayi, bidadari, semut, rumput, pejabat, sawah, dunia, laut, senyuman, rancangan, keburukan, roh, hawa, ajaran, dan lain-lain. | Ejaan | 06.04.2011 |
Salam, apakah fungsi huruf kecil dalam tanda baca? | Kata nama am ditulis dengan huruf kecil. Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep umum sifatnya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak, berbilang atau tak berbilang. Tetapi apabila di pangkal ayat, kata nama am ini ditulis dengan huruf besar. | Tatabahasa | 12.04.2013 |
Assalam tuan, 1. Adakah kata nama am yang menjadi kata terbitan seperti bersekolah masih lagi dianggap sebagai kata nama am? 2. Adakah perkataan 'bulan' dalam ayat " Encik Kamal akan pulang ke kampung pada bulan April" perlu ditulis dengan huruf besar dan sekiranya tidak perlu adakah ianya dikira sebagai kata nama am? Terima kasih, tuan. En Nor Khalid b Musi | 1. Sekolah ialah kata nama am. Bersekolah ialah kata kerja. 2. Perkataan 'bulan' ialah kata nama am dan ditulis dengan huruf kecil. | Tatabahasa | 31.03.2011 |
saya nak tahu tentang kerja Pekerja Am Khas | Sdr Fairuz, Sebenarnya tidak ada jawatan Pekerja Am Khas di DBP. Jawatan yang gelarannya hampir sama dengannya ialah Pembantu Am Pejabat (PAP), Pekerja Awam (PA) dan Pekerja Awam Khas (PAK). Bagi jawatan PAP, tugasannya merangkumi kerja-kerja pengambilan, penerimaan dan mengedaran surat/barangan dalam pejabat, menerima/menyambut tetamu di kaunter, merekod surat/dokumen yang diteima/dihantar dan membantu dalam urusan pejabat yang lain. Bagi jawatan PA dan PAK, kerjanya hampir sama iaitu membuat kerja-kerja rencam termasuklah mengemas/menyusun kerusi meja di bilik mesyuarat/bilik seminar, membawa/mengambil peralatan pejabat, membuat kerja-kerja pembaikan kecil dan kerja-kerja rencam yang lain. Cuma PAK mempunyai tugasan tambahan iaitu menyelia kerja yang dibuat oleh PA. | Lain-lain | 08.02.2008 |
"Guru Besar" kata nama am atau kata nama khas? Jika "guru besar" kata nama am, mengapa begitu banyak buku teks menulisnya sebagai kata nama khas? | Dalam Kamus Dewan, guru besar dieja dengan huruf kecil. Oleh itu, guru besar tergolong dalam kumpulan kata nama am. | Tatabahasa | 24.04.2013 |
contoh artikel bagi kata nama am dan kata ganti nama.. | Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara, atau konsep yang umum sifatnya. Ia boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak, berbilang atau tak berbilang, dan seumpamanya. Contoh kata nama am ialah seperti pegawai, penyanyi, bayi, bidadari, semut, rumput, pejabat, sawah, dunia, laut, senyuman, rancangan, keburukan, roh, hawa, ajaran, dan lain-lain. Kata ganti nama (KGN)- yang menjadi pengganti kata nama khas dan am. KGN boleh dibahagikan lagi kepada dua golongan kecil, KGN tunjuk dan KGN diri. (Sila rujuk Tatabahasa Dewan hal. 86 untuk keterangan lanjut) | Tatabahasa | 04.01.2010 |