amalan bergotong-royong atau amalan gotong-royong? | Ungkapan yang betul ialah 'amalan gotong-royong', iaitu bentuk frasa nama, manakala bergotong-royong ialah kata kerja yang lazimnya digunakan dalam frasa kerja seperti penduduk kampung bergotong-royong membersihkan kampung. | Tatabahasa | 12.01.2015 |
Assalamualaikum... Pertanyaan saya masih berkisar tentang surat kiriman rasmi yang enjadi pegangan atau amalan DBP. 1. Benarkah amalan meletakkan tanda baca pada alamat penerima dan alamat pengirim selepas tandatangan merupakan amalan lama dalam penulisan surat rasmi. Sekarang dikatakan tanda baca tidak perlu diketakkan pada setiap ayat alamat penerima dan pengirim. Amalan DBP bagaimana? 2. Tanda tiga titit (...) diletakkan jika ada lampiran. Adakah ini juga menjadi amalan DBP sebab ada pandangan mengatakan tanda tersebut sebagai penulisan gaya yang lama. Mohon penjelasan DBP. Terima kasih | Salam, 1. Pertanyaan tuan kurang jelas. Akan tetapi, untuk makluman, tanda baca, iaitu tanda koma dan noktah masih digunakan dalam penulisan alamat. Tanda koma digunakan untuk mengasingkan antara no. rumah, no. jalan, nama jalan, daerah dan sebagainya. Manakala, titik diletakkan selepas negeri atau negara. 2. Berkenaan dengan tanda (...) bagi merujuk kepada lampiran yang disertakan, pihak DBP masih menggunakan amalan yang sama. | Tatabahasa | 20.11.2015 |
Amalan/Nilai berhemah tinggi/hemah tinggi harus kita amalkan. Dlm ayat tersebut, frasa berhemah tinggi betul atau hemah tinggi betul? | Frasa yang betul untuk ayat yang dikemukakan ialah berhemah tinggi. | Tatabahasa | 01.01.2015 |
Amalan menebang haruslah diamalkan sejak kecil lagi(betul atau salah?) | betul | Tatabahasa | 15.06.2011 |
Amalan membaca kegemaran yang berfaedah. apakah predikat ayat tersebut? dan apakah frasa yang membentuk predikat ayat stersebut? pengarang novel panas salju tingkatan 3 ialah Talib Samad atau Talib Samat? | Predikat tersebut ialah kegemaran yang berfaedah. Bagi ayat kedua, perkataan ialah boleh dimasukkan ataupun ditinggalkan. | Tatabahasa | 25.06.2010 |
(iii) Amalan rasuah dapat dihapuskan jika semua pihak dapat menerima hakikat bahawa amalan itu bertentangan dengan ajaran agama dan etika masyarakat yang bertamadun. bolehkah perkataan etika digantikan dengan kata 'norma'? | Perkataan etika boleh digantikan dengan norma. Amalan rasuah dapat dihapuskan jika semua pihak dapat menerima hakikat bahawa amalan itu bertentangan dengan ajaran agama dan norma masyarakat yang bertamadun. | Lain-lain | 05.05.2010 |
saya ingin bertanya sama ada betul atau tidak penggunaan bagi "amalan pembelian peka selamat" di mana amalan pembelian yang mengutamakan ciri-ciri keselamatan ketika pembelian dilakukan oleh pengguna. | "Amalan pembelian peka selamat" - ungkapan ini kurang tepat dan tidak boleh diringkaskan. Cadangan kami "Amalan pembelian yang peka terhadap keselamatan". | Tatabahasa | 05.03.2010 |
1)Amalan menabung haruslah diamalkan 'sejak dari' kecil lagi. 2)Amalan menabung haruslah diamalkan 'sejak' kecil lagi. | Amalan menabung haruslah diamalkan sejak kecil lagi. | Tatabahasa | 21.04.2011 |
Hello, 1. saya inginkan kepastian ungkapan yang betul bagi ungkapan yang berikut: (a) kedua ibu bapa (b) kedua-dua ibu bapa yang manakah gramatis? 2. penggunaan kata ganti diri 'ia' amalan bergotong-royong merupakan amalan yang mulia. IA mendidik kita agar mengamalkan nilai murni. betulkah 'ia' digunakan bagi menggantikan amalan bergotong royong dalam perenggan di atas? 3. segelintir (a) SEGELINTIR DARIPADA pelajar suka bermain bola (b) SEGELINTIR pelajar suka bermain bola. yang mana gramatis? adakah semua kata bilangan himpunan mesti diikuti oleh 'daripada'? terima kasih | Jawapan yang betul ialah 1. kedua-dua ibu bapa. 2. kata 'ia' bagi menggantikan amalan bergotong royong adalah tidak sesuai. Yang tepat ialah amalan ini mendidik kita agar mengamalkan nilai murni. 3. Segelintir pelajar suka bermain bola. | Lain-lain | 27.10.2010 |
Apakah maksud 'melestarikan amalan perubahan' di bawah tajuk Pengurusan Perubahan(Change Management)? | maksud bagi "melestarikan amalan perubahan" dalam konteks bahasa ialah menjadikan budaya berubah sebagai amalan yang berterusan. Harap maklum. | Makna | 17.09.2007 |