Kerjasama dan perhatian pihak "Tuan atau tuan" dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Yang manakah yang lebih tepat? "Tuan" atau "tuan" | Kerjasama dan perhatian pihak tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahulukan ucapan terima kasih. | Tatabahasa | 30.10.2017 |
yang mana yang betul? Kerjasama YBhg Dato' amatlah dihargai. atau, Kerjasama daripada YBhg Dato' amat dihargai. Apa beza "kerjasama Dato'" dengan "kerjasama daripada Dato'"? | Kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 26.11.2009 |
Mohon pihak DBP untuk memberi format surat rasmi untuk dijadikan rujukan dan panduan jabatan. Kerjasama tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. | Untuk makluman tuan, format surat rasmi mesti mempunyai bahagian kepala surat, badan (isi), dan penutup surat. Bahagian kepaala surat mengandungi nama, logo dan alamat penuh instutusi, diikuti nama penerima, nombor fail, tarikh dan sapaan. bahagian badan bermula dengan perkara, para pertama (penanda wacana), para dua (isi utama), para tiga (isi tambahan), para empat (penutup). bahagian penutup mengandungi slogan, saya yang menjalankan tugas, tandatangan, nama, jawatan (b.p. jika perlu), dan parap. Format surat rasmi boleh dirujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, halaman 43 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam . Semua jabatan dalam sektor awam, termasuk DBP merujuk pekeliling ini. | Lain-lain | 12.05.2014 |
sebarang artikel mengenai impak penggunaan english dalam subjek sains dan matematik kepada bahasa, budaya dll. segala informasi amatlah dihargai | Sila rujuk bahan ini : 1. Penggunaan bahasa Inggeris untuk mata pelajaran sains dan matematik: mengapa patut ditolak Awang Sariyan Dewan Bahasa 01/08/2002. 2. Penggunaan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Penghantar Sains dan Matematik - Pelita Bahasa 01/07/2002 3. Forum Penggunaan Bahasa Inggeris Mawar Shafei Pelita Bahasa 01/04/1995 | Lain-lain | 31.07.2007 |
SOALAN SAYA BERKAITAN DENGAN FORMAT SURAT RASMI. ADAKAH PERLU DI NOMBORKAN BAGI AYAT/PARA 'KERJASAMA DAN PERHATIAN PIHAK TUAN AMATLAH DIHARAPKAN DAN DIDAHULUI DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH'. SESETENGAH ORANG MENGATAKAN IANYA TIDAK PERLU ADA NOMBOR. SEKIAN, TERIMA KASIH | Untuk makluman, kami di DBP tidak memberikan nombor pada perenggan yang tuan/puan maksudkan. Begitu juga dengan perenggan pertama dalam surat rasmi. | Lain-lain | 25.05.2017 |
Salam, saya nak tahu maksud pandangan jagat dalam erti kata sebenar atau mengikut kamus dewan. kerjasama yang akan diberikan amatlah dihargai. sekian terima kasih. | Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". | Lain-lain | 06.10.2010 |
Selamat sejahtera. Saya ingin bertanya kepada siapakah boleh saya hantarkan karya saya untuk diterbitkan di majalah atau akhbar? Maklum balas pihak DBP amatlah saya hargai. Terima kasih | Sila kemukakan karya tuan kepada Ketua Editor Majalah, Encik Azmi bin Ibraim melalui talian 03-21470000 atau e-mel azmi@dbp.gov.my. Karya yang sesuai akan disalurkan kepada Editor majalah yang berkenaan untuk dipertimbangkan penerbitannya. | Lain-lain | 09.08.2016 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Mohon kerjasama tuan/puan untuk menyemak kembali ayat-ayat yang digunakan seperti dilampiran. Kerjasama dari pihak tuan/puan amatlah saya hargai sekiranya dapat meluluskan perkara ini dengan segera. Sekian. | Pembetulan: 1. Reka Bentuk 2. Kawalan Keselamatan 24 Jam 3. Pegangan Kekal 4. Luas Binaan daripada Sila buat pembetulan dan kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Tatabahasa | 17.08.2015 |
Tuan, Saya tidak pasti kesalahan ayat berikut: "Persatuan Wanita itu ditubuhkan atas kesedaran TERHADAP memperjuangkan nasib ibu tunggal di negara ini." Nasihat tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Persatuan wanita itu ditubuhkan atas kesedaran untuk memperjuangkan nasib ibu tunggal di negara ini". | Tatabahasa | 08.11.2014 |
Assalam w.b.t. & salam sejahtera tuan / puan. Mohon khidmat pandangan tuan, apakah maksud yang sesuai untuk perkataan "Staff Refreshment"? Bantuan tuan / puan dalam perkara ini amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. Salam hormat. | DBP mencadangkan perkataan “Staff Refreshment” sebagai “Jamuan Ringan Pekerja”. | Makna | 13.05.2019 |