Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata amb


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
BAGAIMANA EJAAN RINGKASAN UNTUK AMBASSADOR?... CONTOHNYA, ADAKAH YBhg. AMB. NAZIRAH BINTI HUSSAIN? TERIMA KASIH.

Untuk pengetahuan tuan/puan, singkatan sesuatu perkataan tiada yang standard. Sekiranya difahami oleh orang lain ia boleh digunakan.

Ejaan12.11.2009
kelaskan frasa berikut mengikut kategorinya, iaitu diftong, vokal berganding, digraf atau konsonan bergabung: susu cair, Hari Raya Aidilfitri, berbentuk kiub, setelah selesai, mendirikan khemah, taman rekreasi , mangkuk kecil, stesen bas. Sekian, terima kasih.Diftong ialah dua huruf vokal seperti ai, au, dan oi yang menghasilkan bunyi berangkap seperti pantai, pulau dan amboi. Vokal berganding pula ialah dua huruf vokal berurutan dalam satu perkataan seperti dalam kata pulau dan saat; dan vokal berganding tidak semestinya menghasilkan dua bunyi. Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, dan sy. contohnya, nganga, nyamuk dan syarikat. Konsonan bergabung juga ialah digraf. Pengelasan perkataan yang tersenarai boleh dibuat mengikut huraian maksud yang telah diberikan. Perlu diingat contoh perkataan bagi setiap istilah lazimnya merujuk satu per satu perkataan, bukan frasa seperti yang tuan berikan.Tatabahasa07.10.2015
Sila beri jawapan bagi buku aktiviti sjk c tahun 3 BM Jilid 1 KSSR. muka surat 74 bagi frasa yang mengandungi diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung....sekian terima kasih. adakah "akhir sekali" ialah konsonan bergabung atau digraf? aiskrim vanila dan hari khamis??? saya sangat keliru dengan sebutan tersebut....Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au dan oi. Contoh perkataan yang mempunyai diftong ialah lalai, kalau dan amboi.

Vokal berangkap pula ialah huruf vokal yang hadir secara berurutan dalam satu berkataan dan kedua-dua vokal itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh vokal rangkap ialah baik, cium dan  puisi.

Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy. Kadangkala digraf dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mepunyai digraf ialah nganga, nyamuk, lubang, khabar, pisang dan syampu.

Konsonan bergabung atau konsosnan rangkap pula ialah huruf konsonan yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh konsonan bergabung ialah kompleks, terminal dan konkrit.

Tatabahasa19.02.2014
Adakah diftong dianggap sbg bunyi gabungan vokal dan konsonan atau hanya satu bunyi konsonan sahaja? Contoh Contoh perkataan: kalau [ka.law] Adakah pemenggalan suku katanya 1. KV+KV 2. ⁠KV+KVK Sbb ada pendapat yang mengatakan bahawa kata bunyi diftong pada suku kata kedua, ada kehadiran bunyi konsonan separuh vokal /w/ iaitu [ka.law]

Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au dan oi. Contoh perkataan yang mempunyai diftong ialah lalai, kalau dan amboi.

Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan pembentukan kata, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015) halaman 57 – 66. Sekiranya puan memerlukan maklumat yang lebih terperinci, mohon rujuk pakar lingusitik yang lebih arif. 

Istilah10.10.2025

Kembali ke atas