| “(Nah, Cis) ambil balik duit baki daripada membeli jajan tadi!” kata Fiza kepada abangnya. Adakah betul penggunaan kata seru nah di dalam ayat? Adakah ayat yang dibina betul? Mohon penjelasan.Terima kasih. | Untuk makluman puan, Nah sekiranya digunakan dalam ayat ini membawa maksud kata utk mempelawa seseorang menerima sesuatu, ambillah, terimalah. Manakala, Cis pula ialah kata seru yang membawa maksud untuk menyatakan perasaan marah (mencemuh, benci, dll). Puan boleh menggunakan kedua-dua perkataan ini, bergantung kepada maksud yang ingin disampaikan. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/ untuk maklumat lanjut.
| Lain-lain | 21.05.2020 |
| Tuan/ Puan, Minta Tolong chop and signed bagi kita (Papan Iklan) Sebab hari ini MBIP suruh kita datang Dewan bahasa. Tetapi kita sampai tahu tak ada orang. MBIP cakap tunggu kita ambil balik itu sahaja. | Untuk permohonan pengesahan bahasa dalam talian (online), sila layari laman web dbpsahbahasa.my kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan visual iklan/papan premis perniagaan anda. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran pendaftaran permohonan sebanyak RM10 untuk iklan papan premis/kain rentang/gegantung/poster/notis makluman/pelabelan/badan kenderaan dan RM30 untuk papan iklan luar/iklan tiang/iklan elektronik/digital. Proses pengesahan iklan mengambil masa antara 1 hingga 3 hari waktu bekerja. Sila rujuk panduan pengguna untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 20.05.2020 |
| MOHON DBP ambil tindakan dan siasat satu keratan akhbar bertarikh 12 Mei 2021, tentang Gaza di bedil, di dalam perenggan terakhir editor telah mengeluarkan kenyataan berhubung penduduk Palestin adalah penunjuk perasaan semasa Israel menghalau rakyat Palestin dari kediaman sendiri,. Ayat itu tidak sesuai di gunakan ibaratkan macam menyokong tindakan rejim zionis terhadap rakyat Palestin. Kerana rakyat berkenaan hanya mempertahankan hak dan agama Islam serta tempat masjid ke 3 suci , mohon DBP siasat dan minta sinar harian buat permohonan maaf terbuka dan menarik balik keratan tersebut. Ini adalah sensitif agama , bangsa dan saudara Islam. | Kami mengambil maklum akan aduan tuan ini dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan tuan. Sekiranya ada maklumat lain, pihak tuan juga boleh mengemukakan aduan terus kepada Editor Sinar Harian untuk tindakan selanjutnya. | Lain-lain | 12.05.2021 |
| Encik, 1. Adakah "berganding bahu" ialah peribahasa? 2. Apakah perbezaan maksud dan penggunaan antara perkataan 'berpusing-pusing' dengan 'berputar-putar'? Terima kasih. | Encik Wee, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. . berpusing membawa makana - --bp berputar; ~ belit akal (perkataan, tipu daya, dll) yg berbelit-belit; cakap ~ berputar balik (perkataannya); 2. = ~ kepala sakit kepala, pening: ia tidak dapat berdiri kerana ~ kepalanya; 3. hilang akal, tidak keruan fikiran, bingung: sampai ~ saya dibuat olehnya; 4. = pusing-pusing bp bersusah payah, sibuk-sibuk, susah-susah: janganlah pusing-pusing sangat tentang soal duit itu boleh saya usahakan; 5. bp turut memikirkan dll, endah, peduli: saya tidak ~, itu bukan urusan saya; (tidak) ambil ~ bp (tidak) ambil peduli, (tidak) mempedulikan; 6. = dadu ~ Id dadu putar, sintir; ~ ganti (Eko) a) jumlah hasil jualan sesuatu perniagaan; b) nisbah jualan dgn purata stok utk sesuatu tempoh yg dinyatakan. berpusing 1. berputar (baling-baling, kipas, roda, dll): enjin sebuah motokar ~ 4 berputar-putar 1. berpusing-pusing, berkisar-kisar, berpusar-pusar: baiklah jangan ~ pd keterangan ini sahaja; sebuah kereta radio polis dgn lampu birunya ~; 2. = berputar bergerak (berjalan, terbang, dll) berkeliling: mereka datang kerana melihat gadis-gadis cantik yg ~ di pasar itu; 3. tidak langsung menuju (tempat dll yg dimaksudkan, tujuan yg sebenarnya), berbelok-belok (berjalan, bercakap, dll); memutar 1. menjadikan berputar, memusing(kan): ~ dadu; ~ skru; 2. mengubah arah dll, membelokkan, mengelokkan: meriam itu diputar ke arah kapal perang yg sedang belayar; kesedaran ini akan ~ haluan hidupnya kpd yg lebih sempurna; 3. membelit-belitkan (perkataan dll), membolak-balikkan (kebenaran dll): kebenaran tidak dapat diputar-putar; ia seorang yg pandai ~ perkataan; 4. memindahkan (tanaman dll): apabila ia berumur beberapa bulan pohon itu hendaklah diputar ke tempat lain; 5. mencampur, mengaduk, mengarau; ~ enjin menghidupkan enjin; ~ filem mempertunjukkan filem; ~ lidah membelit-belitkan perkataan, mengingkari (mengubah) janji; ~ otak memikirkan dgn sungguh-sungguh (atau dgn susah payah); ~ percakapan (cakap kecek, perbualan) mengubah tajuk atau pokok perbualan, memindahkan atau membelokkan percakapan kpd perkara lain; ~ wang (modal) menjalankan wang utk berniaga | Makna | 01.07.2009 |
| 1) Apakah maksud perkataan “mendapatkan”, "pemerdapatan", "memperdapatkan" dan "diperdapatkan"? 2) Apakah perbezaan penggunaan perkataan "mendapatkan" dan "memperdapatkan"? Adakah perkataan "memperdapatkan" boleh diikuti dengan imbuhan -kan? 3) Adakah penggunaan perkataan "mendapatkan" "memperdapatkan", "pemerdapatan" dan "diperdapatkan" dalam ayat di bawah betul dari segi tatabahasa? Mendapatkan: "Kuasa untuk mendapatkan pinjaman luar negeri."/ "Power to raise external loan" Memperdapatkan: "Kuasa untuk memperdapatkan pinjaman luar negeri."/ "Power to raise external loan" Pemerdapatan: "Peruntukan yang mengawal selia pemerdapatan pinjaman luar negeri." / "Provisions regulating the raising of external loans" Diperdapatkan: "bagi pembayaran balik atau pelunasan pinjaman yang diperdapatkan di luar Malaysia." / "for the repayment or amortization of loans raised outside Malaysia." Terima kasih atas bantuan Tuan/Puan. | 1. Untuk mencari maksud perkataan, tuan boleh memanfaatkan PRPM dan ambil data Kamus Dewan/Kamus Pelajar. Contoh: mendapatkan bermaksud berusaha untuk memperoleh sesuatu. Tiada kata terbitan bagi pemerdapatan, memperdapatkan dan diperdapatkan. 2. Untuk melihat kata terbitan yang ada tuan boleh merujuk PRPM dan menulis perkataan berkenaan pada ruangan CARIAN. Apabila melihat makna satu demi satu kata terbitan yang ada, tuan akan dapat lihat perbezaan perkataan berkenaan. 3. Ayat yang betul ialah Kuasa untuk mendapatkan pinjaman luar negeri.
| Makna | 01.07.2021 |