| adakah ayat-ayat berikut betul dari segi penggunaan kata 'ambil berat' ? 1) Ibu bapa harus ambil berat akan anak-anak mereka. 2) Mereka sangat ambil berat terhadap anak-anak yatim. 3) Mak Su sangat ambil berat terhadap jirannya. | Ambil berat bermaksud memberikan perhatian yang istimewa terhadap sesuatu atau seseorang. Dari segi konteks penggunaan perkataan "ambil berat" dalam ayat di atas adalah betul. | Tatabahasa | 22.05.2013 |
| Dari segi tatabahasa, adakah 'ambil berat' patut dibubuh imbuhan meN- dalam ayat-ayat berikut dalam konteks penulisan? 1) Pak Su ambil berat akan anak-anaknya. 2) Kita patut ambil berat terhadap warga tua. Jika dibubuh imbuhan, adakah kata sendi nama 'akan' dan 'terhadap' perlu digugurkan? (ikut prinsip kata kerja transitif) | Ayat yang gramatis ialah "Pak Su mengambil berat perihal anak-anaknya" dan "Kita patut mengambil berat perihal warga tua". Mengambil berat ialah kata majmuk yang bermaksud memberikan perhatian yang istimewa. Manakala dalam konteks kata kerja transitif kata kerja mengambil perlu diikuti langsung oleh objek yang terdiri daripada kata nama seperti "buku" dan "bola" menjadi "mengambil buku" dan "mengambil bola". Kata sendi nama "akan" pula perlu didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Oleh itu, kata sendi nama "akan" digugurkan dalam ayat contoh tersebut. | Tatabahasa | 05.06.2013 |
| maksud ayat mengambil berat | Ambil berat bermaksud memberikan perhatian yang istimewa terhadap sesuatu atau seseorang. | Makna | 05.09.2006 |
| Assalamualaikum, saya nak bertanya... Adakah perlu letak mengambil walaupun 'cakna' sudah bermaksud ambil berat ? | Perkataan mengambil tidak perlu hadir sebelum kata cakna, contohnya "sayalah yang cakna makan minum ayah kau". | Makna | 02.01.2013 |
| maksud peribahasa.1. Dalam tangan 2. Ada bakat 3.Bahasa kesat 4.Bekas tangan. 5.Baik hati. 6. Ambil berat | 1.dalam tangan :dlm kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh; 2. ada bakat: ada kenolehan dalam sesuatu lapangan pekerjaan 3. bahasa kesat: bahasa kotor 4. bekas tangan: i tanda tangan ii. barang buatan iii.pukulan 5. baik hati : baik peranganinya 6.ambil berat : ambil perhatian, ambil pusing | Makna | 07.05.2009 |
| maksud peribahasa.1. dalam tangan 2. ada bakat. 3.bahasa kesat.4. bekas tangan.5. baik hati. 6.ambil berat | 1.dalam tangan :dlm kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh; 2. ada bakat: ada kenolehan dalam sesuatu lapangan pekerjaan 3. bahasa kesat: bahasa kotor 4. bekas tangan: i tanda tangan ii. barang buatan iii.pukulan 5. baik hati : baik peranganinya 6.ambil berat : ambil perhatian, ambil pusing | Makna | 07.05.2009 |
| maksud perkataan cakna, pewaris | Sdr. Mohd Zubir, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Cakna membawa makna - daripada terengganu - ambil peduli, ambil berat: semenjak emak kau meninggal, sayalah yg ~ makan minum ayah kau. manakala pewaris bermakna - orang (pihak) yg mewarisi, waris: kita adalah ~ kebudayaan yg terkaya dlm dunia; ~ ilmu Yunani; beliau muncul sbg ~ jawatan Perdana Menteri. | Makna | 26.04.2009 |
| Berdasarkan ayat-ayat yang berikut, adakah penggunaan "akan/tentang/terhadap di bawah betul? 1. Jangan awak salah faham tentang/akan dia. 2. Saya ambil berat terhadap/akan awak. Terima kasih. | Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud terhadap ialah tentang; mengenai; berkenaan, maka contoh ayat yang diberikan adalah betul penggunaan akan/tentang/terhadap. | Tatabahasa | 07.07.2018 |
| Bolehkan perkataan 'cakna' digunakan dalam karangan penulisan diperingkat UPSR,PMR atau SPM.Adakah perkataan ini diterima oleh lembaga peperiksaan. | Cakna membawa makna - merupakan dialek Negeri Terengganu iaitu ambil peduli, ambil berat: semenjak emak kau meninggal, sayalah yg ~ makan minum ayah kau. Dibenarkan menggunakan dialek dalam penulisan asalkan dialek tersebut telah disahkan dan diterima pakai dalam konteks rasmi, contohnya perkataan tersohor, cakna dsbnya. | Tatabahasa | 10.10.2012 |
| Salam Sejahtera Tuan/Puan Di sini saya inginkan kepastian maksud perkataan Cakna. Boleh kah saya menggunakan perkataan Cakna dalam tajuk ini... CAKNA PENGURUSAN REKOD Sekian Terimakasih. | Salam sejahtera, Cakna bermaksud ambil peduli atau ambil berat. Manakala tentang tajuk pula, dicadangkan Mencakna Pengurusan Rekod. | Istilah | 22.09.2015 |