Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
maklum (kata kerja)
Bersinonim dengan tahu, mengerti, faham, sedar, mafhum;,
Kata Terbitan : memaklumi, memaklumkan, termaklum, makluman, pemakluman,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kami ambil maklum cadangan tuan. Dalam hal ini pihak yang berwenang telah mengambil kira pelbagai aspek untuk melaksanakan program Munsyi Dewan dan perancangan yang dipilih berkemungkinan langkah paling praktikal pada masa ini. jawapan ini seolah-olah tiada usaha daripada pihak DBP-perancangan yang dipilih berkemungkinan langkah paling praktikal pada masa ini.Terima kasih atas sokongan pihak tuan.Lain-lain14.09.2017
Zainuddin Ahmad THU 6:28PM Saya ambil maklum. Butiran lanjut aduan sama telah dikirim secara rasmi kepada Pengarah DBP melalu email: lindasafa@dbp.gov.my hari ini. Ptg ini seorang pegawai dpd KPDNKK Shah Alam telah menghubungi saya melalui talipon tetapi malangnya lemah penjelasannya; bagaikan ribut sudah melanda kelmarin dan hari ini maka terbagunlah dia daripada tidor lena. Fahaman saya KPDNKK mempunyai tanggun jawab emas membertabatkan penggunaan Bahasa Melayu khususnya di pasaraya. Saya lebih minat untuk mempastikan ada dasar penggunaan Bahasa Melayu di pasaraya dan diperkemas dan diperkukuhkan lagi. Saya bincang lagi selepas DBP merumuskan isu ini kemudian. Terima kasih,Pandangan tuan dalam hal ini amat kami hargai dalam mengisi ruang yang boleh ditambah baik dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan. Kesedaran dan jati diri dan warganegara adalah sesuatu yang amat bernilai dan kami berharap kesedaran yang nampak kecil ini memberikan impak yang sangat bermakna. DBP telah melakukan pemantauan di lokasi tersebut dan pihak pengurusan pasar raya tersebut telah memaklumkan bahawa pihak KPDNKK Shah Alam telah ke lokasi. DBP akan menghantar surat teguran kepada pasar raya tersebut kerana tidak mengggunakan bahasa kebangsaan dalam paparan dan peragaan serta memohon supaya menggunakan bahasa kebangsaan dalam sebarang paparan atau maklumat kepada masyarakat.Lain-lain25.08.2016
Apa perbezaan "merubah" dan "mengubah". Sila ambil maklum saya ingin mengadakan sebuah pertandingan mencipta blog berdasarkan tema "Broadband Merubah Hidup Saya".

Kata 'merubah' daripada kata dasar 'rubah' yang bermaksud mengubah.

Kata 'mengubah' adalah kata terbitan 'ubah'. 

Makna22.10.2009
Soalan dalam lampiran fail.Pihak kami ambil maklum atas apa yang tuan sampaikan. Jawapan yang betul ialah "kurang daripada" kerana perkataan "daripada" dalam konteks pertanyaan tuan menunjukkan perbezaan atau perbandingan. Contoh: Harga kain itu kurang daripada harga biasa.Tatabahasa30.03.2019
Engine carian kata mengalami errorAduan tuan kami ambil maklum dan dikemukakan kepada bahagian berkenaan untuk tindakan selanjutnya.Lain-lain15.04.2018
Minta maaf, kesilapan dalam menaip kata ~merupakanKami ambil maklum.Lain-lain01.10.2015
Laman sesawang prpm selalu beku. Melambatkan pencarian perkataan.Aduan tuan kami ambil maklum dan dikemukakan kepada bahagian berkenaan untuk tindakan selanjutnya.Lain-lain03.05.2017
Please ignore the enquiry which was sent yesterday as I have found the answers from your website. Thank you.Kami ambil maklum.Terima kasih.Lain-lain17.07.2018
Selamat pagi Mohon nasihat sama ada perkara berikut betul atau tidak dari segi bahasa dan boleh digunakan dalam urusan rasmi: i. ambil maklum ii. salam iii. salam hormat Sekian, terima kasihPerkataan yang diberikan boleh digunakan dalam urusan rasmi dan hendaklah digunakan mengikut konteks.Tatabahasa31.03.2017
Razif Nasardin SAT 3:08PM Laman web pusat rujukan persuratan melayu tidak boleh dilayar. Tolong baiki masalah ini. Mesejnya : Server error.Kami ambil maklum aduan tuan dan berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut secepat mungkin.Lain-lain20.08.2016
123456

Kembali ke atas