3. Bagaimankah penggunaan “mu” dan “kau”? Yang mana betul: a. Akalmu/ akal mu b. Ajarku/ ajar ku c. Kuajar/ ku ajar d. Kauterima/ kau terima e. Cawanku/ cawan ku f. Ambilkan kucawan/ ambilkan ku cawan/ ambilkanku cawan | Kata ganti nama singkat 'mu' dan'ku' dieja bercantum dengan kata yang mendahuluinya atau mengikutinya. Contoh Padamu, untukmu, milikku dan kuharapkan. Oleh itu yang betul ialah akalmu, ajarku, kuajar, kauterima, cawanku, dan ambilkanku cawan. | Tatabahasa | 08.05.2007 |
cara menulis perkataan "kautolong" atau "kau tolong". Contoh ayat : Boleh kautolong ambilkan buku itu? | Cara penulisan yang betul ialah kautolong. | Tatabahasa | 14.01.2015 |
Saya hendak bertanya mana satu ayat yang betul ? dan Kenapa? Terima kasih. A) "Sila tolong ambilkan buku di atas meja saya," kata kakak. B) "Minta buka buku teks Bahasa Melayu kamu," arah Cikgu Halim. C) "Jangan pergi ke mana-mana sehingga saya datang," ujar Kumaran. D) "Jemput berkumpul di padang sekolah esok," pesan jurulatih bola sepak. | Ayat yang betul ialah (C) "Jangan pergi ke mana-mana sehingga saya datang," ujar Kumaran. | Tatabahasa | 12.07.2012 |