Yang mana betul? 1.Amin bersalaman dengan neneknya. 2.Amin bersalam-salaman dengan neneknya. 3.Amin menyalam neneknya. 4.Amin menyalami neneknya. | Jawapan yang betul ialah 1. Amin bersalaman dengan neneknya. 2. Amin bersalam-salaman dengan neneknya. 4. Amin menyalami neneknya. | Tatabahasa | 18.01.2020 |
Amin Rouge FRI 09:53 Amin Rouge Amin salam..saya nak tanya, pihak dewan bahasa perlukan pereka grafik untuk membuat layout dan cover buku secara freelance? | Waalaikumussalam, Tuan boleh mengemukakan soalan ini kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia melalui e-mel fairuz@dbp.gov.my atau telefon 03-21479341 | Lain-lain | 25.11.2016 |
Adakah betul penggunaan huruf besar dan huruf kecil untuk ayat ini? - "Hai, Amin!" Satu suara menegur Amin dari arah belakang. - "Saya rasa... kita harus bekerjasama membanteras kes buli di sekolah kita ini," kata Zhariff kepada rakan-rakannya. | "Hai, Amin!" Satu suara menegur Amin dari arah belakang. "Saya rasa, kita harus bekerjasama membanteras kes buli di sekolah kita ini," kata Zhariff kepada rakan-rakannya. | Tatabahasa | 03.11.2015 |
Perkataan amin adalah dari bahasa Arab yang membawa maksud perkenankanlah. Kenapa boleh wujud imbuhan "mengaminkan" doa yang boleh dimaksudkan sebagai mengucapkan amin. Pendapat saya Amin tidak boleh diberi imbuhan. Sama seperti Assalamualaikum, kita tidak akan kata "mengassalamualakumkan". Mohon pencerahan untuk perbetulkan kefahaman saya berkenaan perkataan Amin. Terima kasih. | Perkataan amin yang berasal daripada bahasa Arab telah diserap dan diterima sebagai kata jati bahasa Melayu. Oleh yang demikian, perkataan tersebut boleh menerima imbuhan. Contoh kata serapan daripada bahasa Arab yang telah diterima sebagai kata jati bahasa Melayu ialah doa, terjemah, fikir dan sebagainya. Tuan boleh merujuk buku-buku terbitan DBP untuk maklumat lanjut, seperti: (i) Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (ii) Kamus Dewan Perdana (iii) Perancangan Bahasa dengan Rujukan Khusus kepada Perancangan Bahasa Malaysia (iv) Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu Dewan
| Istilah | 05.02.2025 |
bagaimana ejaan yang betul bagi perkataan asal daripada bahasa Arab ; Adakah Al-Qawiyy Al-Amin atau Al-Qawiyyul Amin | Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, ejaan yang betul ialah al-Qawi al-Amin | Ejaan | 15.11.2018 |
Amin memasukkan buku ke dalam beg sekolah. Amin memasukkan buku di dalam beg sekolah. | Ayat yang betul ialah "Amin memasukkan buku ke dalam beg sekolah". | Tatabahasa | 20.11.2022 |
1. Ini buku Amin atau buku Iman? 2. Ini buku Amin atau Iman? Mana satu ayat yang betul? | Ini buku Amin atau buku Iman? (tepat)... Penjelasan. Berlaku pengguguran subjek sahaja. Dalam ayat di atas subjek ialah Ini... | Tatabahasa | 16.08.2012 |
Ali duduk di antara Amin dengan Aminah. atau Ali duduk di antara Amin dan Aminah. yang mana satu betul? | Yang betul ialah - Ali duduk di antara Amin dengan Aminah. | Tatabahasa | 10.10.2008 |
Ingin bertanya penggunaan frasa yang betul dan minta pencerahannya. 1. Amin "melambai tangan" kepada rakannya, atau Amin "melambaikan tangan" kepada rakannya. 2. titah Sultan Mansur kepada "rakyatnya" atau titah Sultan Mansur kepada "rakyat-rakyatnya" 3. Adakah penggunaan "hadirin sekalian" dibolehkan walaupun kedua-dua perkataan membawa maksud jamak? | Ayat yang betul ialah: 1. Amin "melambai tangan" kepada rakannya. 2. Titah Sultan Mansur kepada "rakyatnya". 3. "hadirin sekalian" dibolehkan walaupun kedua-dua perkataan membawa maksud jamak. | Tatabahasa | 12.05.2015 |
SAYA AMIN WAKIL DARI ZACKS CORNER, SAYA INGIN MENANYAKAN BAGAIMANA EJAAN BETUL ZACKS CORNER DALAM BAHASA JAWI ? | Ejaan Jawi bagi ZACKS CORNER ialah زيک س کورنر | Ejaan | 11.11.2023 |