Bagaimana penggunaan pangkat seperti D.I.M.P., A.M.N.,S.I.S,A.M.S adakah diletakkan sebaris bersama nama, seperti:- DATO' DR. JUHARI BIN AHMAD D.I.M.P.,A.M.N.,S.I.S.,A.M.S ATAU diletakkan di bawah baris nama DATO' DR. JUHARI BIN AHMAD D.I.M.P.,A.M.N.,S.I.S.,A.M.S | Penggunaan Darjah Kebesaran Persekutuan atau Darjah Kebesaran Negeri biasanya diletakkan di bawah nama penerima darjah kebesaran tersebut. Sekiranya ingin diletakkan sebaris dengan nama penerima, darjah kebesaran tersebut perlu dimasukkan dalam tanda kurung ( ) serta disusun mengikut urutan darjah tertinggi. Namun, hal ini bergantung pada protokol khusus sesebuah negeri dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut, tuan bolehlah menghubungi Bahagian Istiadat & Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri. | Lain-lain | 21.01.2020 |
ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang penggunaan bahasa dalam sektor awam.adakah buku mengenai penggunaan bahasa dalam sektor awam diterbitkan?boleh senaraikan.terima kasih. | Bahasa Malaysia: pandangan pentadbir di sektor awam | A. M. S | Pelita Bahasa | 01/03/1989 | Terperinci Bahasa Melayu di sektor awam: penggunaannya bagaimana? | Nor Hashimah Jalaluddin | Dewan Bahasa | 01/08/2001 | Terperinci Kecemerlangan berbahasa Melayu di sektor awam | Abang Patdeli Abang Muhi | Pelita Bahasa | 01/12/1995 | Lain-lain | 24.03.2008 |
boleh terangkan dasar berkaitan bahasa malaysia sebagai bahasa kebangsaan,bahasa rasmi,bahasa pendidikan dan penggunaan bahasa. | Sila rujuk bahan ini. Terima kasih. 1. Bahasa Melayu dan pemerkasaannya: Dasar bahasa dan strategipelaksanaannya | Ismail Dahaman | Jurnal Dewan Bahasa | 01/07/1998 2. Bahasa Melayu teras Dasar Sastera Nasional | S.M. Zakir | Dewan Bahasa | 01/10/2006 3. Dasar dan pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasakebangsaan | Ainon Muhammad | Dewan Bahasa | 01/02/1985 4. Pelaksanaan dan perkembangan bahasa Melayu dalam dasar pendidikannegara | Ishak Ramly | Jurnal Dewan Bahasa | 01/10/1996 | Lain-lain | 21.05.2008 |
Apakah padanan terjemahan untuk istilah perubatan "Housemaid's knee" yang merujuk kepada Housemaids Knee also known as prepatellar bursitis or knee bursitis is a swelling of the bursa or small sack of fluid at the front of the knee. Terima kasih | Terjemahan housemaid's knee ialah lutut pengemop, rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=Housemaid%27s+knee&d=228972&#LIHATSINI. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.11.2017 |
bagaimanakah penggunaan bahasa Melayu Malaysia dalam kehidupan harian masyarakat? | Sila rujuk bahan ini : 1.Beberapa persoalan penggunaan bahasa Melayu dan penyelesaiannya oleh S. Nathesa. Pelita Bahasa : Jun 1995 | Lain-lain | 02.02.2008 |
Laras bahasa, konsep, jenis, ciri-ciri dan bentuknya. | Sila rujuk bahan ini : 1. Laras Bahasa Ilmiah oleh S. Nathesan terbitan DBP : 2008 2.Bahasa : konsep, fungsi dan penguasannya oleh penutur oleh Zulkifley Hamid trerbitan DBP : 1996 3.Ragam dan ciri bahasa oleh Media Indra Kasih . Majalah Dewan Bahasa. Julai 2003 | Lain-lain | 09.02.2008 |
Assalamualaikum, Yang mana betul terjemahan untuk perkataan "authentication", "pengesahihan", pengsahihan" atau "pengesahsahihan"? Sekian, terima kasih. | Padanan terjemahan "authentication" dalam bahasa Melayu ialah " pengesahan dan "pensahihan" perihal mengesahkan atau mensahihkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=authentication&d=228972&#LIHATSINI untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.07.2017 |
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin meminta pendapat akan terjemahan yang betul untuk "as a whole" bagi ayat berikut: "This Terms and Conditions (T&C) is to be read together as a whole with the T&C 1, T&C 2 and any other relevant terms and conditions as well as other rules and regulations." Cubaan terjemahan: "Terma dan Syarat (T&S) ini hendaklah dibaca bersama sebagai keseluruhan dengan T&S 1, T&S 2 dan sebarang terma dan syarat yang berkaitan serta peraturan dan pengawalan lain." Terima kasih. | Cadangan terjemahan yang sesuai bagi "as a whole" bagi ayat berikut ialah "This Terms and Conditions (T&C) is to be read together as a whole with the T&C 1, T&C 2 and any other relevant terms and conditions as well as other rules and regulations" ialah Terma dan syarat ini hendaklah dibaca bersama-sama keseluruhan terma dan syarat 1 dan 2 dan mana-mana terma dan syarat yang berkaitan atau diberikan seperti yang tertakluk pada terma dan syarat lain-lain." | Makna | 23.06.2020 |
Mohon semak terjemahan kepada Visi dan Misi seperti di bawah: VISION To provide leadership in advancing the country’s tropical forestry research, development, commercialisation and application. MISSION To intensify R&D, engaging community for benefit sharing, enhancing technology transfer and strengthening science-based knowledge in addressing local and global forest-related issues affecting the country’s biodiversity, environment and industries. VISI Menerajui kepimpinan dalam memacu penyelidikan, pembangunan, komersialisasi dan aplikasi R&D perhutanan tropika negara. MISI Mempergiat aktiviti R&D, melibatkan komuniti untuk perkongsian faedah, meningkatkan pemindahan teknologi serta memperkasakan pengetahuan berasaskan sains dalam menangani isu-isu tempatan dan global berkaitan hutan yang memberi impak terhadap biodiversiti, alam sekitar dan industri negara. Sekian, terima kasih. | VISI Menerajui kepimpinan dalam memacu program penyelidikan, pembangunan, komersialisasi dan aplikasi R&D perhutanan tropika negara. MISI Mempergiat aktiviti R&D, melibatkan komuniti untuk perkongsian faedah, meningkatkan pemindahan teknologi serta memperkasakan pengetahuan berasaskan sains dalam menangani isu-isu tempatan dan global berkaitan hutan yang memberi impak terhadap biodiversiti, alam sekitar dan industri negara. | Lain-lain | 22.11.2017 |
Salam sejahtera, mohon nasihat pihak Tuan dengan soalan-soalan di bawah. 1. Yang mana satukah penterjemahan yang betul mengikut Hukum D-M. Shop for Fashion Men's Wear MS>> Beli Fesyen Pakaian Lelaki ATAU Beli Pakaian Fesyen Lelaki 2. Stylish & Suits Your Pocket >> Bergaya & Sesuai Dengan Perbelanjaan Anda ATAU Bergaya & Sesuai Dengan Belanjawan Anda Sekian, terima kasih. | Salam Sejahtera, 1. Shop for Fashion Mens's Wear - Kedai Pakaian Lelaki 2. Stylish & Suits Your Pocket - Mengikut Kemampuan Anda Sekian, terima kasih. | Makna | 10.02.2020 |