Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bendung; ~ sampai ke seberang, dinding sampai ke langit prb dikatakan bkn persahabatan yg sudah putus dan tidak akan berbaik lagi atau bkn pekerjaan yg tidak alang kepalang; ® empang I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ampang I


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yaya Ibrahim Apr 3rd, 10:42pm Assalamualaikum, Sekolah saya ada menghasilkan teater kanak2 dan sering menyertai pertandingan teater sekolah2 rendah..( SK Pandan Indah, ampang, selangor ) Bagaimana cara untuk saya mengetengah karya dan bakat murid2 dari sekolah saya di DBP. Adakah punya syarat tertentu? Saluran manakah yang perlu saya ikuti? Cikgu Yahaya Ibrahim Sk Pandan Indah, 55100 ampang, selangor. 0172860341Wa'alaikumussalam, Berkaitan dengan teater kanak-kanak, tuan boleh menghubungi Puan Nor Hidayah Ilyas di Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja melalui talian 03- 214799703 untuk mendapatkan maklumat lanjut. Terima kasih.Lain-lain03.04.2015
Assalamualaikum..Sy cikgu Ana dari Tadika Bandar baru ampang..ingin penjelasan tentang nama tadika yang telah sy daftarkan..adakah boleh nama tadika yg sy daftarkan dalam bahasa Arab sekarang..? Nama Tadika : Tadika Dee Tadris Makna : Dee - Di : Tadris - PengajianDewan Bahasa dan Pustaka tidak mengesahkan penggunaan nama sesuatu organisasi/institusi yang menggabungkan penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.Lain-lain14.03.2020
Pengesahan untuk membuat papan tanda di depan premis pejabat kepada Majlis Perbandaran Ampang JayaUntuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain20.08.2015
Muna Rime 10.38 PAGI Assalamu'alaikum w.b.t, Saya Muna dari Ampang. Boleh saya tahu, bagaimana mahu mendapatkan tiket teater Bahara Emas?Sila hubungi Bahagian Promosi dan Pengiktirafan melalui talian 03-21479130 (Puan Baidari Basri).Lain-lain16.10.2017
Salam, Saya memerlukan Khidmat Nasihat Bahasa untuk billboard Hotel De Palma di Jalan Ampang.Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa).Lain-lain31.07.2012
Saya ingin membuka kedai dengan nama Kedai Haiwan Kesayangan. Adakah perkataan Kedai Haiwan Kesayangan ini diluluskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka seperti yang dikehendaki oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Sekian Terima KasihAssalamualaikum...
Penggunaan nama kedai yang sesuai bagi Kedai Haiwan Kesayangan ialah Kedai Haiwan Peliharaan.
Lain-lain06.12.2017
Salam Adakah frasa 'nama korporat' wujud ? Sebagai sebuah sekolah , saya ingin memendekkan nama sekolah saya. Contoh SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT JALIL KUALA LUMPUR kepada SEBIJAK. adakah SEBIJAK itu 'nama korporat'? Atau apakah istilah yang sesuai bagi memendekkan nama? Malay College Kuala Kangaar MCKK. Adakah MCKK itu nama korporat? ATAU sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Pecah, KKB, SEMEKAP itu nama korporat ? TerimakasihNama korporat ialah nama yang biasa dikenali bagi sesebuah badan korporat.  Untuk lebih memudahkan sesebuah oranisasi, akronim lazimnya digunakan seperti  MARA, LHDN, MCKK dan banyak lagi.

Akronim terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan seperti kata yang wajar. Contohnya ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara), cerpen (cerita pendek), purata (pukul rata).
 

Tatabahasa07.07.2013
Salam sejahtera tuan/puan. Saya ingin mendapatkan kepastian dari segi penggunaan huruf besar atau kecil. Contoh ayat: 1). Kajian ini dijalankan untuk mengetahuan tahap penguasaan konsep dalam kalangan murid Tingkatan Empat Prinsip Perakaunan. Adakah perkataan "Tingkatan Empat Prinsip Perakauan" perlu ditulis sebagai huruf besar? atau hanya ditulis seperti berikut: tingkatan empat Prinsip Perakaunan? 2). Murid sekolah menengah zon Ampang. Adakah sekolah menengah perlu ditulis dalam huruf besar juga? Sekian, terima kasih.

Perkataan  “Tingkatan Empat Prinsip Akaun” dalam ayat (1), huruf pertama ditulis dengan huruf besar jika nama khas dan ditulis dengan semua huruf kecil jika nama am.

Perkatan  “sekolah menengah”  dalam ayat (2) ialah nama am dan ditulis dengan huruf kecil.

 

 

Ejaan19.06.2020
Mohon semakan ke atas cadangan pemaju untuk menggunakan nama skim pembangunan perumahan dan perniagaan dengan nama: PRIMA KUALA KANGSAR dan juga nama PUNCAK KUALA KANGSAR, mohon ulasan dan pandangan tuan terhadap 2 cadangan di atas, sekian terima kasihUntuk makluman, perkataan "PRIMA" bermaksud yang penting, yang terutama atau yang utama. Berdasarkan maksudnya, perkataan ini hanya sesuai diletakkan di bahagian belakang sesuatu nama. Contohnya: Ampang Prima dan Puchong Prima. Oleh itu, nama yang disyorkan ialah KUALA KANGSAR PRIMA. PUNCAK KUALA KANGSAR adalah betul dan boleh digunakan. Nama ini sesuai digunakan sekiranya skim pembangunan ini terletak di tempat yang tinggi.Tatabahasa21.03.2013
Assalamualaikum tuan/puan Berhubung dengan buku bertajuk Teknik Dalam Silat Melayu tulisan arwah Cikgu Anuar Abdul Wahab terbitan tahun 1992. Diharap pihak tuan/puan dapat mengulang cetak buku berkenaan kerana kami generasi yang terkemudian tidak dapat menikmati hasil karya tulisan beliau. Ini dilihat sangat penting memandangkan beliau sudah tiada dan kami masih memerlukan seberapa banyak rujukan mengenai Silat Melayu. Diharap pihak tuan/puan dapat mempertimbangkan permohonan ini demi warisan bangsa kita Melayu. Izhar bin Mat Isa 850807-05-5143 Ampang, SelangorTerima kasih atas cadangan tuan. Cadangan ini akan dikemukakan kepada Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk tindakan selanjutnya.Lain-lain10.07.2009
12

Kembali ke atas