| 1.Beliau memulakan mesyuarat itu dengan bacaan doa. 2.Hadiah di atas meja itu untuk anak kesayangannya. soalan;adakah ayat tersebut terbina daripada dua klausa? | Ayat tersebut terdiri daripada dua klausa. | Tatabahasa | 10.08.2008 |
| [Tiada perkataan "kededua" dalam rujukan kami. Sekiranya yang dimaksudkan 'kedua-dua', maka penggunaannya adalah betul. Kedua-dua bermaksud kelompok yang terdiri daripada dua (orang, dan sebagainya); dua-dua sekali. Perkataan ketiga-tiga dan keempat-empat boleh digunakan.] - oleh sebab perkataan "kedua-dua" telah melalui proses penggandaan separa dan diterima bentuknya sebagai "kededua", adakah ini bermaksud kita boleh aplikasi formula yang sama ke atas perkataan-perkataan seperti "ketiga-tiga" menjadi "ketetiga" dan "keempat-empat" menjadi "ke-e-empat" dan seterusnya? Terima kasih. | Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak. Contoh penggandaan penuh ialah meja-meja, rumah-rumah, pelatih-pelatih, amalan-amalan dan persatuan-persatuan. Manakala penggandaan separa ialah lelaki, pepohon, tetikus, sesiku, berkata-kata, sepandai-pandai, sayur-sayuran, risik-risikan, jadi-jadian, dan kebarat-baratan. Penggandaan berentak pula ialah kuih-muih, gotong-royong, batu-batan, dolak-dalik, gelap-gelita, anak-pinak, ulang-alik, lintang-pukang. Merujuk kepada pertanyaan mengenai 'kededua' dan 'ketetiga', tiada dalam rujukan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 76 - 79. | Tatabahasa | 11.08.2010 |
| Bolehkah saya menukar kasut ini jika anak saya tidak muat? Menukar atau menukarkan. Apakah perbezaan? | Bolehkah saya menukar kasut ini jika anak saya tidak muat? Menukar bermaksud mengganti dengan yang lain: Ia menukar kasutnya yang lama dengan yang baru. Menukarkan bermaksud: 1. menjadikan atau membuat supaya bertukar: Siapa yang menukarkan meja kami? 2. memberikan sesuatu supaya diganti dengan yang lain: Dia pergi ke bank untuk menukarkan wangnya. 3. mengarahkan supaya bertukar: Pihak Kementerian telah menukarkannya dari Ipoh ke Seremban. | Tatabahasa | 10.11.2024 |
| Salam..betul/salah ayat-ayat ini dan jelaskan. Terima kasih. 1.Antara acara yang dipertandingkan ialah mewarna dan melukis poster. 2.Apa pun yang terjadi dalam keluarganya, jangan kamu campur tangan. 3.Ayah telah menggali di belakang rumah sebuah perigi batu. 4.Baju kurung moden yang berwarna jingga itu bagi kakak long saya. 5.Benar tepat jawapan tatabahasa yang diberikan oleh murid itu. 6.Carta Penulisan Bahasa Melayu UPSR itu terletak atas meja Cikgu Ali. 7.Encik Mutu bekerja di Estet Mini Ulu Bernam sejak tahun lepas. 8.Guru Besar berterima kasih di atas pandangan guru-gurunya. 9.Kata Ustaz lshak kepada anak muridnya,"Yang kekal cuma Allah." 10.Kedua pengantin itu berseri-seri semasa bersanding di atas pelamin. 11.Kejayaan cemerlang yang diperolehi Mustafa kerana usaha gigihnya. 12.Lain-lain perkara turut dibincangkan dalam mesyuarat PIBG itu. 13.Mak Cik Mariam menghidangi tetamunya sepinggan kuih seri muka. 14.Makanlah ikan kerana ikan mengandungi banyak zat dan protein. 16.Pemandu muda itu menafikan dia memotong garisan berkembar. 17.Seekor lembaga putih pernah dilihat olehnya di teratak usang itu. 18.Semenjak dari hari itu, abangnya tidak pernah lagi datang ke sini. 19.Setiap pagi dia bersarapan dua biji telur ayam masak separuh. 20.Siapatah yang suka membuang sampah di kawasan ini. | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: - Antara acara yang dipertandingkan termasuklah mewarna dan melukis poster.
- Apa-apa pun yang terjadi dalam keluarganya, jangan kamu campur tangan.
- Ayah telah menggali sebuah perigi batu di belakang rumah.
- Baju kurung moden yang berwarna jingga itu untuk kak long saya.
- Jawapan tatabahasa yang diberikan oleh murid itu tepat.
- Carta Penulisan Bahasa Melayu UPSR itu terletak di atas meja Cikgu Ali.
- Encik Mutu bekerja di Estet Mini Ulu Bernam sejak tahun lepas.
- Guru Besar berterima kasih kepada guru-gurunya atas pandangan yang diberikan.
- Kata Ustaz lshak kepada anak muridnya,"Yang kekal cuma Allah."
- Pengantin itu berseri-seri semasa bersanding di atas pelamin.
- Kejayaan cemerlang yang diperoleh Mustafa kerana usaha gigihnya.
- Perkara lain turut dibincangkan dalam mesyuarat PIBG itu.
- Mak Cik Mariam menghidangi tetamunya dengan sepinggan kuih seri muka.
- Makanlah ikan kerana ikan mengandungi banyak zat dan protein.
- Pemandu muda itu menafikan bahawa dirinya memotong garisan berkembar.
- Satu lembaga putih pernah dilihat olehnya di teratak usang itu.
- Semenjak hari itu, abangnya tidak pernah lagi datang ke sini.
- Setiap pagi dia bersarapan dua biji telur ayam masak separuh.
- Siapalah yang suka membuang sampah di kawasan ini.
| Tatabahasa | 20.01.2015 |
| Seekor penyu sedang...........naik keatas pantai untuk mencari tempat bertelur yang sesuai A) menyusur B) mengesot C) merangkak D) melompat Apakah jawapan paling tepat sekali bagi tempat kosong tersebut. Sekian terima kasih | Jawapan yang sesuai ialah mengengsot. (éngsot); berengsot, berengsot-engsot 1. bergerak (beralih) sedikit-sedikit (perlahan-lahan), berkesot; 2. memulakan satu barisan cetakan atau tulisan lebih jauh dr garis tepi, inden; tidak ~ drpd bibir prb selalu disebut-sebut; mengengsot 1. berengsot: ia ~ menuju ke meja itu; 2. = mengengsotkan menggeserkan, mengesotkan perlahan-lahan. Lihat pula definisi mengesot kerana berbeza walaupun hampir sama. menegsot = bergerak (beralih) dgn menggeserkan atau mengengsotkan punggung, berengsot: anaknya belum boleh berjalan, baru pandai mengesot; dgn mengesot sedikit anak muda Inggeris itu menghampiri Doris; | Tatabahasa | 25.10.2012 |