Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : patung kecil (permainan kanak-­kanak), anak-anakan, boneka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : barang permainan kanak-kanak yg berupa orang; boneka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : barang permainan kanak-kanak yg berupa orang; anak-anakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anak patung


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ANAK PATUNG BERUANG PERLUKAN PENJODOH BILANGAN ATAU X??? 1. Dua ekor anak patung beruang 2. Dua anak patung beruang

Penjodoh bilangan untuk anak patung beruang ialah ekor.

Tatabahasa30.07.2011
Apakah penjodoh bilangan bagi anak patung Apakah kata kerja yang sesuai untuk orang bancuh simen dan memasang batu bataUntuk makluman, tidak semua perkataan mempunyai penjodoh bilangan. Oleh itu, anak patung tidak mempunyai penjodoh bilangan, memadai dua anak patung, sepasang anak patung.

Kata kerja yang sesuai ialah membancuh simen dan menyusun batu-bata.
Tatabahasa19.06.2013
Salam, betulkah ayat ini? Lekapkan rambut pada kepala anak patung itu. Terima kasih.Ayat tersebut betul.Tatabahasa12.03.2013
Salam, adakah atau bolehkah penjodoh bilangan 'ekor' digunakan untuk objek yang berbentuk haiwan? Sebagai contoh: seekor anak patung beruang, seekor itik getah dan sebagainya. Terima kasih.

‘Ekor’ ialah penjodoh bilangan bagi binatang. Untuk makluman, tidak semua perkataan mempunyai penjodoh bilangan. Oleh itu, anak patung, itik getah tidak mempunyai penjodoh bilangan, memadai dua anak patung, dua itik getah.

Tatabahasa18.04.2014

Kembali ke atas