Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anda awak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Adakah ...................sudah menyiapakan kerja rumah yang saya berikan semalam? tanya Cikgu Zamzarina kepada murid-muridnya. Apakah jawapan bagi soalan di atas ? Anda, awak atau kamu? Apakah perbezaan ketiga-tiganya. Nyatakan contoh penggunaan dalam ayat atau situasi.Ketiga-tiga jawapan (anda, awak, kamu)yg diberi adalah betul tetapi yg paling tepat ialah kamu kerana kamu selain berfungsi sbg kata ganti diri kedua awak, engkau; juga membawa makna sekalian, engkau sekalian, engkau (awak) semua; dlm cth ayat yg diberi murid-muridnya. Anda dan awak sama sama fungsinya, kata ganti nama diri keduaTatabahasa13.08.2007
apakah terjemahan yang paling tepat untuk ayat "how happy are you" di dalam soalan-soalan berikut: 1. how happy are you with your health? 2. How happy are you about getting on with people you know? 3. How happy are you about how safe you feel? sesuaikah jika saya terjemahkan sebagai "adakah anda gembira ..." terima kasih

Cadangan terjemahan yang sesuai:

  1. Adakah anda/awak berpuas hati dengan kesihatan anda/awak?
  2. Adakah anda/awak gembira dengan kenalan anda/awak?
  3. Adakah anda/awak berasa selamat?
Penyemakan dan penterjemahan18.01.2017
Apakah perbezaan antara konteks penggunaan kata ganti diri kedua "anda", "awak" "kamu "dan "kalian"? Terima kasih

Antara perbezaan kata ganti diri kedua tersebut adalah seperti yang berikut:

a) Anda ialah kata ganti diri kedua  yang tidak membezakan taraf, peringkat dan umur  seseorang.

b) Awak ialah kata ganti diri kedua yang digunakan biasanya sesama rakan sebaya atau orang yang sama taraf dan umur

c) Kamu ialah kata ganti diri kedua yang biasanya digunakan kepada orang yang lebih rendah umur dan taraf.  

d) Kalian ialah kata ganti diri kedua yang digunakan untuk merujuk kepada lebih seorang atau semua orang, biasanya dalam bahasa percakapan.  

Tatabahasa30.01.2009
Selamat petang. Bolehkah jelaskan apakah perbezaan penggunaan kata ganti diri kedua "awak" "anda" "kamu" dan "engkau"? Adakah penggunaannya berbeza ikut rasmi atau tidak rasmi atau macam mana?Awak, engkau, kamu dan anda adalah kata nama ganti diri kedua. Suasana bagi menggunakan sapaan ini berbeza mengikut hubungan dan kedudukan. Awak dan kamu boleh digunakan bagi sapaan guru dengan pelajar, engkau pula antara kawan baik, dan anda adalah sapaan yang tidak membezakan taraf, tingkat dan umur . Sapaan ini lazimnya dilafazkan kepada tetamu aaatau hadirin sebagai tanda hormat.Tatabahasa02.02.2016
Salam sejahtera, Saya ingin pencerahan tentang penggunaan "awak" dan "anda". Adakah "anda" sesuai digunakan dalam dialog percakapan? Adakah "awak" boleh digunakan dalam dialog bagi kedua-dua kegunaan formal dan tidak formal? Contoh, seperti dialog antara seorang individu bersama dengan penemuduga. Mohon pencerahan dari pihak DBP. Terima kasih.Salam sejahtera,

Anda dan awak merupakan kata ganti nama diri kedua dan boleh digunakan dalam urusan formal dan tidak formal.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa14.06.2019
Tolong huraikan penggunaan kata ganti nama diri pertama, kedua dan ketiga dalam ayat pasif. Terima kasih.

Kata ganti nama diri pertama antaranya ialah aku, beta, daku, hamba. Kata ganti nama pertama 'aku' merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan kenalan yang sangat rapat atau mesra dan dengan Tuhan. Manakala 'beta' pula digunakan oleh raja, sultan atau kerabat diraja apabila bertitah kepada rakyat.

Kata ganti nama kedua antaranya ialah anda, awak, dikau, engkau. 'Anda' digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita, misalnya dalam surat-menyurat, atau dengan orang yang sebaya. Manakala 'awak' pula digunakan untuk orang kedua yang sangat rapat hubungannya dengan kita.

Kata ganti nama ketiga ialah baginda, beliau, dia, ia, mereka. 'Baginda digunakan untuk raja, sultan atau kerabat diraja. Untuk keterangan lanjut atau contoh sila rujuk Tatabahasa Dewan dan dicadangkan merujuk Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu terbitan SASBADI. Terima kasih.

Tatabahasa15.01.2008
1. Jawapan yang mana satu betul ? a) "Mainon, mengapakah kelihatan sedih ?" tanya Katini. b) "Mainon, mengapakah <awak> kelihatan sedih ?" tanya Katini. Ayat ( a ) atau (b) yang betul ? 2. (a) "Mainon, mengapakah kelihatan bersedih ?" tanya neneknya. (b) "Mainon, mengapakah <awak> kelihatan bersedih ?" tanya neneknya. Ayat (a) atau (b) yang betul ? 3. (a) " <Awak> hendak ke mana ?" tanya Puan Ros kepada anaknya. (b) " hendak ke mana ?" tanya Puan Ros kepada anaknya. Ayat (a) atau (b) yang betul 4. (a) "Lily, apa yang sedang <awak> lukis ?" tanya Rosie. (b) "Lily, apa yang sedang lukis ?" tanya Rosie. Ayat (a) atau (b) yang betul ? 5. (a) " Hadiah ini saya belikan untuk ," kata Encik Rahman kepada isterinya. (b) " Hadiah ini saya belikan untuk <awak>," kata Encik Rahman kepada isterinya. Ayat (a) atau (b) yang betul ? 6.(a) "Mengapakah tidak datang ke sekolah semalam ?" tanya Cikgu Zainon kepada Ramesh. (b) "Mengapakah <awak> tidak datang ke sekolah semalam ?" tanya Cikgu Zainon kepada Ramesh. Ayat (a) atau (b) yang betul ? 7. Bagaimana menggunakan kata ganti nama diri awak dan kamu ? Dalam situasi apa (awak dan kamu ) digunakan ? Sekian,terima kasih.1. "Mainon, mengapakah kelihatan sedih ?" Tanya Katini. 
2. "Mainon, mengapakah kelihatan bersedih ?" Tanya neneknya. 
3. "Hendak ke mana?" Tanya Puan Ros kepada anaknya. 
4. "Lily, apakah yang sedang anda <awak />lukis?" Tanya Rosie.
5. "Hadiah ini saya belikan untuk ...," kata Encik Rahman kepada isterinya. 
6. "Mengapakah kamu tidak datang ke sekolah semalam?" Tanya Cikgu Zainon kepada Ramesh. 
7.  Awak dan kamu ialah kata ganti nama diri kedua yang sama maksudnya, namun dalam konteks rasmi perkataan anda dan kamu lebih sesuai digunakan.
Tatabahasa10.04.2014
adakah kata panggilan merupakan kata ganti nama diri ?Kata ganti nama diri mengandungi perkataan yang nerujuk diri orang tertentu iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga. 

Kata ganti nama diri pertama antaranya ialah aku, beta, daku, hamba. Kata ganti nama pertama 'aku' merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan kenalan yang sangat rapat atau mesra dan dengan Tuhan. Manakala 'beta' pula digunakan oleh raja, sultan atau kerabat diraja apabila bertitah kepada rakyat.

Kata ganti nama kedua antaranya ialah anda, awak, dikau, engkau. 'Anda' digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita, misalnya dalam surat-menyurat, atau dengan orang yang sebaya. Manakala 'awak' pula digunakan untuk orang kedua yang sangat rapat hubungannya dengan kita.

Kata ganti nama ketiga ialah baginda, beliau, dia, ia, mereka. 'Baginda digunakan untuk raja, sultan atau kerabat diraja. Untuk keterangan lanjut atau contoh sila rujuk Tatabahasa Dewan.

Tatabahasa17.03.2013
Saudara masih belum menjawab satu soalan saya? Apakah kata ganti nama untuk masa dan waktu?Kata ganti nama diri mengandungi perkataan yang merujuk diri orang tertentu iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga. 

Kata ganti nama diri pertama antaranya ialah aku, beta, daku, hamba. Kata ganti nama pertama 'aku' merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan kenalan yang sangat rapat atau mesra dan dengan Tuhan. Manakala 'beta' pula digunakan oleh raja, sultan atau kerabat diraja apabila bertitah kepada rakyat.

Kata ganti nama kedua antaranya ialah anda, awak, dikau, engkau. 'Anda' digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita, misalnya dalam surat-menyurat, atau dengan orang yang sebaya. Manakala 'awak' pula digunakan untuk orang kedua yang sangat rapat hubungannya dengan kita.

Kata ganti nama ketiga ialah baginda, beliau, dia, ia, mereka. 'Baginda digunakan untuk raja, sultan atau kerabat diraja. Untuk keterangan lanjut atau contoh sila rujuk Tatabahasa Dewan.

Tatabahasa24.02.2014
Bilakah kita menggunakan gelaran awak, engkau, kamu dan anda. Gelaran yang mana paling sesuai dipakai semasa berbicara dengan orang dalam kelas, sosial dsb?Awak, engkau, kamu dan anda adalah kata nama ganti diri kedua. Suasana bagi menggunakan sapaan ini berbeza mengikut hubungan dan kedudukan. Awak dan kamu boleh digunakan bagi sapaan guru dengan pelajar, engkau pula antara kawan baik, dan anda adalah sapaan yang tidak membezakan taraf, tingkat dan umur . Sapaan ini lazimnya dilafazkan kepada tetamu aaatau hadirin sebagai tanda hormat.Lain-lain26.11.2007
12345

Kembali ke atas