Aneka Seleksi menu | kami cadangkan Aneka Seleksi menu dipinda kepada Aneka Menu Pilihan | Tatabahasa | 01.07.2014 |
Tuan, sila lihat ayat di sebelah dulu. 1. Malaysia terkenal dengan aneka makanan yang enak. Saya hendak bertanya, kata sendi nama "dengan" dalam ayat (1) bermaksud apa? Adakah "dengan" bermaksud bersama-sama, atau menyatakan keadaan perbandingan yang sama? Saya merasakan ayat ini salah, kerana ayat ini tidak menepati semua maksud kata sendi nama "dengan". Saya berpandangan bahawa ayat ini harus dibetulkan menjadi: 2. Malaysia terkenal oleh aneka makanan yang enak. Dalam ayat (2), kata sendi nama "oleh" bermaksud kerana, jadi "aneka makanan yang enak" menjadi sebab "Malaysia terkenal". Oleh sebab itu, kata sendi nama "oleh" saya fikirkan lebih sesuai digunakan dalam ayat yang saya berikan. | Malaysia terkenal dengan aneka makanan yang enak. Ayat ini betul dan telah mantap digunakan dalam kalangan masyarakat, berbanding dengan ayat Malaysia terkenal oleh aneka makanan yang enak. Penggunaan kata sendi nama dengan dalam ayat tersebut boleh membawa maksud cara sesuatu itu dilakukan, iaitu cara Malaysia dikenali, lihat ayat 310 dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.
| Tatabahasa | 31.01.2015 |
1)mencolok mata atau menjolok mata? 2)serbaneka atau serba aneka? 3)sebaik sahaja atau sebaik-baik sahaja? | Merujuk Kamus Dewan, mencolok mata dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada sesiapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Manakala menjolok mata antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya). Lazimnya, perbuatan ini merujuk makna kiasan, oleh itu frasa mencolok mata yang sering digunakan. Serbaneka atau serba aneka kedua-duanya boleh digunakan. Sebaik sahaja atau sebaik-baik sahaja kedua-duanya juga, boleh digunakan bergantung pada konteks ayat. | Tatabahasa | 29.09.2012 |
Tuan, Yang manakah jawapan yang betul bagi soalan aneka pilihan di bawah? ________ minta kebenaran sebelum masuk ke bilik guru. (A) Jangan (B) Tolong (c) Jemput (d) Sila | Ayat yang gramatis ialah 'Sila minta kebenaran sebelum masuk ke bilik guru.' | Tatabahasa | 06.04.2011 |
Apakah kesalahan yang dapat dikesan pada papan iklan ini: "AIMAN ANEKA NIAGA" | DBP menyemak papan tanda perniagaan yang mempunyai perkataan bahasa Melayu. Jika nama khas yang didaftarkan di Syarikat Suruhanjaya Malaysia (SSM), DBP tidak melakukan pertukaran. | Tatabahasa | 25.03.2014 |
Salam sejahtera, ingin menanya soalan berikut, . 1) Ali lap cermin dengan kain. Adakah ayat ini boleh diterima ? 2)Jika dalam solan aneka pilihan seperti, Ali ( ) cermin dengan kain. A. lap B. mengelap Adakah jawapan soalan ini hanya menerima mengelap ? Terima kasih diucapkan terlebih dahulu atas bantuan. | Jawapan yang betul ialah "Ali mengelap cermin dengan kain". | Tatabahasa | 23.09.2014 |
apakah maksud yang tepat dengan kedai runcit, kedai serbaneka dan pasar mini ? | Kedai runcit ialah kedai yang menjual barang-barang sedikit-sedikit kepada pengguna. Kedai serbaneka pula ialah kedai yang menjual aneka jenis barang manakala pasar mini ialah kedai moden yang saiznya tidak berapa besar yang menjual barang-barang makanan biasanya dalam tin, bungkusan dan sebagainya dan barang-barang keperluan harian secara layan diri. | Makna | 25.04.2019 |
Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan mengguankan frasa (istilah) “neka bahasa” dalam beberapa banyak tulisannya secara tekal. KD4 neka Kl sj talam. Mohon komen ringkas. | Kata 'neka' bukan sahaja merujuk kepada makna yang saudara nyatakan bahkan kata 'neka' juga membawa makna 'aneka'. (Sila rujuk kamus bahasa Melayu Nusantara) | Makna | 09.01.2009 |