1) Ali (dan , atau ) Abu terjatuh? 2) Ibu mahu beli buah anggur merah (atau , dan ) anggur hijau? Pertikaian: Kata hubung "dan" bolehkah diterima di dalam soalan-soalan ini? | Y, boleh. | Tatabahasa | 27.10.2017 |
Salam sejahtera. Minta bantuan tentang susun perkataan menjadi ayat bg murid Tahun 2. 1A Ladang anggur di Malaysia luas. 1B Ladang anggur luas di Malaysia. 2A Pemandangan di ladang teh sungguh indah. 2B Pemandangan sungguh indah di ladang teh. Jawapan A adalah jawapan sebenar mengikut skema jawapan. Adakah jawapan B juga boleh diterima? Terima kasih. Daripada Cikgu Sing | Ayat yang gramatis ialah Ladang anggur di Malaysia luas dan Pemandangan di ladang teh sungguh indah.
| Tatabahasa | 29.10.2015 |
dalam English "Concentrated organic grape juice", diterjemahkan dalam bahasa seperti Pekatan jus anggur organik? | Salam sejahtera, Terjemahan yang sesuai untuk "Concentrated organic grape juice" ialah jus anggur organik pekat. Terima kasih. | Makna | 04.01.2018 |
ADAKAH INI AYAT MAJMUK 1. KIM SENG BERGAMBAR BERSAMA-SAMA DENGAN KELUARGANYA DI LADANG ANGGUR. | Ini ayat tunggal, bukan ayat majmuk. | Tatabahasa | 19.10.2015 |
1. Bolehkah 'ia' digunakan untuk merujuk kepada haiwan? Contoh: Pada suatu hari yang panas, rubah sedang berjalan melintasi padang. Ia sampai ke sebuah kebun anggur. 2. Bilakah 'kami' dan 'kita' digunakan? Harap tuan/puan boleh menjawab seawal yang boleh. Terima kasih. | 1. "Ia" tidak boleh merujuk binatang. "Ia" ialah kata ganti nama diri orang ketiga dan boleh digunakan untuk merujuk benda atau perkara yang dibicarakan, tetapi bukan binatang. 2. Perkataan kami dan kita merupakan kata ganti nama diri orang pertama yang berbentuk jamak. Perkataan kami merujuk pihak yang berbicara, iaitu penutur, pendengar, penulis, atau pembaca. Perkataan kita pula merujuk pihak yang berbicara dan yang dilawan bicara, iaitu penutur dan pendengar atau penulis dan pembaca. | Tatabahasa | 31.05.2011 |
Adakah salah kalau murid tidak tulis -nya pada ayat berikut? 1)Ben Li makan sarapan dengan keluarga(nya). 2)Ben Li dan kawan-kawan(nya) pergi ke ladang anggur. 3)Ben Li dan keluarga(nya) menyaksikan pertunjukan udara. | Fungsi 'nya' ialah sebagai kata pembenda dan penekan selain bertindak sebagai kata ganti nama diri ketiga. Menerusi ayat pertama, kedua dan ketiga yang disoal, seharusnya diletakkan 'nya'. Hal ini demikian kerana, penggunaan 'nya' di dalam ayat tersebut merujuk kepada kata ganti nama ganti orang ketiga. Sekiranya tidak diletakkan 'nya' akan timbul persoalan misalnya menerusi ayat pertama sekiranya tidak diletakkan kata 'nya' akan wujud persoalan Ben makan bersama keluarga siapa? Oleh itu, saudari/saudari perlu meletakkan kata 'nya' di dalam ketiga-tiga ayat tersebut. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 02.08.2012 |
Apakah padanan terjemahan bagi perkataan "grape ivy"? Ia adalah sejenis tumbuhan dalam keluarga pokok ivy. Terima kasih | Dalam pangkalan data PRPM, tiada istilah khusus bagi perkataan "grape ivy". Padanan untuk grape ialah anggur manakala ivy ialah sejenis pokok. | Tatabahasa | 18.01.2013 |
makna kepuasan hati | Menurut Kamus Dewan maksud berpuas; ~ hati berasa puas (kenyang, lega, senang, dll); memuaskan 1. menjadikan (menyebabkan) puas, memberi (memenuhi, menuruti, dll) hingga puas: wang dapat ~ kehendak-kehendak lahir; buah anggur sangat ~ selera saya; 2. memberi kelegaan (kesenangan, kesukaan, dll) kpd, menyenangkan, menyukakan: layanannya ~; ia ingin berbuat sesuatu yg dapat ~ hati ibunya; 3. memadai (harapan, hasrat, dll), menyenangkan: pendapatan drpd hasil padi tahun ini agak ~; Sdr juga boleh mendapatkan kemudahan menggunakan Kamus Dewan secara digital dengan melayari laman DBP. | Lain-lain | 04.03.2008 |
Salam sejahtera, Bagaimana untuk menghasilkan penulisan puisi yang berunsurkan ketuhanan dengan menepati ciri-ciri penulisan yang baik? | Salam sejahtera, Bagaimana untuk menghasilkan penulisan puisi yang berunsurkan ketuhanan dengan menepati ciri-ciri penulisan yang baik? Secara umumnya, puisi ketuhanan yang baik mempunyai ciri menunjukkan kekuasaan Tuhan, mempunyai kaitan rapat dengan ciri ketuhanan, mengagungkan ciri ketuhanan, dan memaparkan diksi yang menunjukkan sifat Tuhan seperti rahmat dan kasih sayang. Sebagai contoh puisi ketuhanan boleh menggunakan simbolik sajak daripada alam, peristiwa sejarah, kehidupan sehari-hari dan bentuk peribadatan. seperti anggur dan cawan, alam tumbuhan dan haiwan, kosmologi dan antropologi dan sumber cahaya, misalnya matahari, bulan, lampu, pelita dan api. Sekiranya puan memerlukan maklumat bolehlah berhubung dengan Encik Shahrun Nizal bin Mohd Nor melalui talian 03-21479203 atau e-mel shanrun@dbp.gov.my. | Sastera | 27.12.2013 |