| Pokok-pokok jagung di kebun itu () akibat ditiup angin kencang petang tadi. Abengkok Bserong Csenget Dcondong Mana satu yang betul Terima kasih | Ayat yang betul ialah "Pokok-pokok jagung di kebun itu senget akibat ditiup angin kencang petang tadi." | Lain-lain | 22.03.2022 |
| Selamat sejahtera, Apakah kesalahan bagi ayat-ayat di bawah : 1. Tembakan yang tajam itu mengena pada penjahat. 2. Atap rumah penduduk kampung itu tanggal ketika angin kencang pagi tadi. 3. Ketawa Ali tajam sekali. Terima kasih. | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: - Tembakan itu tepat mengenai penjahat.
- Atap rumah penduduk kampung itu tercabut ketika angin kencang pagi tadi.
- Penggunaan kata ‘tajam’ dengan ‘ketawa’ tidak mempunyai hubungan makna.
| Tatabahasa | 13.01.2015 |
| 1 Ravi terpaksa bekerja menampung kehidupan keluarganya . menampung boleh digunakan dalam ayat ini? 2 Beberapa batang pokok dan tiang lampu telah rebah setelah ditiup angin kencang. rebah atau tumbang lebih sesuai digunakan ? apakah perbezaan perkataan ini? 3 Apakah maksud pecah buku lali kaki Amir setelah dihempap kayu besar ? 4 Apakah maksud katak di bawah sabut kelapa ? 5 Apakah maksud anak tekak atau anak lidah? 6 Gemersik bunyi gesekan biola yang dimainkan oleh pemuzik itu. gemersik atau gemerisik ? 7 Pak Mat meredah gerimis senja demi mencari sesuap nasi untuk keluarganya. Aapakah maksud meredah gerimis senja? 8 Apakah maksud talam dua muka ? Terima kasih | 1. Ravi terpaksa bekerja menampung kehidupan keluarganya . menampung boleh digunakan dalam ayat ini 2. Beberapa batang pokok dan tiang lampu telah rebah setelah ditiup angin kencang. rebah atau tumbang, kedua-duanya boleh digunakan 3. Apakah maksud pecah buku lali kaki Amir setelah dihempap kayu besar. - pecah bermaksud berbelah-belah menjadi kecil-kecil, oleh itu, pecah tidak sesuai dalam ayat ini. 4. Apakah maksud katak di bawah sabut kelapa. - peribahasa ini tiada dalam sumber rujukan kami 5. Anak tekak atau anak lidah ialah daging yang terjuntai pd pangkal kerongkong. 6. Gemersik bunyi gesekan biola yang dimainkan oleh pemuzik itu. 7. Meredah gerimis senja bermaksud menempuh hujan yang menitik halus-halus pada waktu senja. 8. Talam dua muka bermaksud bermuka dua atau munafik. | Tatabahasa | 07.10.2010 |
| ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA, Apakah makna perkataan'BORA' mengikut kamus dewan. | Kamus Dewan menakrifkan bora, iaitu angin kencang timur laut yang sejuk dan kering yang bertiup menuruni gunung di pantai timur Adriatik | Makna | 04.03.2009 |
| Ada kesalahan ejaan dalam entri 'bagas' dan 'menentang' PRPM. Angin dieja 'angina'. | Menurut data kami, perkataan bagas merujuk kepada 1. (berkenaan angin) kencang, kuat: angina paksa sedang kencang ~; 2. (berkenaan badan) tegap, kuat;kebagasan keadaan tegap (dan) kuat, ketegapan: baju menunggangnya yang mirip baju wanita itu tidak dapat menyembunyikan ~ badannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Perkataan menentang ialah 1 memandang tepat-tepat pada sesuatu; menatap: Lapang hatinya dapat ~ wajah anak yang dikasihinya itu. 2 melawan atau memerangi musuh dan lain-lain: Banyak perajurit yang telah terkorban dalam peperangan ~ musuh. 3 kiasan tidak menyetujui pendapat, usul dan lain-lain; tidak mematuhi peraturan, undang-undang dan sebagainya; menyanggah; membangkang: Tiada sesiapa yang berani ~ usulnya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Selain itu, ejaan yang betul ialah angina dan penggunaaan istilah ini bergantung kepada bidang. | Lain-lain | 15.03.2019 |
| ribut yang "kuat" kata adjektif "kuat" sesuai? | Perkataan "kuat" boleh digunakan untuk menerangkan ribut. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, salah satu maksud "kuat" ialah keras (berat, giat, hebat, erat, lantang, kencang, deras, dll) : angin kuat - angin kencang | Tatabahasa | 05.07.2013 |
| Angin bertuip dengan sangat kencang sekali pada hari Sabtu. A.bertuip kencang sekali B.meniup dengan sangat kencang C.meniup dengan kencang sekali mengapa jawapan bukan " A " | Ayat yang diberikan, iaitu "Angin bertiup dengan sangat kencang sekali pada hari Sabtu." adalah betul. "Angin bertiup kencang sekali pada hari Sabtu." juga adalah betul. Oleh itu, jawapan A. bertiup kencang sekali adalah betul. | Tatabahasa | 23.11.2012 |
| cara penggunaan dari dan daripada | Kata sendi nama “dari” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu. Contoh penggunaan kata sendi nama “dari” adalah seperti yang berikut: a) menunjukkan tempat atau arah Angin kencang bertiup dari arah selatan. b) menunjukkan waktu atau masa Mesyuarat itu akan diadakan dari pukul sembilan pagi hingga pukul empat petang. Kata sendi nama “daripada” hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda, dan perbezaan atau perbandingan. a) menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad Dia menjauhkan diri daripada bahaya dadah. b) menyatakan maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda Ukiran itu diperbuat daripada logam. c) menunjukkan perbezaan atau perbandingan Markahnya hanya separuh daripada markah yang dijangkakan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 268-272.
| Tatabahasa | 08.09.2024 |
| belajarlah daripada buaian atau dari buaian ke liang lahad? mana yang betul? boleh beri penjelasan dari dan daripada | Ayat yang betul ialah Belajarlah dari buaian hingga ke liang lahad. Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu, contohnya: 1. Angin kencang bertiup dari arah selatan. 2. Anda datang dari mana? 3. Kerajaan itu terkenal dari kurun ke-18 lagi. Kata sendi nama daripada hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda dan perbezaan perbandingan, contohnya: 1.Dia menjauhkan diri daripada bahaya dadah. 2.Ukiran itu diperbuat daripada logam. 3.Daripada Ali lebih baik Ahmad. Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan kata sendi nama, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 265 - 286. | Tatabahasa | 11.11.2025 |
| Daun-daun kering berterbangan di halaman rumah kerana ditiup angin yang sangat kencang. Adakah ayat ini gramatis? | Daun-daun kering berterbangan di halaman rumah kerana ditiup angin yang sangat kencang. Ayat ini tidak gramatis kerana kurang tepat dari aspek makna. Frasa keterangan "ditiup angin yang sangat kencang" lazimnya memberi kesan yang berlebihan, bukan sekadar berterbangan. | Tatabahasa | 28.10.2018 |