Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata angka I 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Benarkah angka 1, 2, 3 dan seterusnya dinamakan angka Arab? Jika benar, mohon nyatakan sebabnya.Angka 0, 1, 2, 3 .... 9 digelar angka Arab kerana angka-angka tersebut berevolusi daripada angka Arab. Angka tersebut dikatakan diperkenalkan di Eropah pada kurun ke-10 oleh orang Arab daripada Afrika Utara dan istilah "angka Arab" digunakan hinggalah hari ini.Istilah16.11.2009
Adakah angka seperti 1,50 atau 2011 dikira sebagai satu perkataan?Dalam penulisan umum nombor satu hingga sembilan hendaklah dieja dan nombor 10 ke atas ditulis dalam bentuk angka.Tatabahasa09.06.2011
Salam sejahtera. Saya ingin tahu tentang bagaimana pa menulis 6.1 bilion dalam bentuk angka? bunga selasih bunga kantan, terima kasih kepada tuan/puan. sekian terima kasih.Jawapan yang diberi sebelum ini adalah berkaitan. Untuk makluman tuan, Kamus Dewan menakrifkan bilion sebagai juta juta, iaitu mengandungi 12 angka sifar (1 000 000 000 000). Itulah juga sistem yang digunakan dalam Matematik. Walau bagaimanapun setelah disemak penggunaan dalam istilah juga kepada pihak yang berwenang dalam hal ini (Bank Negara Malaysia), bilion ditakrif sebagai ribu juta, iaitu mengandungi sembilan angka sifar (1 000 000 000). Maka 6.1 bilion ditulis 6 100 000 000.Tatabahasa18.08.2015
Assalamualaikum. Soalan pertama: Inginkan kepastian, berdasarkan khidmat nasihat daripada laman web ini, ejaan yang betul bagi ulama adalah ulamak. Walau bagaimanapun, apabila saya mencari kedua-dua perkataan ulama dan ulamak di sini, perkataan yang lebih banyak muncul adalah ulama. Ia terdapat dalam Kamus Dewan Edisi 2, 3 dan 4. Manaka perkataan Ulamak hanya terdapat di satu tempat sahaja dalam Edisi Keempat. Soalan kedua: Adakah betul dalam penulisan, angka-angka daripada 1 hingga 9 perlu dieja dan angka 10 ke atas boleh ditulis dalam bentuk angkannya sahaja. Soalan ketiga: Adakah betul ayat tidak boleh dimulakan dengan perkataan 'yang' dan perkataan 'dan'.

1. Ejaan yang betul ialah ulama.

2. Menurut Gaya Dewan, nombor yang kurang daripada 10 hendaklah dieja sepenuhnya, begitu juga dengan nombor pada permulaan ayat hendaklah dieja kecuali nombor yang menunjukkan tahun kalendar.

3. Ayat boleh dimulakan dengan perkataan "yang", contohnya "Yang kena tangkap ialah penagih dadah".  Kata "dan" merupakan kata hubung dan tidak digunakan pada awal ayat.

Ejaan26.01.2010
Tuan, Dalam karya fiksyen, bagaimanakah ketetapan menulis angka? Adakah semuanya harus dieja? Contohnya: 1) Dia membawa dua puluh empat kilo beras. 2) Hantaran yang diberikan oleh Razak kepada isterinya adalah sembilan ribu sembilan ratus sembilan puluh sembilan ringgit sembilan puluh sembilan sen.Jawapan: Nombor 1 hingga 9 hendaklah dieja. Nombor 10 dan seterusnya hendaklah ditulis dalam bentuk angka. Contoh: 1. Saya mengenali dia lima tahun yang lalu. 2. Ayah saya berusia 65 tahun.Lain-lain14.02.2012
Apakah terjemahan bagi ayat yang berikut dan cara menulisnya dalam angka? "Satu biliun empat puluh delapan triliun dua ratus tiga puluh dua juta tujuh ratus ribu tiga ratus dua puluh delapan"Puan,

Penulisan yang betul: Satu trilion empat puluh lapan bilion dua ratus tiga puluh dua juta tujuh ratus ribu tiga ratus dua puluh lapan.

Penulisan dalam bentuk angka: 1 048 232 700 328

Untuk maklumat lanjut, boleh layari http://prpm.dbp.gov.my/.

Sekian.
Makna12.07.2017
Mohon pencerahan mengenai gaya penulisan angka yang betul: 1.Angka 10,000 (Adakah perlu ada koma (,) seperti 10,000 atau jarak seperti 10 000 atau ditulis rapat seperti 10000. 2.Angka 7,000 (Adakah perlu ada koma (,) seperti 7,000 atau jarak seperti 7 000 atau ditulis rapat seperti 7000. 3.Angka 200,000 (Adakah perlu ada koma (,) seperti 200,000 atau jarak seperti 200 000 atau ditulis rapat seperti 200000.Merujuk kepada soalan anda,  angka bagi ketiga-tiga soalan menunjukkan bahawa jumlah digit melebihi  empat digit. Oleh itu,  susunan yang betul ialah  tiada koma tetapi dijarakkan seperti 10 000,  7 000 dan 200 000 atau lebih mudah dijadikan 10 ribu, 7 ribu dan 200 ribu.Lain-lain07.07.2017
salam sejahtera tuan, mana yang betul : satu setengah jam atau satu jam setengah / satu setengah kilometer atau satu kilometer setengah. Lebih bermakna bagi saya jika tuan dapat sertakan alasannya. terima kasih.Penggunaan yang betul ialah:
Penulisan angka - 1 ½ jam
Penulisan frasa - satu jam setengah
Penulisan angka - 1 ½ km
Penulisan frasa - satu kilometer setengah
Analogi yang diberikan ialah penulisan ringgit, iaitu:
Penulisan angka - RM1.50
Penulisan frasa - satu ringgit lima puluh sen
Istilah25.07.2009
Bagaimana pula sekiranya, angka 1, 380 004= "one million three hundred eighty thousand and four', adakah ia diterjemahkan sebagai satu juta tiga ratus lapan puluh ribu dan empat ataupun satu juta tiga ratus lapan puluh ribu empat? terima kasihSatu juta tiga ratus lapan puluh ribu empat.Tatabahasa21.04.2010
Tuan/puan, Saya ingin mendapat penjelasan tentang penggunaan tatabahasa yang betul : 'satu setengah jam' atau 'satu jam setengah'? Terima kasih.Penggunaan yang betul ialah:
Penulisan angka - 1 ½ jam
Penulisan frasa - satu jam setengah
Analogi yang diberikan ialah penulisan ringgit, iaitu:
Penulisan angka - RM1.50
Penulisan frasa - satu ringgit lima puluh sen
Lain-lain29.10.2010
123456789

Kembali ke atas