Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata angka-angka 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Benarkah angka 1, 2, 3 dan seterusnya dinamakan angka Arab? Jika benar, mohon nyatakan sebabnya.Angka 0, 1, 2, 3 .... 9 digelar angka Arab kerana angka-angka tersebut berevolusi daripada angka Arab. Angka tersebut dikatakan diperkenalkan di Eropah pada kurun ke-10 oleh orang Arab daripada Afrika Utara dan istilah "angka Arab" digunakan hinggalah hari ini.Istilah16.11.2009
Mohon pencerahan mengenai gaya penulisan angka yang betul: 1.Angka 10,000 (Adakah perlu ada koma (,) seperti 10,000 atau jarak seperti 10 000 atau ditulis rapat seperti 10000. 2.Angka 7,000 (Adakah perlu ada koma (,) seperti 7,000 atau jarak seperti 7 000 atau ditulis rapat seperti 7000. 3.Angka 200,000 (Adakah perlu ada koma (,) seperti 200,000 atau jarak seperti 200 000 atau ditulis rapat seperti 200000.Merujuk kepada soalan anda,  angka bagi ketiga-tiga soalan menunjukkan bahawa jumlah digit melebihi  empat digit. Oleh itu,  susunan yang betul ialah  tiada koma tetapi dijarakkan seperti 10 000,  7 000 dan 200 000 atau lebih mudah dijadikan 10 ribu, 7 ribu dan 200 ribu.Lain-lain07.07.2017
Bagaimana pula sekiranya, angka 1, 380 004= "one million three hundred eighty thousand and four', adakah ia diterjemahkan sebagai satu juta tiga ratus lapan puluh ribu dan empat ataupun satu juta tiga ratus lapan puluh ribu empat? terima kasihSatu juta tiga ratus lapan puluh ribu empat.Tatabahasa21.04.2010
Adakah angka seperti 1,50 atau 2011 dikira sebagai satu perkataan?Dalam penulisan umum nombor satu hingga sembilan hendaklah dieja dan nombor 10 ke atas ditulis dalam bentuk angka.Tatabahasa09.06.2011
Salam sejahtera tuan/puan Untuk angka nombor 125 & 1895 (seperti dalam lampiran), jikalau digantikan dengan tulisan jawi, bagaimanakah penggunaannya (satu dua lima, atau pun seratus dua puluh lima dsb.) jikalau keseluruhan tulisan dibuat dalam jawi sahaja tanpa menggunakan angka nombor. Terima kasih.Penulisan angka dalam Jawi sama seperti penulisan angka rumi iaitu 1 hingga 9. Oleh yang demikian, penulisan angka dalam lampiran yang disertakan sudah betul.Lain-lain04.12.2020
Salam sejahtera. Saya ingin tahu tentang bagaimana pa menulis 6.1 bilion dalam bentuk angka? bunga selasih bunga kantan, terima kasih kepada tuan/puan. sekian terima kasih.Jawapan yang diberi sebelum ini adalah berkaitan. Untuk makluman tuan, Kamus Dewan menakrifkan bilion sebagai juta juta, iaitu mengandungi 12 angka sifar (1 000 000 000 000). Itulah juga sistem yang digunakan dalam Matematik. Walau bagaimanapun setelah disemak penggunaan dalam istilah juga kepada pihak yang berwenang dalam hal ini (Bank Negara Malaysia), bilion ditakrif sebagai ribu juta, iaitu mengandungi sembilan angka sifar (1 000 000 000). Maka 6.1 bilion ditulis 6 100 000 000.Tatabahasa18.08.2015
Salam. boleh berikan perbezaan bentuk dan makna antara satu, suatu, dan sesuatu.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, satu bermaksud 1. angka permulaan membilang bilangan (1), esa:  2. (bahasa percakapan) ganjil (dalam maksud mencemuh, marah, dan lain-lain), lain daripada yang lain, pelik 3. bersebati (menjadi satu) 4. = ~ hati bermuafakat benar, seia sekata; 5. duduk bersama (sebagai suami isteri) 6. (bahasa halus) melakukan hubungan jenis, bersetubuh, bersama; menyatukan . Suatu bermaksud 1. hanya satu, satu 2. (sastera lama) tiap-tiap satu 3. (sastera lama) pertama-tama, yang pertama. Sesuatu bermaksud perkara (hal, barang, dan lain-lain) yang kurang atau belum tentu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna06.07.2014
Assalamualaikum wbt Tuan/Puan, Saya ingin mendapat kepastian berkaitan penulisan yang tepat bagi tatacara penggunaan angka dan perkataan dalam kurungan seperti berikut : i) Bilangan 1 - 9, contohnya 5 unit dinyatakan sebagai 5(lima) unit ii) 10 - 99, contohnya 55 unit dinyatakan sebagai 55(lima puluh lima) unit iii) 100 - 999, contohnya 555 unit dinyatakan sebagai 555 (lima ratus lima puluh lima) unit. Bolehkah bagi penulisan angka puluh,ratus dan ribu ditulis angka sahaja tanpa dinyatakan perkataan dalam kurungan. Mohon penjelasan bagi penulisan yang tepat. Terima kasih. Yang Benar, Halmi AhmadMenurut Gaya Dewan Edisi Ketiga, terdapat cara untuk menulis nombor dalam ayat, iaitu, nombor yang kurang daripada 10 hendaklah dieja sepenuhnya manakala nombor 10 ke atas boleh menggunakan angka sahaja.Tatabahasa02.01.2013
Salam, Yang manakah penggunaan yang lebih tepat dan mengapa? Menubuhkan satu/suatu jawatankuasa Terima kasih.

Ayat yang lebih tepat adalah “Menubuhkan satu jawatankuasa”.

Satu bermaksud 1 angka yang dilambangkan dengan 1, i dan I, yang merupakan angka terkecil yang boleh dibilang, dan hadir sebelum angka 2, ii dan II,  2 yang paling tinggi bagi pangkat, kelas dan sebagainya, 3 yang kedudukannya, penarafannya pada tingkat permulaan atau paling rendah, 4 yang itu sahaja, 5 kurang daripada dua jumlahnya, 6 merujuk pada sesuatu atau seseorang daripada jenis, kumpulan atau kelompok yang sama, 7 sekalian yang ada, seluruh atau semua sekali, 8 merujuk pada tempat, waktu dan sebagainya yang sama.

Suatu bermaksud 1 merujuk masa, hari, peristiwa dan lain-lain yang tidak dinyatakan secara tepat, 2 merujuk sesuatu atau seseorang daripada jenis, kumpulan atau kelompok yang sama, 3 satu sahaja, 4 tiap-tiap satu, 5 pertama-tama atau yang pertama.

Sila rujuk pangkalan data https://prpm.dbp.gov.my/ melalui Khidmat Bahasa DBP. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1972 dan 2157.

Lain-lain05.06.2025
Assalamualaikum. Soalan pertama: Inginkan kepastian, berdasarkan khidmat nasihat daripada laman web ini, ejaan yang betul bagi ulama adalah ulamak. Walau bagaimanapun, apabila saya mencari kedua-dua perkataan ulama dan ulamak di sini, perkataan yang lebih banyak muncul adalah ulama. Ia terdapat dalam Kamus Dewan Edisi 2, 3 dan 4. Manaka perkataan Ulamak hanya terdapat di satu tempat sahaja dalam Edisi Keempat. Soalan kedua: Adakah betul dalam penulisan, angka-angka daripada 1 hingga 9 perlu dieja dan angka 10 ke atas boleh ditulis dalam bentuk angkannya sahaja. Soalan ketiga: Adakah betul ayat tidak boleh dimulakan dengan perkataan 'yang' dan perkataan 'dan'.

1. Ejaan yang betul ialah ulama.

2. Menurut Gaya Dewan, nombor yang kurang daripada 10 hendaklah dieja sepenuhnya, begitu juga dengan nombor pada permulaan ayat hendaklah dieja kecuali nombor yang menunjukkan tahun kalendar.

3. Ayat boleh dimulakan dengan perkataan "yang", contohnya "Yang kena tangkap ialah penagih dadah".  Kata "dan" merupakan kata hubung dan tidak digunakan pada awal ayat.

Ejaan26.01.2010
123456

Kembali ke atas