Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.jur] | انجور

Definisi : maju ke depan, tonjol; ~ surat bak bertanam (dijemba-jemba bak bersiang) prb tipu muslihat melakukan sesuatu bukan dgn maju ke depan sahaja, sambil berundur pun boleh; beranjur mulai berjalan (melangkah dll); menganjur 1. keluar ke hadapan dr bahagian yg utama, menjulur, menonjol (ke depan): bumbung hadapan rumah dibuat ~ ke ha­dap­an; 2. beranjur; menganjuri mendahului (dlm sesuatu pe­kerjaan, usaha, dll): dialah yg ~ rombong­an tunjuk perasaan; menganjurkan 1. memajukan (menyorong, menghulur) ke depan: jangan dianjurkan badan keluar tingkap; 2. mengemukakan, mengesyorkan, menyarankan, mencadang­kan, mengusulkan: pengerusi ~ supaya mogok makan; 3. mengadakan: ~ ceramah; teranjur ark terlanjur; anjuran 1. sesuatu yg dianjurkan, syor, usul, cadangan, saranan: ~nya supaya wanita masuk tentera wataniah mendapat sambutan baik; 2. sesuatu (majlis dsb) yg diadakan oleh seseorang (persatuan dsb): pesta budaya ~ Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan; penganjuran perihal (perbuatan, usaha dsb) menganjurkan: kita perlu sedar akan mat­lamat ~ sukan rakyat itu utk generasi muda kita sekarang ini; ~ Pesta Pantun peringkat kebangsaan dapat mengetengah­kan pel­bagai kebudayaan tradisi penduduk negeri Perak; penganjur 1. orang yg mendahului sesuatu (berjalan dll): dua orang pemuda berjalan di depan sbg ~; 2. orang yg menganjuri sesuatu usaha dsb (pemimpin, pemula, dll): ~ rakyat; 3. orang yg mengadakan sesuatu majlis dsb, promoter: ~ pertunjukan pentas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.jur] | انجور

Definisi : ganjur, hela, tarik; menganjur mengganjur, menghela, mena­rik; ~ diri menarik diri; ~ surut menarik kem­bali, memundurkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[an.jur] | انجور

Definisi : ; menganjur terdorong atau terkeluar ke muka (melampaui deretan atau banjaran): Semenanjung Malaysia ~ dr Segenting Kra hingga ke Johor. menganjurkan 1 menghulurkan sesuatu ke depan: Dia ~ kepalanya utk melihat dgn lebih jelas. 2 mengeluarkan sesuatu pendapat dsb; mengemukakan: Ungku Azizlah yg ~ supaya Tabung Haji ditubuhkan. 3 mengadakan atau mengusahakan sesuatu majlis, ceramah, kursus dsb: ~ kursus bahasa. anjuran 1 sesuatu yg dianjurkan; cadangan; usul. 2 yg dianjurkan atau yg diusahakan oleh: Ceramah itu ~ Dewan Bahasa dan Pustaka. penganjuran perihal atau perbuatan menganjurkan: ~ sukan itu mempunyai matlamat utk mengeratkan hubungan di kalangan ahli masyarakat. penganjur 1 orang yg menganjurkan atau mengemukakan sesuatu; pemuka; pemimpin: Tun Razak ialah salah seorang ~ kita yg telah banyak berbakti kpd negara. 2 orang (persatuan dsb) yg menganjurkan sesuatu majlis dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anjur


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam, ada tak DBP anjur kursus penulisan buku. tk

Assalamualaikum,

                           DBP ada menganjurkan kursus penulisan buku khususnya yang dimohon oleh institusi tertentu. Pada kebiasaannya, apabila kami mengadakan bengkel perolehan judul di Institusi Pengajian Tinggi Awam, kami juga akan menganjurkan kursus yang berkenaan kepada para penulis muda yang memerlukan bimbingan untuk menulis dan menerbitkan bahan mereka dengan DBP. Oleh yang demikian, sekiranya saudara berminat, sila ajukan permohonan kepada alamat di bawah:

                           Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia,

                           Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa,

                           50460, Kuala Lumpur.

 Permohonan ini akan disalurkan oleh bahagian yang berkenaan ke bahagian yang berkaitan dengan penerbitan buku untuk menguruskan kursus ini. Selamat memohon.

 

    

Lain-lain13.04.2010

Kembali ke atas