Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antara bangsa


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya Nadiroh Bueto belajar bahasa Melayu dasar di Pusat bahasa antara bangsa , UIY. Ingin tanya buku apakah yang mendapati sejarah Melayu pada awal sampai sekarang ini TerimakasihUntuk makluman puan, DBP ada menerbitkan buku Sejarah Melayu (Sulatus Salatin) yang boleh dibeli di Koperasi DBP. Puan juga boleh membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu,DBP di Menara DBP. Banyak jurnal dan buku yang boleh dirujuk mengenai perkembangan Melayu dan bahasa Melayu.Lain-lain24.10.2013
Apakah peranan anggota masyarakat dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu ke peringkat antara bangsa?Masyarakat Malaysia memain peranan penting dalam memartabatkan bahasa Melayu sama ada dalam negara ataupun peringkat antarabangsa. Pearanan yang harus dimainkan adalah yang berhubung dengan penulisan ilmiah dan kreatif yang menggunakan bahasa Melayu yang betul dari segi tatabahasa dan persembahannya. Kekuatan bahasa Melayu dalam negara dalam bidang sosial dan ekonomi akan mendorong warga luar untuk mempelajari dan menuturkannya. Dalam persidangan dan seminar di peringkat antarabangsa, masyarakat kita wajar menggunakan bahasa Melayu dalam menyampaikan ucapan dan kertas kerja. Sebaran bahasa Melayu juga boleh dibuat melalui filem dan media cetak ke peringkat antarabangsa.Lain-lain18.12.2006
APAKAH SYARAT UNTUK PERKATAAN YANG BERGABUNG DAN TIDAK BERGABUNG....BAGAIMANA UNTUK KENAL PASTI PERKATAAN BEGINI? CTH ANTARA BANGSA, KERETAAPIKata majmuk ialah gabungan dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna, kata majmuk dieja dua perkataan kecuali yang mantap sahaja dieja satu perkataan iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama dan beritahu. Sila rujuk halaman 75, Tatabahasa Dewan.Tatabahasa02.11.2014
Adakah Perkataan 'ia' boleh digunakan untuk menggantikan benda dan perkara? Adakah perkataan ini betul,....... hubung kait, antara bangsa, lalu lintas, mata pelajaran, seperti mana.Ia boleh merujuk kepada manusia dan juga benda/perkara yang dibicarakan. Ejaan yang betul ialah hubung kait, antarabangsa, lalu lintas, mata pelajaran.Tatabahasa08.08.2007
Apakah maksud istilah 'negara bangsa' dalam frasa 'citra negara bangsa'. Bolehkah 'negara bangsa' digunakan untuk menggantikan perkataan 'bangsa'. Apakah perbezaan di antara kedua-dua perkataan?Istilah negara bangsa bermaksud sebuah negara berdaulat yang rakyatnya tidak dapat diidentifikasikan melalui kaum, keturunan atau warna kulit. Negara bangsa merupakan suatu istilah yang sama sekali berbeza dengan bangsa kerana bangsa hanya merujuk kumpulan manusia dlm satu ikatan ketatanegaraan.Istilah19.12.2008
apakah perbezaan antara 'mengangkasa bangsa' dengan 'mengangkasakan bangsa'?Perkataan yang betul ialah mengangkasakan bangsaTatabahasa06.11.2007
soalan kedua saya ialah, panggilan "Ah Moi" pada perempuan berbangsa cina. Ada tak perkataan lain yang dapat mengganti panggilan ini dengan lebih sopan? Ini adalah kerana pada pendapat saya, panggilan ini dalam masyarakat cina terutama orang kantonis, maksudnya adik perempuan, tetapi pada sesetengah orang, panggilan sebegini adalah panggilan untuk orang gaji mereka. Kadang-kala, penggunaan panggilan ini akan menyebabkan situasi yang kurang sopan dan salah faham antara bangsa.Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Pada pandangan saya panggilan 'Ah Moi' lebih kepada dialek tempatan yang digunakan dalam daerah tertentu dan dalam konteks yang tidak rasmi. Berdasarkan sumber rujukan kami tidak ada maksud bagi gelaran tersebut. Oleh itu, untuk mengelak salah faham tentang penggunaan gelaran itu sebaik-baiknya kita menggunakan gelaran yang baik seperti 'cik' untuk yang belum berkahwin dan 'puan' untuk wanita yang telah berkahwin.Lain-lain10.12.2010
Apakah perbezaan antara perkataan kaum, etnik, bangsa, keturunan. Terima kasih.Etnik -  1. Bukan bangsa manusia
            2. Berkaitan dengan kumpulan sosial yang mempunyai persamaan dalam budaya

Kaum - 1. puak, suku bangsa
            2. jenis bangsa

Bangsa: 1. jenis manusia daripada satu asal keturunan 
              2. kumpulan manusia dlm satu ikatan ketatanegaraan

Keturunan: 1. yg diturunkan darrpada, anak cucu kepada, turunan, zuriat
                   2. sesuatu yg diwarisi
Makna05.01.2017
Mohon semakan bagi 3 cadangan tajuk syarahan program bicara seni kami - "Penghayatan Sejrah Dalam Pembinaan Jati Diri Bangsa" - "Penghayatan Sejarah Dalam Membina Jati Diri Bangsa" - "Penghayatan Sejarah : Pembinaan Jati Diri Bangsa"Antara ketiga-tiga tajuk tersebut, tajuk yang paling baik ialah "Penghayatan Sejarah Dalam Pembinaan Jati Diri Bangsa.Tatabahasa14.05.2014
Apakah perbezaan antara "setiausaha agung", "setiausaha eksekutif" dan "setiausaha kehormat" dalam sesebuah persatuan/kelab?Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) makna bagi setiausaha agung ialah orang yang mengendalikan pentadbiran atau pengurusan sesuatu organisasi politik yang besar, seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu manakala setiausaha kehormat pula bermaksud setiausaha yang melakukan tugas secara sukarela tanpa menerima upah atau gaji, biasanya dalam persatuan, pertubuhan dan sebagainya. Setiausaha eksekutif pula ialah setiausaha yang mempunyai kuasa dalam membuat keputusan dan bertanggungjawab terhadap pentadbiran atau pengurusan sesuatu agensi, organisasi, syarikat perniagaan dan sebagainya.

Semua maksud tersebut disesuaikan mengikut undang-undang dan keperluan penubuhan sesebuah organisasi, syarikat, pertubuhan dan sebagainya.
Makna08.03.2024
123456

Kembali ke atas