| Kenapa maklumat kata pada antara muka PRPM pada telefon pintar tidak tertera ejaan jawi seperti pada antara muka komputer? | Kami ambil maklum berkaitan aduan tuan. Kami akan terus mempertingkatkan perkhidmatan kami. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 07.06.2024 |
| Assalamualaikum.. Saya sedang menulis tesis phD Multimedia berkenaan antara muka = user interface dan saya pohon tuan mncadangkan istilah bahasa melayu DBP untuk NATURAL USER INTERFACE yang digunakan dalam teknologi multimedia memandangkan istilah ini tiada dalam carian kata web ini | Kami mencadangkan natural user interface diterjemahkan kepada antara muka pengguna lazim, walau bagaimanpun jika cadangan kami ini kurang tepat mohon kerjasama tuan mengemukakan konteks penggunaan perkataan tersebut. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.08.2014 |
| 1. Create Project Task Apakah tejemahan yang sesuai untuk perkataan 'create'. Ini ialah antara muka sistem IT. Adakah 'Cipta Tugas Projek'? 2. Created By Untuk ini pula, adakah 'Dicipta Oleh' terjemahan yang sesuai? Terima kasih. | 1. Kami mencadangkan teks "Create Project Task" diterjemahkan kepada "Reka Tugas Projek" 2. Terjemahan bagi teks "Create By" ialah "Dicipta oleh" | Penyemakan dan penterjemahan | 05.10.2019 |
| Salam. Merujuk pada soalan sebelum ini mengenai terjemahan bagi istilah "leaderboard"; konteksnya adalah pada antara muka sebuah permainan komputer, yang menyenaraikan pemain-pemain terbaik mengikut markah mereka. Contohnya adalah di dalam gambar ini: https://www.researchgate.net/profile/Peter_Pennefather/publication/266656547/figure/fig1/AS:392167890669600@1470511519983/Example-of-a-traditional-multiplayer-leaderboard.png Terima kasih. | Terjemahan bahasa Melayu bagi istilah "leaderboard" ialah carta kedudukan. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan bergantung kepada konteks ayat. | Istilah | 09.06.2020 |
| Salam sejahtera, Saya ingin mendapatkan pandangan mengenai terjemahan yang sesuai bagi istilah "enable" dan "disable" dalam konteks antara muka pengguna (UI) aplikasi digital. Contoh ayat dalam UI: "Enable notifications" "Disable location services" "Key material disabled" "Notifications are disabled" Mohon juga pengesahan sama ada istilah "dayakan" dan "nyahdayakan" diiktiraf serta sesuai dalam penggunaan Bahasa Melayu rasmi dan konteks teknologi aplikasi digital. Terima kasih atas bantuan dan penjelasan pihak DBP. | Berdasarkan penelitian dalam Kamus Dewan Perdana DBP, pihak kami tidak menemukan entri tentang nyahdayakan. Hanya entri dayakan ditemukan dalam kamus tersebut iaitu menjadikan (seseorang atau sesuatu) mempunyai tenaga atau kekuatan untuk bergerak atau melakukan kerja. Untuk makluman tuan/puan, DBP tidak menyediakan khidmat penterjemahan. Bagi mendapatkan khidmat penterjemahan, tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel: terjemah1@gmail.com dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia melalui talian 03-41451942 atau e-mel: info@itbm.com.my. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.03.2026 |
| Tuan, soal tentang bentuk yang betul antara "muka surat 159" atau "muka surat ke-159" dengan "tingkat sembilan" atau "tingkatan kesembilan" telah saya isikan dalam WordPad. Mohon tuan mendalilkan soal ini. Terima kasih tuan. | Penggunaan yang betul ialah muka surat 159 dan tingkat sembilan. | Tatabahasa | 19.11.2016 |
| apakah terjemahan Interface Description Document atau ringkasnya IDD? Istilah Teknologi Maklumat. | Istilah Interface Description Document tidak ada dalam sumber rujukan kami. Berdasarkan contoh lain yang ada seperti page description language, padanannya ialah bahasa perihalan halaman, kami cadangkan istilah Interface Description Document padanannya ialah Dokumen Perihalan Antara Muka. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.12.2010 |
| Assalamualaikum Tuan, Apakah terjemahan yang tepat untuk istilah-istilah komputer seperti yang berikut: 1. Toolbox 2. Menu bar | Belum ada lagi dalam data kami bagi istilah Toolbox . Cadangan kami yang sesuai bagi Tool-box ialah kotak peralatan, manakala istilah menu bar ialah bar menu (Objek grafik yang wujud pada paparan antara muka grafik pengguna) | Istilah | 15.11.2019 |
| Salam 1Malaysia, Tuan, 1. 'Pendrive' atau 'Thumbdrive' dalam bahasa Melayu, apa? 2. 'online' merujuk kepada atas talian atau dalam talian? Terima kasih. | 1.Berdasarkan Kamus Teknologi Maklumat (Perkakasan), pemacu pena (pendrive) dan pemacu jari(thumbdrive) adalah sama. Huraian yang diberikan adalah seperti yang berikut: Pemacu berasaskan ingatan kilat yang diintegrasikan dengan antara muka USB. Pemacu ini biasanya kecil seperti pena atau jari, ringan dan mudah bawa. Kapasiti pemacu ini bermula dengan 8 MB pada tahun 1998 dan pada tahun 2006 berkapasiti 64 GB. Pemacu ini biasanya disambung pada komputer melalui port USB. Pemacu ini diperkenalkan pada tahun 1998 oleh Dov Moran. 2. Istilah bahasa Melayu yang betul untuk "online" ialah dalam talian. | Istilah | 03.04.2012 |
| Salam sejahtera. Saya Ayu Shahirah daripda Branding Digital Content di Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii). Kami telah menggunakan perkhidmatan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk kandungan di media sosial kami iaitu Kamus Digital MARii. Setiap minggu, kami akan menterjemah terma-terma digital dan teknologi yang biasa digunapakai oleh kebanyakan orang. Namun, terdapat beberapa terma yang masih tiada terjemahan dalam data DBP. Mohon pencerahan dan jawapan bagi terma-terma di bawah: Additive Manufacturing Mobility as a Service (MaaS) Human-Machine-Interface (HMI) Blockchain Lean manufacturing Vehicle to Everything (V2X) Adaptive Cruise Control Infotainment Anti-Lock Braking System Kerjasama pihak DBP amatlah kami harapkan kerana MARii ingin terus memberikan info baru tentang dunia teknologi dan automotif kepada semua pengikut. Terima kasih. | Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut: additive manufacturing - pembuatan berdaya tambah Mobility-as-a-Service (MaaS) - Mobiliti sebagai Perkhidmatan Human-Machine Interface (HMI) - Antara muka Manusia-Mesin Lean manufacturing - pembuatan Lean vehicle to everything (V2X) - kenderaan hubung segalanya adaptive cruise control - kawalan jelajah mudah suai anti-lock braking system - sistem pembrekan antikunci Berdasarkan data PRPM, padanan istilah tersebut seperti yang berikut: blockchain - blok rantai infotainment - maklumat hibur Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 08.09.2021 |