~melawat ke rumah orang tua ~melawat ke rumah-rumah orang tua ~melawat ke rumah orang-orang tua ~melawat ke rumah orang tua-tua ~melawat rumah orang tua ~melawat rumah-rumah orang tua ~melawat rumah orang-orang tua ~antidadah ~anti-dadah ~anti dadah ~anti-Amerika ~anti Amerika ~antiAmerika ~melawat rumah orang tua-tua YG MANA BETUL TATABAHASANYA? | Orang tua membawa maksud orang yang sudah tua dan orang tua juga boleh bermaksud ibu bapa. Oleh itu, frasa "melawat ke rumah orang tua" boleh membawa dua makna tersebut dan frasa "melawat ke rumah orang-orang tua" bermaksud melawat ke rumah orang yang sudah tua. Kata melawat perlu diikuti kata sendi nama ke kerana dihadapannya ialah tempat, iaitu rumah orang tua/rumah orang-orang tua. Ejaan yang betul ialah antidadah dan anti-Amerika. Perkataan anti ialah awalan asing yang bersambung terus dengan perkataan yang mengikutinya kecuali kata nama khas seperti anti-Amerika dan anti-Yahudi. | Tatabahasa | 06.10.2012 |
Penggunaan istilah anti- bilakah (anti+kata nama) perlu didekatkan,dan bilakah perlu tambah sempang di tengahnya? | Anti- ialah bentuk terikat dan perlu ditulis rapat dengan kata yang mengikutinya. Contohnya, antikomunis dan antirasuah. Walau bagaimanapun, sekiranya kata yang mengikutinya ialah kata nama khas dan bermula dengan huruf besar, tanda sempang perlu digunakan. Contohnya anti-Amerika dan anti-Yahudi. | Ejaan | 02.03.2012 |
Saya ingin bertanya mengenai penggunaan kata anti. Jika ingin menggunakan perkataan anti, adakah betul atau salah jika diletakkan tanda sempang (-) ? Sebagai contoh :- a. anti-lelaki b. anti lelaki c. antilelaki | Anti- ialah awalan asing yang dieja bersambung dengan perkataan yang mengikutinya seperti antilelaki, kecuali jika disambung dengan kata nama khas perlu diletak tanda sempang seperti anti- Israel. | Ejaan | 29.12.2012 |
Frasa yang manakah betul? Antikeganasan @ anti-keganasan @ anti keganasan | Frasa yang betul ialah "antikeganasan". | Tatabahasa | 10.10.2014 |
Yang mana satu betul? 1. anti-lelaki/ anti lelaki/ antilelaki 2. kadangkala/kadang kala 3. rumah tangga/ rummahtangga 4. aruah/arwah 5. saudaramara/saudara mara/ saudara-mara 6. ramah tamah/ ramah-tamah/ramahtamah 7. seringkali/sering kali 8. tanahair/tanah air 9. pasaraya/ pasar raya 10. tengah hari/ tengahari 11. perkapita/ per kapita 12. hubungkait/hubung kait | 1. antilelaki 2. kadangkala 3. rumah tangga 4. arwah 5. saudara-mara 6. ramah-tamah 7. sering kali 8. tanah air 9. pasar raya 10. tengah hari 1. per kapita 12. hubung kait | Ejaan | 07.08.2014 |
Boleh saya tahu ejaan yang betul untuk berikut: anti pengoksidaan anti vaksin Terima kasih | Ejaan yang betul ialah antioksida dan antivaksin. | Ejaan | 21.07.2016 |
Salam DBP, Saya ingin bertanya tentang kata imbuhan anti. Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, perkataan anti digabungkan bersama dengan perkataan lain, seperti kata nama asal dan terbitan. Adakah ini dipraktiskan untuk semua jenis kata nama am tidak kira kata nama asal atau terbitan. Dalam internet, kebanyakan kata nama terbitan di eja secara jarak. Cohtoh dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga .antijirim .antikemajuan .antipenjajah Bagaimana perkataan berikut, adakah betul? .antipendarahan .antiperiuk api .antianai-anai .antigolongan syiah .antimoderat .anti-Amerika .anti-Jepun .anti-Hamas Terima kasih. | Seperti yang diterangkan dalam buku Tatabahasa Dewan,<i style="mso-bidi-font-style: normal"> anti-i> ialah awalan asing yang dieja bersambung dengan kata nama am yang mengikutinya kecuali jika disambung dengan kata nama khas perlu diletak tanda sempang. Ejaan perkataan yang menggunakan imbuhan <i style="mso-bidi-font-style: normal">anti-i> yang betul adalah seperti yang berikut: - antipendarahan
- antiperiuk api
- antianai-anai
- anti-Syiah
- antimoderat
- anti-Amerika
- anti-Jepun
- anti-Hamas
| Tatabahasa | 02.06.2014 |
1. Perkataan seperti anti-Islam atau anti-Barat, perlukah dimasukkan sempang di antara dua perkataan? 2. Apakah terjemahan yang tepat untuk perkataan ISLAMIS dalam bahasa Melayu? | Anti ialah awalan asing yang dieja bersambung dengan perkataan selepasnya, seperti antirusuhan. Walau bagaimanapun, apabila hadir dengan kata nama khas seperti Islam dan Amerika perlu diletak tanda sempang (-) menjadi anti-Islam dan anti-Amerika. Dalam bahasa Melayu kata Islam, hanya menerbitkan kata mengislamkan, keislaman dan pengislaman, tidak ada kata Islamis. | Tatabahasa | 08.12.2015 |
bagaimana antikomunis dieja.Adakahkah antikomunis, anti komunis atau anti-komunis | Anti- ialah bentuk terikat dan perlu ditulis rapat dengan kata yang mengikutinya. | Tatabahasa | 18.04.2013 |
Penggunaan perkataan 'anti'. Mana yang betul? 'antipengganasan' atau 'anti-pengganasan'? Apakah terjemahan bagi 'Counter-Terrorism Centre' dalam Bahasa Malaysia? | Ungkapan yang betul ialah antikeganasan, iaitu padanan anti-terrorism dalam bahasa Melayu. Counter-Terrorism sama maksudnya Anti-Terrorism, terjemahan yang sesuai ialah Pusat Antikeganasan. | Ejaan | 04.06.2015 |