Salam sejahtera, Bolehkah "Anti-Bribery and Anti-Corruption" diterjemahkan sebagai "AntiRasuah dan AntiPenyelewengan"? Sila lihat kesesuaian format terjemahana juga. Jika terjemahan tidak sesuai, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih. | Padanan yang diberikan bersesuaian. Walau bagaimanapun ejaan yang betul ialah antirasuah dan antipenyelewengan. | Lain-lain | 14.01.2018 |
Penggunaan istilah anti- bilakah (anti+kata nama) perlu didekatkan,dan bilakah perlu tambah sempang di tengahnya? | Anti- ialah bentuk terikat dan perlu ditulis rapat dengan kata yang mengikutinya. Contohnya, antikomunis dan antirasuah. Walau bagaimanapun, sekiranya kata yang mengikutinya ialah kata nama khas dan bermula dengan huruf besar, tanda sempang perlu digunakan. Contohnya anti-Amerika dan anti-Yahudi. | Ejaan | 02.03.2012 |
Tuan, Mana yang betul: Kempen Anti-Kutu Sampah ( ada tanda sangkang ), atau Kempen Anti Kutu sampah ( tiada tanda sangkang) Terima kasih. | Anti- ialah bentuk terikat dan perlu ditulis rapat dengan kata yang mengikutinya. Contohnya, antikomunis dan antirasuah. Walau bagaimanapun, sekiranya kata yang mengikutinya ialah kata nama khas dan bermula dengan huruf besar, tanda sempang perlu digunakan. Contohnya anti-Amerika dan anti-Yahudi. Betul - Antikutu sampah | Tatabahasa | 13.08.2012 |
saya telah merujuk lembar bahasa dari laman ini juga. 1. tetapi saya keliru untuk membezakan antara ejaan 'adik-beradik', kenapa perlu ada sempang sedangkan adik dan beradik ada maknanya yang tersendiri. 'Ambil alih" pula tidak diletakkan sempang. 2. Bagaimana pula untuk membezakan ejaan yang menggunakan kata 'anti' yang mesti dijarakkan atau disambungkan. Misalnya antirasuah dengan anti-Jepun. | Adik-beradik dikategorikan sebagai kata ganda, beradik (kata akarnya diulang) oleh itu perlu diletak tanda sempang. Ambil alih dikategorikan sebagai kata majmuk dan kata majmuk tidak perlu diletak tanda sempang. Anti ialah awalan asing dan apabila disambungkan dengan kata am dieja bersambung (contoh; antirasuah), apabila dieja dengan nama khas diletakkan tanda sempang (contoh; anti-Jepun). | Tatabahasa | 18.03.2008 |
Saya ingin tahu erti sebenarn apakah maksud lencana SAYA ANTI RASUAH sepertimana yang di pakai oleh Pegawai dan anggota PDRM. | Rasuah bermaksud perbuatan yang salah di sisi undang-undang seperti menerima atau memberikan wang suap(pecah amanah, menggelapkan wang dll.) Anti- ialah awalan yang bermaksud bertentangan dengan, melawan,menentang. Antirasuah bermaksud tidak menerima atau mengamalkan perbuatan menerima rasuah. Sdr. boleh menghubungi Polis Diraja Malaysia. | Lain-lain | 01.10.2007 |
Salam Tuan,, manakah yang betul, kempen antikutu sampah (antikutu satu perkataan), atau kempen anti-kutu sampah ( ada tanda sengkang) atau kempen anti kutu sampah ( tiada tanda sengkang) Mohon penjelasan segera tuan. Terima kasih. | Salam Encik Musa, Anti- ialah bentuk terikat dan perlu ditulis rapat dengan kata yang mengikutinya. Contohnya, antikomunis dan antirasuah. Walau bagaimanapun, sekiranya kata yang mengikutinya ialah kata nama khas dan bermula dengan huruf besar, tanda sempang perlu digunakan. Contohnya anti-Amerika dan anti-Yahudi. Dalam konteks perkataan di atas antikutu sampah perlu ditulis rapat. | Ejaan | 24.08.2012 |