Slm sejahtera.. saya ingin mendapatkan pendapat DBP bagi cadangan untuk anugerah seni..Saya diminta untuk mencari nama yang sesuai bagi satu anugerah iaitu anugerah untuk pelajar yang aktif dalam bahagian seni..saya mohon cadangan nama yang sesuai bagi nama anugerah tersebut.. Terima Kasih | Cadangan kami ialah Anugerah Tinta Seni, Anugerah Mekar Seni dan Anugerah Ilham Pencipta. | Lain-lain | 16.03.2010 |
Mohon semakan berikut: Anugerah Pelajaran Diraja atau Anugerah Pelajaran DiRaja. Terima kasih. | Salam sejahtera, Anugerah Pelajaran Diraja | Ejaan | 01.11.2012 |
Selamat Sejahtera Tuan. Saya mempunyai kemusykilan tentang penggunaan perkataan Anugerah Bestari atau Anugerah Bistari untuk satu program anugerah kecemerlangan di universiti saya. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah bestari. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Ejaan | 28.02.2009 |
yang mana satu ungkapan yang betul "majlis anugerah kecemerlangan akademik" atau "majlis anugerah akademik cemerlang"? | Encik Sukri, Ungkapan yang betul ialah ' Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik'. | Tatabahasa | 28.04.2010 |
Yang mana lebih tepat: a) Anugerah kelas cemerlang dimenangi oleh darjah 1 Delima. b) Anugerah kelas cemerlang dimenangi oleh Darjah satu Delima. | Penggunaan tanda baca yang betul seperti dalam ayat Anugerah kelas cemerlang dimenangi oleh Darjah 1 Delima. | Ejaan | 06.03.2012 |
Salam terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak DBP kerana telah membantu UTM memilih nama majlis anugerah kualiti kita kepada Anugerah Citra karisma. Sekali lagi saya ingin mendapatkan kerjasama pihak tuan untuk mencadangkan nama klasik untuk majlis meraikan pesara dan bakal pesara utm yang bakal diadakan pada November 2009. Atas kerjasama saudara dalam perkara ini didahului dengan terima kasih. | Saudara Norazizah, Kami mencadangkan nama berkut : i. Majlis Jasamu Dikenang ii. Majlis Sanjungan Budi iii. Majlis Budimu Disanjung | Lain-lain | 02.09.2009 |
Protokol penggunaan 'YBhg' - Adakah perlu diletakkan 'YBhg' dihadapan nama seorang Profesor yang tiada gelaran Dato'/Datuk/dsb? | Rujukan kehormat untuk profesor ialah Yang Berbahagia. Ungkapan kehormat ini digunakan secara umum bagi orang yang mendapat gelaran anugerah, sama ada anugerah kehormatan negara, negeri, masyarakat mahupun anugerah dari pencapaian atau kelulusan akademik. | Tatabahasa | 17.06.2013 |
apa perbezaan anugerah pangkat 1. Datuk 2. Dato' 3.Tan Sri 4.Datuk Amar 5.Dato Seri | Pangkat DATUK, TAN SRI, DATUK SERI,DATUK PADUKA dan sebagainya adalah kurniaan daripada kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkara tersebut, puan bolehlah menghubungi Bahagian Protokol Istana Negara. | Lain-lain | 27.10.2010 |
Anugerah Kewartawanan Kesihatan Terbaik - TV | Anugerah Wartawan Kesihatan Terbaik - TV | Tatabahasa | 03.07.2008 |
Merujuk Kamus, Hit adalah disukai ramai. Manakah yang betul: "Anugerah Pencapaian Hit Tertinggi" atau "Anugerah Pencapaian Hits Terkini" (ada "s"). Mohon penjelasan segera. Terima kasih. Hanisah | Puan Hanisah terima kasih kerana menghubungi KNBDBP, Jika puan merujuk kamus, ada huruf bp yang digunakan, ini bermaksud perkataan tersebut ialah bahasa percakapan, jadi dalam urusan rasmi kita tidak boleh menggunakan perkataan tersebut. Cadangan kami puan boleh tukarkan perkataan tersebut kepada lagu popular sekiranya ia melibatkan lagu atau terunggul. Jadi puan boleh gunakan Anugerah Pencapaian popular atau pencapaian terunggul. Tetapi sekiranya puan masih mahu menggunakan perkataan Hit ia mestilah ditambah huruf s dan perkataan tersebut hendaklah diicondongkankan.Terima kasih. | Istilah | 10.06.2009 |