Salam, yang manakah frasa yang betul di bawah ini: 1) anyam ketupat 2) anyam kelongsong ketupat Jika difikirkan logik, kita menganyam sarung (kelongsong) ketupat, kemudian barulah dibubuh isi di dalamnya. Tetapi anyam ketupat lebih kerap digunakan dalam masyarakat. Jadi, yang manakah betul? Terima kasih. | Frasa menganyam ketupat yang menunjukkan perbuatan menyediakan sarung atau kelongsong ketupat boleh digunakan dan sudah gramatis. | Tatabahasa | 19.03.2013 |
Selamat sejahtera. saya ingin tahu mana di antara ini betul: 1.anyaman daripada daun kelapa sangat cantik. 2.barangan daripada daun kelapa adakah 2 patut ditulis sebagai 'barangan diperbuat daripada'? kata nama am di depan "daripada" sepatutnya kata nama am hasil perbuatan (anyam)? terima kasih. | Ungkapan seperti ... anyaman diperbuat daripada ... banyak digunakan dalam kalangan masyarakat. Lihat buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 182: Awalan diper-... boleh bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama; awalan diper-... boleh bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata adjektif; dan awalan diper-... apabila bergabung dengan kata dasar daripada kata tugas untuk membentuk kata kerja, membawa makna terdapat sesuatu. Oleh itu, ayat yang gramatis ialah anyaman daripada daun kelapa sangat cantik. | Tatabahasa | 09.02.2012 |
assalamualaikum tuan,saya musykil tentang permohonan papan tanda saya yang ditolak atau tidak menepati ciri ciri bahasa malaysia.Diharap dapat kiranya pihak tuan memberikan kesalahan pada papan tanda kedai saya supaya saya dapat membuat pembetulan dengan secepat mungkin.Untuk pengetahuan pihak tuan saya sedang memohon permit perniagaan daripada MBSA dan ingin mempercepatkan proses permohonan tersebut kerana khuatir akan dikenakan tindakan daripada MBSA. Sekian.Terima kasih. Wassalam. | Penggunaan bahasa Melayu dalam papan tanda yang dilampirkan mempunyai kesalahan tatabahasa. Sila buat pembetulan seperti yang berikut: a. MENCETAK DAN MEMBEKAL = PENCETAK DAN PEMBEKAL b. T-SHIRT, JERSEY UNIT PERSATUAN , MUG, WOVEN BAG, CAP, PEN, LANYARD, SEMINAR BAG, MOUSE PAD = KEMEJA-T, JERSI, KEMEJA-T UNIT PERSATUAN, KOLE, BEG ANYAM, TOPI, PEN, LANYARD, BEG SEMINAR, PAD TETIKUS.
| Tatabahasa | 15.07.2013 |