| Salam sejahtera, Apakah ejaan yang betul untuk apapun / apa pun? Terdapat jawapan "Apa pun" di bahagian Khidmat Nasihat tetapi terdapat juga penggunaan "Apapun" di bahagian penjelasan istilah dan sebagainya. "Apapun/Apa pun" yang saya maksudkan ialah terjemahan untuk bahasa Inggeris "anyway". Contoh: Anyway, I heard that you changed career. <-- Apa pun / Apapun, saya dengar awak bertukar kerjaya. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah "apa pun". | Ejaan | 28.10.2022 |
| Assalamualaikum. Saya ingin bertanya apakah padanan yang sesuai bagi 'by the way' dan 'anyway' dalam bahasa Melayu? Terima kasih. | Padanan dalam bahasa Melayu untuk “by the way” dan “anyway” bergantung pada penggunaanya dalam ayat. Lihat contoh ayat berikut: 1a. By the way have you seen my brother? 1b. Oh ya! Ada tidak awak nampak abang saya? 2a. Anyway to cut a long story short he did succeed in becoming a doctor. 2b. Dipendekkan cerita, beliau berjaya menjadi doktor.
| Penyemakan dan penterjemahan | 22.08.2018 |
| istilah dalam bahasa Melayu- grace period- by the way, anyway | Padanan bahasa Melayu bagi perkataan "grace period" ialah tempoh tenggang atau tempoh tangguh. Padanan bahasa Melayu bagi "by the way" ialah oh ya manakala padanan bagi "anyway" ialah bagaimanapun. Penggunaan semua perkataan ini bergantung pada konteks ayat. | Lain-lain | 09.06.2021 |