Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata apa kah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Slm. Minta pengesahan bahasa untuk ayat di bawah: 1) Bagaimanakah strawberi bertumbuh/membesar? 2)Nenek tak apa-apa kah? (atau bolehkah guna "Nenek ok kah?" dalam ayat BM. TQWaalaikumsalam.
Ayat yang betul ialah:
1) Bagaimanakah strawberi membesar?
2) Nenek sihatkah? Atau "Bagaimanakah keadaan nenek?"
Tatabahasa28.05.2015
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bertanya, apakah terjemahan Bahasa Melayu yang betul untuk "What is Skim Rumah Pertamaku?" Adakah (a) "Apakah Skim Rumah Pertamaku?"; (b) "Apa kah Skim Rumah Pertamaku?"; (c) "Apakah itu Skim Rumah Pertamaku?"; atau (d) "Apa kah itu Skim Rumah Pertamaku?" Untuk makluman Tuan, ayat tersebut akan digunakan dalam konteks senarai soalan lazim. Terima kasih.Jawapan yang paling sesuai ialah (c) "Apakah itu Skim Rumah Pertamaku?Lain-lain19.09.2019
apa kah terjemahan yang paling sesuai untuk 'gift cards'?Terjemahan yang sesuai dalam bahasa Melayu untuk gift card ialah kad hadiah.Makna12.05.2022
Apa kah terjemahan dalam Bahasa Melayu untuk perkataan go-live (Bahasa Inggeris) Dalam Bahasa Inggeris:, Go-live is the time at which something becomes available for use. In software development, for example, go-live is the point at which code moves from the test environment to the production environment. As a verb, go-live means to make such an event happen.Belum ada terjemahan dan contoh penggunaan go-live dalam pangkalan data kami. Mohon tuan berikan cadangan terjemahan untuk membantu kami mencari padanan yang sesuai.Penyemakan dan penterjemahan17.12.2017
Apa kah ejaan untuk perkataan saperti dibawah; 1. Nuget 2. Bebola Ikan 3. Kek Ikan 4. Bebola Daging 5. Bebola Ayam 6. Makanan Sejuk Beku terima kasih, Yusof Muhamd usofmad@gmail.comEjaan yang dinyatakan dari nombor 1 hingga 6, betul.Ejaan15.05.2014
apa kah menjadi kesalahan jika bangunan saya terdapat kedai, pejabat dan sebahagiannya kilang untuk memproses makanan (tidak keseluruhan bangunan itu dijadikan kilang) saya ingin namakan bangunan saya dengan wisma?Penggunaan "Wisma" untuk digunakan bagi menamakan bangunan adalah betul dari segi bahasa, tetapi tuan boleh merujuk dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengetahui dengan lebih lanjut tentang penggunaannya. Harap maklum.Istilah09.04.2013
apa kah penjodoh bilangan bagi api?Tidak semua kata nama memerlukan penjodoh bilangan. Tidak ada contoh penggunaan penjodoh bilangan atau unit bagi api dalam sumber rujukan kami. Kata "api" tidak perlu menggunakan penjodoh bilangan.Tatabahasa13.03.2010
apa kah penjodoh bilangan bagi hantu?Penjodoh bilangan bagi hantu ialah seekor hantu.Lain-lain27.02.2010
apa kah padanan untuk perkataan "market rally" dalam bahasa melayuIstilah "market rally" belum ada lagi padanannya dalam bahasa Melayu. Namun, kami mencadangkan padanan yang sesuai ialah "pengukuhan pasaran" yang merujuk suatu keadaan orang ramai yang berminat membeli sesuatu saham yang pada mulanya jatuh di pasaran.      Istilah09.06.2009
apa kah singkatan untuk perkataan pengkalan, pgkl atau pkln? terima kasih.

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, Pengkal ialah kata arkaik (pingkal) yang tidak lagi digunakan dalam bahasa Melayu. Perkataan pingkal daripada dialek Jawa bermaksud tertawa tergelak-gelak.  

Makna05.09.2008
1234

Kembali ke atas