Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata apa kan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Untuk frasa apa memper~(kan) ,(kan)tidak wujudSoalan yang dikemukakan tidak jelas.

Jika mengenai apitan memper- kan, apitan ini menerima golongan kata nama dan kata kerja untuk membentuk kata kerja. Contohnya, memperisterikan, mempersendakan, memperdengarkan, memperbandingkan. Kata kerja yang terbentuk dengan apitan memper-...-kan ini bersifat transitif, iaitu diikuti oleh objek.

Manakala, akhiran -kan pula ialah akhiran yang membentuk kata kerja. Semua golongan kata utama, iaiatu kata nama, kata kerja, kata adjektif , dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran -kan untuk membentuk kata kerja.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut.
Tatabahasa31.05.2013
Salam Sejahtera. 1. Bagaimanakah cara yang betul untuk menulis sinkope 'tu', 'ni', 'kan', 'nak'? 2. Ada editor yang meletakkan tanda (') sebelum perkataan kan = 'kan. Apakah fungsi (') 3. Perlukah juga meletakkan tanda (') pada singkatan cu = cucu, nak = anak, pak = bapak? Terima kasihSalam sejahtera,

1. Untuk singkatan tu, ni, kan dan nak = singkatan tersebut sudah betul. Untuk kan, hanya kan yang berfungsi sebagai imbuhan sahaja dieja bersambung dengan perkataan sebelumnya. Selain itu "kan" dieja terpisah kerana kan dalam percakapan bermaksud bukan atau tidak membawa apa-apa makna.
2. Editor tidak meletakkan tanda (') sebelum perkataan kan.
3. Tidak perlu meletakkan (') pada kependekan cucu, anak dan bapak.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, mohon rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4. 
Tatabahasa23.09.2015
Imbuhan 'MeN..i/kan' amat mengelirukan.Apakah formula terbaik nak bezakan keduanya? Apa beza..1.memberi/kan 2menjauhi/kan 3.menjahit/kan 4.menemui/kan?TQVM

Apitan meN...i  diikuti objek yang bernyawa, contohnya; Ayah mengirimi Ali surat, manakala apitan meN...kan diikuti objek yang tidak bernyawa, contohnya; Ayah mengirimkan surat kepada Ali. Untuk maklumat lanjut rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 191. Awalan kata kerja meN-... mendukung maksud melakukan sesuatu sama ada melakukan perbuatan atau menyatakan keadaan. Topik ini dibincangkan dengan panjang lebar dalam halaman 158-160. Untuk melihat perbezaan makna antara kata terbitan dengan awam meN-... dan kata kerja meN-...kan rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my.

 

Tatabahasa20.05.2011
(9) Pemegang lesen tidak boleh menggunakan atau membenar digunakan, dalam penyediaan apa-apa makanan, mana-mana meja, almari, bangku atau sebarang perabot seumpamanya yang permukaannya bersentuh dengan apa-apa makanan, kecuali permukaan itu diperbuat daripada kayu keras bersambung rapat dan licin atau sesuatu bahan licin yang tidak telap air. (perkataan "membenar" adakah betul atau salah? adakah ia perlu ditambah imbuhan -kan di akhir perkataan tersebut untuk ayat di atas) sekian. terima kasih

Nurul

Sila berikan konteks penggunaan ayat ini. Ayat ini terlalu panjang dan pengguna akan mendapati sukar untuk mengikuti arahan yang diberikan.

Tatabahasa03.08.2010
menyalahkan kuasa betulkah? boleh bag sikit pengetahuan tentang penggunaan men-...-kan dan lepas tu apa-apa yang kena ikuti di belakang?Pada dasarnya kata kerja yang terbentuk dengan apitan meN-..-kan ialah kata kerja transitif, iaitu yang digunakan sebagai unsur predikat yang memerlukan objek atau penyambut dalam ayat transitif aktif.  Ayat tarnsitif aktif dengan kata kerja berapitan men-...-kan terdiri daripada dua jenis iaitu yangmenerima satu objek dan yang menerima dua objek. 

Pada kelazimannya juga apitan meN...kan menunjukkan objek yang mengikutinya bergerak, contohnya; Ayah menaikkan tangga (tangga - objek bergerak). Apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa.
Tatabahasa01.04.2013
Assalamualaikum. Adakah apa-apa rumus yang boleh kita gunakan untuk menerangkan perbezaan satu 'k' atau dua 'k' bagi penggunaan akhiran -kan dalam bahasa Melayu. Contohnya, kenaikan, menaikkan, memperbanyakkan, kebanyakan dan lain-lain kata dasar yang akhirannya dengan huruf 'k'. Terima kasih.

Dalam bahasa Melayu  terdapat apitan kata kerja meN-...-kan dan akhiran ...-an untuk kata kerja. Sebagai contoh, kata dasar 'masak' apabila menerima apitan kata kerja 'me + masak + kan' maka dieja memasakkan (dieja dengan memasukkan dua huruf k). Namun, untuk kata nama, menerima akhiran ...-an hanya perlu masukkan akhiran ...-an. Sila perhatikan contoh di bawah:
(i)  masak + ...-an = masakan (dieja dengan satu huruf k sahaja) – kata nama

(ii)     masak +...-kan =masakkan (dieja dengan dua huruf k) – kata kerja

Tatabahasa19.10.2014
Tuan, 'kan' dalam dialog berikut perlu dieja bersambung atau dijarakkan? (1) "Janganlah macam tu, kita kan kawan baik." atau "Janganlah macam tu, kitakan kawan baik." (2) "Kau kan tak suka aku." atau "Kaukan tak suka aku." (3) "Ibu... kakak kan... dia kan, dia nak pukul adik". atau "Ibu... kakakkan... diakan, dia nak pukul adik." (4) "Siapalah saya ni kan". atau "Siapalah saya nikan". (5) "Ha, tu kan dah jatuh." atau "Ha, tukan dah jatuh." (6) "Kau ni kan, memang nak kena". atau "Kau nikan memang nak kena". (7) "Pergilah, aku tumbuk kan!" atau "Pergilah, aku tumbukkan!"Hanya kan yang berfungsi sebagai imbuhan sahaja dieja bersambung dengan perkataan sebelumnya. Selain itu "kan" dieja terpisah kerana kan dalam percakapan bermaksud bukan atau tidak membawa apa-apa makna.Tatabahasa25.06.2012
salam tuan kenapa kata adjektif tidak boleh menggunakan imbuhan memper...kan apa rasionalnya.Hal ini telah ditetapkan dalam buku Tatabahasa Dewan. Oleh itu, kita menerima pakai panduan dalam buku tersebut. Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 210 Awalan memper-... digunakan dengan kata adjektif untuk membawa maksud menjadikan lebih atau bertambah seperti memperbesar. Dalam hubungan ini, penggunaan bentuk kata adjektif dengan apitan memper-...-kan seperti memperbesarkan dianggap tidak tepat.Tatabahasa02.03.2012
Terjumpa istilah ini: SCIENCE POPULARIZATION. Apa terjemahan dalam bahasa Melayu? Adakah PEMPOPULARAN SAINS? Bagi perkataan dengan imbuhan "memper...kan", benarkah imbuhan "kan" dalam perkataan itu perlu/boleh digugurkan dalam penggunaannya? Contoh, cukup sekadar "mempertajam ilmu" bukan lagi "mempertajamkan ilmu." Adakah syarat ini terpakai dalam semua keadaan, dengan kata lain, apa-apa perkataan yang menerima imbuhan "memper...kan" boleh digugurkan imbuhan "kan"nya itu. Mohon nasihat. Terima kasih.

1. Untuk makluman, tidak terdapat istilah khusus untuk SCIENCE POPULARIZATION. Walau bagaimanapun, terdapat istilah bahasa Melayu untuk popularization, iaitu popularisasi.  Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, popularization diterjemahkan sebagai usaha mempopularkan.

2. Awalan memper- dapat bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan kata tugas.  Contohnya: memperalat (kata nama 'alat'),  memperluas (kata adjektif 'luas' dan memperoleh (kata tugas 'oleh). Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (ms. 177 - 181) 

 

Istilah02.08.2011
Apa penggunaan imbuhan -kan dalam ayat?Kata kerja akhiran -kan wujud dalam ayat pasif, seperti Rencana itu saya bukukan; dan dalam ayat suruhan, seperti Belikan saya sepasang kasut. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 185.Tatabahasa29.08.2016
123456

Kembali ke atas