Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pun (kata tugas)
1. Bersinonim dengan juga: pula, demikian juga, serupa,

2. Bersinonim dengan biar: kendati, meski, walau,

3. Bersinonim dengan bahkan: malahan, sedangkan,

4 Bersinonim dengan apa sahaja: bagaimana sahaja, apa-apa jua.,


Puisi
 

Apa pandang padi paya,
     Tinggi petak dari ruang;
Apa pandang kepada saya,
     Budi tidak bahasa pun kurang.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Tak ada padi yang bernas setangkai.

Bermaksud :

Tak ada suatu apa pun yang sempurna semuanya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Manakah yg betul? i. Apa pun yang dimakannya, dia tetap kurus. ii. Apa-apa pun yang dimakannya, dia tetap kurus. 2. Apakah maksud 'telejariah' ? Terima Kasih.

 1. Kedua-duanya betul.

2. "Telejariah" merupakan istilah khusus yang digunakan oleh mana-mana institusi kewangan Islam untuk menawarkan khidmat beramal jariah melalui telefon.

Lain-lain20.08.2009
Yang manakah lebih tepat and sesuai? Saya tak tahu apa-apa. Saya apa-apa pun tak tahu.Kedua-dua ayat tersebut boleh digunakan secara betul kerana kedua-duanya mempunyai makna yang berbeza.Tatabahasa30.05.2019
Boleh terangkan ejaan manakah yang betul bagi penggunaan PUN? Apapun atau Apa pun?

Ejaan yang betul ialah apa pun.

Ejaan13.08.2011
sila semak, apapun atau apa pun, sepertimana atau seperti mana, warawiri atau wara-wiri, fatamorgana atau fata morgana apakah maksud kausa dan lokatif berikan contoh kata kerja yg disertakan dengan imbuhan, men---kan atau men---i yang membawa maksud kasatif atau lokatif berikan contoh bagi kata kerja yang sama imbuhannya tetapi selepasnya, membezakan benda bernyawa atau tidak berkan contoh bagi kata kerja yang sama imbuhannya yang kalau diganti sesama sendiri masih tidak mengubah maksud perkataan berkenaanEjaan yang betul ialah apa pun, seperti mana, warawiri dan fatamorgana. Maksud kausatif ialah (Lin) berkenaan bentuk kata kerja transitif yg berakhiran -kan yg mengatakan sebab berlakunya sesuatu kejadian (mis dlm ayat Ali membesarkan rumah, -kan dlm kata membesarkan membawa pengertian kausatif, iaitu menjadikan besar). Contoh kata kerja yg disertakan dengan imbuhan meN-...-kan atau meN-...-i yang membawa maksud kausatif atau lokatif ialah menghadiahi dan menghadiahkan. Contoh kata kerja yang menerima imbuhan meN-...-kan dan meN-...-i serta boleh silih berganti tanpa mengubah maksud perkataan berkenaan seperti Ali sedang membaiki kereta yang rosak dan Ali sedang membaikkan kereta yang rosak.Tatabahasa29.08.2007
Selamat sejahtera. 1. Bolehkah kata 'maka' digunakan sebagai permulaan ayat? Misalnya, 'Maka mereka pun beredar dari situ.' 2. Bilakah kata 'pun' perlu bergabung dengan suatu perkataan? Misalnya, 'telahpun' atau 'telah pun', 'apa-apapun' atau 'apa-apa pun'. Mana satukah yang betul? 3. Betulkah penggunaan imbuhan akhiran -i dalam contoh-contoh berikut? Dia memaklumi keluarganya tentang berita itu. Biar Tuhan yang menghukumi aku. Bolehkah kau menjagainya? Aku akan mengotai janji saya. Wang perak sebanyak lima tahil ini, bukankah dah cukup untuk menyarai hidup selama tiga lima bulan? Sekian, terima kasih daun keladi.

1. Maka tergolong dalam penanda wacana yang boleh hadir di awal atau pertengahan ayat.

2. Kata adapun, andaipun, bagaimanapun, biarpun, kalaupun, kendatipun, lagipun, mahupun, meskipun, sekalipun, sungguhpun dan walaupun dieja sebagai satu perkataan, yang selain daripada senarai tersebut iaitu pun yang bermaksud juga dieja sebagai dua perkataan, contohnya dia pun (juga).

3. Penggunaan memaklumi, menjagai, menyarai dan mengotai (kata kiasan bermaksud menepati janji) dalam ayat-ayat tersebut adalah betul. Tidak ada kata terbitan menghukumi, yang ada menghakimi, seperti contoh ayat: kamu jangan menghakiminya.  

Tatabahasa28.06.2010
mana satu betul, Dato' Seri Najib atau Datuk Seri Najib, apapun atau apa pun, sepertimana atau seperti mana, Orang Asli atau orang asli, Tan Sri atau Tan Seri, Allah SWT atau Allah S.W.T. , pribumi atau peribumi, bumiputera b huruf besar atau kecil, ada kala atau adakala, senjakala atau senja kala, kerap kali atau kerapkali, Tunku ARahman Putra Al-Haj atau al-Haj, Alor Setar atau Alor Star, hub atau hab, titik tolak ada - atau tiada, perihatin atau prihatin, sembahyang Zohor, zohor atau Zuhur, mentua atau mertua,

Jawapan yang betul ialah 1. Dato' Sri Najib. 2. apa pun. 3. seperti mana. 4. orang Asli. 5. Tan Sri. 6. Allah SWT. 7. peribumi. 8. bumiputera. 9. adakala. 10. senjakala. 11. kerapkali. 12. Tunku Abdul Rahman Putra al-haj 13. Alor Star. 14. hab. 15. Titik tolak bermaksud perkara yang menjadi bahan atau yang digunakan untuk membuka perbincangan (huraian dll) tentang sesuatu; sesuatu yang menjadi dorongan untuk permulaan bagi sesuatu (usaha, kegiatan dll). 16. prihatin. 17. sembahyang zuhur.

Lain-lain02.09.2010
Salam sejahtera, Adakah "walau apa pun" ialah kata hubung? Sekian, terima kasih.Perkataan "walaupun" merupakan kata hubung pancangan keterangan.Tatabahasa16.10.2013
COME RAIN OR SHINEWALAU APA PUN YANG TERJADIMakna10.03.2011
apakah maksud "waima"Waima ialah perkataan Arab yang membawa maksud sama ada, walaupun: apa pun yg dibuat manusia, waima dgn perang meledakkan dunia dan isinya, manusia tidak akan berjaya membunuh kebenaran dan keutamaan.Makna10.05.2013
salam, ejaan apakah tyang betul bagi perkataan "walau apapun"?Ejaan yang betul ialah walau apa pun.Ejaan02.04.2012
12345678

Kembali ke atas