Apakan istilah yang sesuai untuk menggantikan istilah Board of Governors? mohon bantuan | Untuk makluman, tidak ada istilah khusus bahasa Melayu dalam pangkalan data kami untuk "Board of Governors". Walau bagaimanpun, istilah yang dicadangkan ialah Lembaga Pengelola. | Istilah | 12.12.2012 |
Apakan perbezaan diantara Bahasa Melayu dengan Bahasa Malaysia? | Mengikut Perlembagaan Malaysia istilah yang betul ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun kabinet Malaysia telah mengeluarkan arahan agar istilah bahasa Malaysia digunakan menggantikan istilah bahasa Melayu bagi tujuan perpaduan. Dalam hal ini kami berpendapat penggunaan bahasa Melayu atau bahasa Malaysia perlu disesuaikan mengikut konteks penggunaannya. contohnya, jika penggunaan ini bagi tujuan ilmu maka istilah bahasa Melayu yang paling tepat digunakan kerana bahasa itu disandarkan kepada peradaban Melayu. | Lain-lain | 07.07.2012 |
apakan makna "fleksi" dan "infleksi" bidang tabahasa? | Fleksi atau infleksi ialah imbuhan yang ditambahkan pada kata dasar untuk menentukan atau melahirkan sesuatu makna nahu seperti yang berlaku dalam bahasa Inggeris, book menjadi books dan wait menjadi waited. Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 46. | Tatabahasa | 04.07.2011 |
Apakan padanan yang sesuai dalam bahasa Melayu bagi istilah atau gelaran untuk 'seseorang tukang yang mahir dalam membancuh kopi dan minuman dalam kedai kopi atau kopitiam? | Cadangan kami ialah pembancuh kopi. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku yang berkaitan. | Lain-lain | 15.07.2010 |
Apakan perbezaaan "menghadiri" dan "berhadir"? Boleh berikan ayat contoh tentang perkataan tersebut ? Terima kasih.. | Puan Gina Terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. berhadirsl bersedia, menyediakan: segala orang Singapura itu pun sudah ~ dgn segala persembahannya; maka Sultan Ahmad pun menghimpunkan orang, dan disuruh ~ senjata; menghadirihadir di (persidangan, majlis, kursus, dll) menyertai, mengikuti: lebih 100 orang peserta dr negara-negara Asia Tenggara, Australia, dan New Zealand telah ~ seminar antarabangsa tersebut; ~ persidangan Parlimen; | Tatabahasa | 09.04.2009 |
apakan peranan DBP dalam memartabatkan bahasa melayu? | DBP telah melaksanakan perancangan jangka panjang dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Usaha pemartabatan ini bermula dari peringkat perancangan bahasa, pembinaan bahasa dan pengembangan bahasa. DBP telah menerbitkan kamus seperti Kamus Dewan dan Kamus Inggeris - Melayu Dewan, buku istilah pelbagai bidang ilmu, buku teks, ensiklopedia, buku rujukan umum, novel dan banyak lagi. Bahasa Melayu mampu memainkan peranan sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan bahasa komunikasi sosial. Dalam peringkat pengembangan, DBP melaksanakan program peneguhan bahasa seperti taklimat bahasa kepada ketua-ketua dan pegawai kerajaan negeri, mengiktiraf penggunaan bahasa yang betul dalam laporan, iklan, lirik dan sebagainya, menganjurkan forum dan debat, menerbitkan bahan rujukan bahasa seperti lembar bahasa, khidmat nasihat bahasa, dan mengadakan kursus penataran bahasa. Pemartabatan bahsa Melayu merangkumi bidang bahasa, sastera dan penerbitan. DBP juga mengadakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara setiap tahun yang bertujuan menanamkan sikap megah bahasa di kalangan rakyat dan membantu masyarakat menyelesaikan masalah bahasa. | Lain-lain | 06.01.2009 |
Apakan kata sendi yang sesuai di dalam ayat ini? "Status Fatimah bertukar dari/daripada golongan bangsawan ke/kepada/hingga seorang wanita yang kehilangan kampung halaman." Terima kasih. | Status Fatimah bertukar daripada golongan bangsawan kepada seorang wanita yang kehilangan kampung halaman. | Tatabahasa | 04.03.2007 |
Apakan gelaran bagi seseorang didalam keluarga, seandainya bilangan adik beradik adalah seramai 14 orang? Contohnya untuk anak pertama digelar Kak Long, manakala bagi anak kedua digelar kak ngah. | Kebiasaannya dalam sebuah keluarga Melayu, nama-nama gelaran untuk keluarga adalah seperti berikut: Along (pertama), Angah (kedua), Alang (ketiga), Atih (keempat), Andak (kelima), Uda (keenam), Tam (ketujuh), Acik (kelapan), Anjang (kesembilan)dan Usu (akhir/bongsu). Terima kasih. | Lain-lain | 09.01.2007 |
teori apakan yang dapat digunakan untuk megkaji tabu dan eufisme | Sila rujuk buku-buku berkenaan untuk mengetahui maksudnya dengan lebih lanjut. | Lain-lain | 09.10.2010 |
Hi, apakan terjemahan "tub file" yang sebenarnya? Saya mendapati bahawa "tub file" ialah "fail tub", manakala "bath tub curve" ialah lengkung tab mandi. Kan baik jika adanya setakat ketekalan dengan istilah-istilah lain seperti "tab mandi", "kebuk pembakaran tab mandi", " tab luar", dan sebagainya. Bolehkah "fail tub" ditukarkan menjadi "fail tab"? | Mengikut istilah komputer, "tub file" ialah "fail tub". | Istilah | 03.08.2007 |