Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata apalah

Puisi
 

Apalah guna rumpun buluh,
     Baik ditebang buatkan titi;
Apalah guna duduk mengeluh,
     Orang tak ada tak usah dinanti.


Lihat selanjutnya...(25)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apalah istilah sebenar untuk seafarer? Pelaut/Kelasi/Pelayar ?Cadangan padanan bagi istilah seafarer dalam bahasa Melayu ialah pelaut. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah26.07.2024
Salam Sejahtera. Apalah padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi perkataan "Usherer"? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi istilah usher ialah penunjuk tempat duduk. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah21.09.2022
Selam DBP Apalah peribasa yang sesuai bag pernyataan di bawah? Pak Sahak akan memarahi dan memukul anak-anaknya walaupun mereka hanya melakukan kesalahan kecilMohon rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu untuk mendapatkan jawapan yang lebih tepat kerana buku tersebut lebih lengkap.Makna30.10.2015
boleh tak tolong perbetulkan puisi yang saya buat ini? aduhai remaja apalah erti dunia remajamu tika tabir menebarkan sayapnya dibawah sinaran cahaya bulan dibawah debar kota dalam alunan gelombang pura-pura kau biarkan manismu diseri kumbang jalanan dihidu embun jantan aduhai remaja kembalilah kau pada seruan wahyu bersimpuhlah engkau sambil menadah tangan memohon keampunan dan restu-Nya aduhai remaja kembalikanlah harga dirimu yang kian hilang muliakamlah kasih yang diberi tujuilah lorong bercahayasesungguhnya kita ialah bakal khalifah di muka bumi ini... bantuan dari pihak tuan amat saya hargai... terima kasih

 

aduhai remaja

apalah erti dunia remajamu

tika tabir menebarkan sayapnya

di bawah sinaran cahaya bulan

di bawah debar kota

dalam alunan gelombang pura-pura

kau biarkan manismu diseri kumbang jalanan

dihidu embun jantan

aduhai remaja

kembalilah kau pada seruan wahyu

bersimpuhlah engkau sambil menadah tangan

memohon keampunan dan restu-Nya

aduhai remaja kembalikanlah harga dirimu

yang kian hilang muliakanlah kasih yang diberi

tujuilah lorong bercahaya

sesungguhnya kita ialah bakal khalifah di muka bumi ini

 Ulasan: Secara umum puisi yang dihasilkan oleh adik baik dan adik harus terus menulis lagi untuk memantapkan gaya penulisan. Selain itu, adik boleh merujuk atau membaca buku-buku puisi untuk menghayati dan mempelajari gaya penulis seseorang penyair. DBP berharap adik terus menulis. Sekian terima kasih.

Lain-lain20.12.2008
Boleh saya tahu, apalah terma yang boleh digunakan untuk Scoville Scale?Kami mencadangkan Skala Scoville sebagai padanan bahasa Melayu untuk Scoville Scale. Sekian. Terima kasih.Istilah18.09.2017
Salam, soalan saya berkaitan bidang linguistik. Apalah padanan untuk "definite form" dan "indefinite form"? Terima kasih.Padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

definite form - bentuk tentu
indefinite form - bentuk tak tentu

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain29.12.2021
Wujudkah perkataan 'kekantukan' daripada perkataan 'kantuk'? Apalah maknanya? Wujudkah istilah 'difaktorkan' daripada perkataan 'faktor'? Apakah maknanya? Apakah makna 'terpasar'?Tidal ada maklumat tentang perkataan kekantukan, difaktorkan dan terpasar dalam pangkalan data kami. Terpasar ada tercatat dalam Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi. Buku ini tidak memberikan makna kata, kami berpandangan terpasar mengambil maksud pasar dalam dialek Minangkabau, iaitu licin, maka terpasar bermaksud terlicin.Istilah15.03.2018
Salam. Ayat yang mana satu adalah betul. a. Apalah yang difikirkan oleh Ahmad itu. b. Diakah yang merangkul kejuaraan dalam pertandingan olahraga semalam?Ayat yang gramatis ialah:
a. Apatah yang difikirkan oleh Ahmad?
b. Diakah yang merangkul kejuaraan dalam pertandingan olahraga semalam?
Tatabahasa30.04.2013
Mana satu yang betul : a) Apatah daya saya b) Apalah daya saya c) Apakan daya saya d) Bilatah/Bilalah agaknya dia akan melangsaikan hutang-hutangnya itu. Apa perbezaan penggunaan kata penegas berikut -lah, -tah, dan -kan. Mohon penjelasan tuan. Terima kasih.Untuk makluman, kata penegas"-lah" ialah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Partikel "-lah" digunakan untuk menegaskan frasa predikat atau bahagiannya.

Partikel 'kah' dan 'tah' ialah partikel untuk menyatakan pertanyaan dan soalan. Yang membezakan antara dua kata penegas ini ialah 'tah' untuk menyatakan pertanyaan kepada diri sendiri. 

Berikut penggunaan yang betul.
a) Apatah daya saya d) Bilakah agaknya dia akan melangsaikan hutang-hutangnya itu?
Tatabahasa16.08.2013
1. Adakah nama mata pelajaran perlu ditulis dengan huruf brsar? Contohnya Sains / Matematk / Bahasa Melayu. 2. Pokok kelapa berliang-liuk atau melambai-lambai ditiup angin? 3. "Apatah / Apalah dayaku yang lemah ini untuk melawannya" keluh lelaki itu. Terima kasih.Ya, mata pelajaran harus ditulis dengan huruf besar.

Bukan pokok kelapa tetapi daun-daun kelapa melambai-lambai ditiup angin.  Meliang-liuk lebih sesuai untuk gerakan yang lebih lembut seperti api lilin meliang-liuk ditiup angin.

Apatah dan apalah boleh digunakan untuk ayat ini.
 
Untuk makluman, kata penegas"-lah" ialah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Partikel "-lah" digunakan untuk menegaskan frasa predikat atau bahagiannya. 

Partikel  'tah' ialah partikel untuk menyatakan pertanyaan dan soalan kepada diri sendiri.
 
Jadi untuk ayat ini "apatah" agak lebih sesuai.
Lain-lain01.07.2014
12

Kembali ke atas