Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.pli.ka.si] | اڤليکاسي

Definisi : kegunaan (pd praktiknya); mengaplikasikan menggunakan secara prak­tik atau amali, melaksanakan atau meng­gunakan pd amalan: mereka menge­tahui beberapa banyak teori dan terlalu ingin ~ teori itu ke dlm sesi yg baru dimulainya; pengaplikasian perihal (perbuatan) meng­aplikasikan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.pli.ka.si] | اڤليکاسي

Definisi : 1 kegunaan (pd praktiknya). 2 ist atur cara atau program komputer yg direka khusus utk kegunaan tertentu. mengaplikasikan menggunakan secara amali: Setiap pelajar perlu ~ pengetahuan yg dipelajari di sekolah dlm kehidupan harian. pengaplikasian perihal atau perbuatan mengaplikasikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aplikasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
aplikasiaplikasiEjaan11.03.2011
Aplikasi mudah alih mempunyai pengguna yang tertinggi. Walau bagaimanapun, kualiti aplikasi mudah alih adalah masalah yang diketahui. Oleh itu, ujian yang lebih baik telah dijalankan iaitu penyelidikan analisis mutasi untuk aplikasi mudah alih bagi mendapatkan kualiti yang lebih baik. Pertama, mengenal pasti teknik mutasi untuk aplikasi mudah alih. Kedua, mengenal pasti pengendali mutasi untuk aplikasi mudah alih yang akan membuat aplikasi mudah alih mempunyai kualiti yang baik. Akhirnya, pengendali mutasi sesuai akan dilaksanakan dengan kes ujian aplikasi mudah alih. Ini adalah bermasalah kerana kekurangan pendekatan analisis mutasi untuk aplikasi mudah alih. Dengan sebab itu, kajian ini mencadangkan pengusaha mutasi sesuai untuk aplikasi mudah alih.1. Apakah yang dimaksudkan dengan aplikasi mudah alih? Adakah maksud yang ingin disampaikan ialah Telefon mudah alih?
2. Walau bagaimanapun, terdapat masalah dalam aplikasi ini (atau terdapat masalah dalam telefon mudah alih ini).
3. Apakah maksud mutasi dalam ayat ini? Mutasi dalam bahasa Melayu bermaksud perubahan pada bahan genetik sesuatu organisma (tumbuhan, haiwan, dan sebagainya) yang mengakibatkan perubahan ciri tertentu organisma tersebut; 2. (Lin) pengubahsuaian bunyi dalam satu kata yang dipengaruhi oleh bunyi-bunyi yang berhampiran.
Lain-lain17.05.2017
Salam sejahtera, Terjemahan bagi "web application" yang sesuai adalah "aplikasi web" atau "aplikasi sesawang"? Penggunaan dalam bidang teknologi maklumat dan kejuruteraan. Mohon pencerahan dari pihak DBP. Terima kasih.

Terjemahan yang paling sesuai bagi web application ialah aplikasi sesawang, namun aplikasi web juga boleh digunakan.

Penyemakan dan penterjemahan05.05.2019
Bagaimana menulis aplikasi pada software. Perlukan menggunakan huruf besar atau sebaliknya. Contohnya: 1)Pelbagai aplikasi menarik seperti Google Docs, Calendar, dan Google Reader. (2) Akaun CPanel ada dua bahagian, iaitu Menu Kawalan Utama dan Maklumat Akaun Hosting.Aplikasi dalam perisian dianggap sebagai kata nama khas dan ditulis dengan huruf besar seperti Google Docs, Calendar, dan Google Reader.Ejaan25.10.2011
Apakah istillah dalam Bahasa Malaysia untuk aplikasi seperti Google Maps dan Waze? Adakah disebut sebagai aplikasi navigasi GPS?Google Maps dan Waze ialah kata nama khas maka tidak diberikan padanan dan tergolong dalam aplikasi navigasi GPS (sistem penentududukan sejagat).Istilah25.09.2018
Salam sejahtera, Yang manakah antara "cas semula" atau "caj semula" sesuai digunakan untuk terjemahan "recharge" dalam bidang teknologi maklumat? Frasa ini digunakan pada aplikasi telefon pintar. Untuk aplikasi ini, "recharge" bermaksud untuk mengisi semula akaun pengguna dengan wang atau kredit. Contoh ayat: Recharge your account. Mohon pendapat pihak DBP. Terima kasih.Cas bermaksud jumlah tenaga elektrik yang tersimpan dalam sesuatu, misalnya kapasitor, bateri manakala caj pula bermaksud bayaran yang dikenakan untuk sesuatu perkhidmatan atau barang yang dibeli. Berdasakan maksud ayat yang dinyatakan, padanan kata yang sesuai untuk ayat recharge your account ialah caj semula.Makna04.11.2018
Salam sejahtera, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "personalization"? Frasa ini digunakan dalam bidang teknologi maklumat(banyak digunakan pada aplikasi telefon pintar). "personalization" pada suatu aplikasi bermaksud membolehkan pengguna menyesuaikan tetapan pada aplikasi mengikut cita rasa/keperluan mereka. Adakah "personalisasi" juga boleh digunakan untuk terjemah frasa itu walaupun dalam bidang berbeza? Contoh ayat: View personalization settings Sekiranya pihak tuan/puan mempunyai cadangan yang lebih baik, sila nyatakan. Mohon bantuan pihak DBP. Terima kasih.Penggunaan personalisasi hanya ditemukan dalam bidang psikologi. Kamus Besar Indonesia ada menghuraikan maksud personalisasi, iaitu proses, cara, perbuatan mengubah atau memodifikasi sesuatu (telepon, komputer dan sebagainya) agar menunjukkan ciri personal tertentu. Jika bersesuaian dengan konteks penggunaan yang berkenaan perkataan personalisasi boleh digunakan.Tatabahasa04.11.2018
Salam Sejahtera Tuan, Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri saya. Saya, Afif Azfar, merupakan pelajar Tahun Akhir S.M Sains Komputer di UiTM Shah Alam. Saya mempunyai satu tugasan Universiti untuk membangunkan satu aplikasi. Secara ringkasnya, aplikasi ini akan menerima pandangan(opinion) seseorang di dalam bentuk bertulis berkaitan produk tertentu. Menerusi aplikasi ini saya akan memproses pandangan itu dan akan memberi maklum balas bahawa pandangan itu positif atau negatif. Bagi bahagian pemprosesan itu, saya memerlukan senarai kata adjektif sebagai rujukan. Sehubungan dengan itu, bolehkah saya memohon untuk mendapatkan senarai kata adjektif daripada pihak Tuan? Sekiranya boleh, apakah prosedur yang perlu saya lakukan.Untuk makluman tuan, belum ada terbitan khusus/senarai kata adjektif dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun untuk membantu tuan menyiapkan tugasan kuliah tersebut, sila gunakan Tesaurus Bahasa Melayu.Melalui Tesaurus Bahasa Melayu, dapat mengenal pasti kumpulan kata yang diperlukan dan menyenaraikannya bagi melengkapkan tugasan tersebut.Lain-lain31.07.2013
Assalamualaikum... Mohon pertanyaan apakah perkataan yang betul untuk perkataan bahasa Melayu bagi perkataan " Apps" ? contoh : Apps Cuti Hrmis ini adalah di platform android dan ios kah?Wa alaikum salam,

Perkataan Apps dalam bahasa Melayu ialah Aplikasi. Contohnya, Aplikasi Cuti HRMIS.
Istilah23.07.2017
Salam, Dalam aplikasi tablet atau ipad, apa terjemahan dalam Bahasa Melayu yang sesuai bagi : a) placeholder b) Placeholder image c) Ground/Sky color d) Fetching Chapter e) There may be a slight jiggering effect. therefore only enable this feature if you are targeting older devices. f) Can't load nodes g) Remove from Favorites Terima kasih.Cadangan terjemahan kami ialah.
(a) Sandaran
(b) Imej sandaran
(c) Warna alam
(d) Pengambilan bab
(e) Kemungkinan terdapat sedikit kesan kejorongan, maka perlu menggunakan peranti lain
(f) Tidak boleh muat nod
(g) Sisihkan daripada Carian
Penyemakan dan penterjemahan03.11.2015
12345678910...

Kembali ke atas