| Apakah perkataan yang sesuai menggantikan "Appendix" yang digunakan dalam kertas penyelidikan. Adakah Appendiks membawa maksud yang sama dengan perkataan Inggeris tersebut? | Istilah bahasa Melayu untuk "appendix" ialah lampiran. Huraian untuk istilah ini ialah lembaran yang mengandungi data tambahan yang diletakkan selepas teks utama dalam sesebuah buku, makalah atau laporan penyelidikan. | Istilah | 17.11.2016 |