"Salam DBP, Apakah terjemahan perkataan ini " apple to apple" | Jika frasa ‘apple to apple’ diterjemahkan dalam bahasa Melayu maka akan jadi ‘epal sama epal’. Namun jika maksud simpulan bahasa Inggeris ini dalam bahasa Melayu yang ditanya, simpulan bahasa ini membawa maksud membuat perbandingan yang sewajarnya, iaitu dalam kumpulan yang sama. | Makna | 30.06.2014 |
Apple Store akan dibuka di Malaysia. Adakah Apple Store kata nama khas yang tidak perlu diterjemahkan ke bahasa Melayu? Atau boleh diterjemahkan sebagai Gedung Apple? Jika tidak, terjemahan paling sesuai? | Apple Store ialah kata nama khas yang tidak perlu diterjemahkan dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 12.01.2024 |
Istilah sesuai bagi Apple Intelligence yang merupakan produk AI daripada Apple | Istilah Apple Intelligence tidak diterjemahkan dalam bahasa Melayu kerana istilah ini merupakan kata nama khas. Contoh kata nama khas yang tidak diterjemahkan ialah facebook, instagram dan X (twitter). | Istilah | 31.10.2024 |
Jenama Apple telah memperkenalkan satu fitur/fungsi yang dikenali sebagai "Dynamic Island" Apakah terjemahan sesuai bagi fitur tersebut? Adakah fitur Pulau Dinamik boleh digunakan? Maksud Dynamic Island boleh rujuk pautan: https://www.youtube.com/watch?v=WuEH265pUy4 | Padanan bahasa Melayu bagi istilah Dynamic Island ialah Pepulau Dinamik.Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
| Istilah | 10.09.2022 |
Saya ada beberapa orang kawan dari korea, mereka termasuk anak mereka hendak belajar Bahasa melayu dari paling basic. seperti sutu kata sehinggga boleh buat pertuturan. saya tidak dapat cari buku panduan and latihan yang sesuai untuk tujuan ini. kalau ada set buku panduan dan latihan untuk beginner, bolehkah pihak anda kenalkan kepada saya? terima kasih. | Ada beberapa judul buku yang boleh kami cadangkan untuk belajar bahasa Melayu, antaranya: Apple-tab-span"> 1. Untuk peringkat asas/permulaan: Apple-tab-span"> (a) Bahasa Melayu: Boleh Berbahasa Boleh Berkomunikasi Buku 1 (Berserta CD) Apple-tab-span"> oleh Bustam Kamri dan Putri Zabariah Megat A. Rahman Apple-tab-span"> (b) Bahasa Melayu: Boleh Berbahasa Boleh Berkomunikasi Buku 2 (Berserta CD) Apple-tab-span"> oleh Bustam Kamri dan Putri Zabariah Megat A. Rahman Apple-tab-span"> (c) Siri Bahasa Melayu Prasekolah Dewan (buku bacaan tambahan) Apple-tab-span"> (d) Siri KIA2M Apple-tab-span"> (e) Buku-buku teks Bahasa Malaysia untuk Sekolah Rendah (dari Tahun 1 hingga Tahun 6) berserta buku-buku Latihan dan Aktiviti. Apple-tab-span"> 2. Untuk peringkat pertengahan dan lanjutan: Apple-tab-span"> (a) Bertutur dengan Fasih (Speak Malay Fluently) Apple-tab-span"> oleh Norizah Ardi dan Hasbi Yusoff Apple-tab-span"> (b) Perbualan Asas Bahasa Melayu Apple-tab-span"> oleh Anwar Ridhwan Apple-tab-span"> (c) Bahasa Melayu untuk Penutur Asing Apple-tab-span"> oleh Norhashimah Jalaluddin, Madian Omar dan Norzilawati Jais Apple-tab-span"> (d) Peribahasa dan Ungkapan Inggeris-Melayu Apple-tab-span"> oleh Amir Muslim Apple-tab-span"> (e) Tatabahasa Bahasa Melayu Digital (CD) Apple-tab-span"> oleh DBP dan Multimedia University Apple-tab-span"> (f) Tatabahasa Dewan Edisi Ke-3 Apple-tab-span"> oleh Nik Safiah Karim et. al. Apple-tab-span"> (g) Nahu Melayu Mutakhir Apple-tab-span"> oleh Asmah Hj. Omar Buku-buku tersebut boleh didapati di pasaran atau di Kedai Buku Koperasi DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur. | Lain-lain | 29.04.2010 |
Adakah tepat jika saya gunakan terjemahan bagi authorised reseller sebagai "penjual semula berwenang" Contohnya, Apple Authorised Reseller (Penjual semula Apple berwenang) | Cadangan terjemahan bagi authorised reseller yang sesuai ialah Penjual Berdaftar atau Penjual yang Sah. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.09.2022 |
Saya ingin minta pertolongan untuk menterjemahkan "Beef Blood Cubes". Terima kasih | IstilahApple-style-span" color="#333333">Apple-style-span"> Beef Blood Cubes tidak ada dalam sumber rujukan kami. Sila hubungi kami semula dan terangkan konsep istilah berkenaan dan konteks penggunaannya untuk kami cari padanan yang sesuai bagi istilah tersebut. | Lain-lain | 31.12.2010 |
Adakah perkataan 'suatu hari' dan 'satu hari' membawa maksud yang sama? TQVM | Apple-style-span">Suatu hari merujuk kepada Apple-style-span">hari yangApple-style-span" color="#333333"> belum pasti atau abstrak. Misalnya, suatu hariApple-style-span" color="#333333"> nanti akan terbukti juga kesalahan yang telah dilakukannya itu. Satu hari merujukApple-style-span"> bilangan Apple-style-span">hari, seperti hariApple-style-span" color="#333333"> Sabtu. | Tatabahasa | 27.05.2011 |
minta contoh format minit mesyurat dan contoh surat tunjuk sebab yang betul. sekian terima kasih | Apple-style-span"> Apple-style-span">1. Untuk makluman saudara, format surat-menyurat ditentukan oleh Jabatan Perdana Menteri dan format ini diguna pakai oleh semua jabatan sektor awam termasuk DBP. Untuk format memo(urusan dalaman) ditentukan oleh jabatan masing-masing. Format surat rasmi boleh dirujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, halaman 43 : Surat Rasmi Kerajaan. Manakala format surat tidak rasmi adalah seperti surat kiriman lama yang mengikut kesesuaian penulisnya bergantung pada perkara yang dibincangkan. Apple-style-span">2. Format penulisan minit mesyuarat adalah bergantung pada jenis mesyuarat yang diadakan. Format minit bagi setiap mesyuarat masih sebagaimana yang diamalkan pada masa kini. Format yang biasa digunakan ialah bentuk bebas (tanpa kotak) dan dalam kotak. Apabila menggunakan bentuk dalam kotak, tajuk setiap lajur adalah bergantung pada keperluan sesebuah organisasi. Lazimnya bentuk kotak menggunakan tiga lajur, iaitu Bilangan, Perkara/Keputusan, dan Tindakan. Sesetengah jabatan pula menambah satu lagi lajur, iaitu Status Semasa. Saudara boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP untuk maklumat lanjut. Sebagai maklumat tambahan, sila rujuk juga Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.1/1993 untuk penjelasan lanjut mengenai Panduan Mengenai Mesyuarat Pagi yang juga mengandungi panduan menyediakan minit mesyuarat. Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perkara ini, sila berhubung dengan Jabatan Perdana Menteri atau Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. | Lain-lain | 08.02.2011 |
Ada tak perisian lembut 'software' untuk muatturun kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka edisi ke-4 melaui laman web yang percuma. | Apple-style-span"> Apple-style-span">Saudara, Apple-style-span">Untuk makluman saudara, DBP belum lagi menyediakan perkhidmatan tersebut. Walau bagaimanapun, DBP ada menerbitkan Kamus Dewan Eja pro (cakera padat) yang diterbitkan secara kerjasama dengan Syarikat TNT. Di dalamnya terkandung penyemak ejaan yang didasarkan pada Kamus Dewan Edisi ke-4, sejumlah istilah dan kamus istilah dalam pelbagai bidang ilmu, dan Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Bahan digital ini boleh dipasangkan pada PC dan juga pada PDA. Sdr. boleh membeli Dewan Eja pro ini di kedai Koperasi Dewan, Menara DBP atau menghubungi Syarikat Tnt Apple-style-span">melalui info@tntsb.com atau www.tntsb.com atau tel:03-8319 3388. Selain itu juga, saudara boleh menggunakan perkhidmatan Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) secara percuma. Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) berfungsi sebagai enjin carian untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". | Lain-lain | 08.02.2011 |