Ceramah ini diadakan pada 12 April 2020 iaitu pada hari Ahad atau Ceramah ini diadakan pada 12 April 2020 iaitu hari Ahad. Yang manakah ayat yang betul? Terima kasih. | Salam sejahtera, Menurut rekod data kami kedua-dua penggunaan ayat betul. | Tatabahasa | 18.04.2020 |
Encik, nak tanya untuk ayat ini adakah penggunaannya betul? "Ceramah itu diadakan pada 23 April 2019 iaitu pada hari Ahad." | Penggunaan ayat yang lebih gramatis adalah seperti berikut: 1. Ceramah itu akan diadakan pada 23 April 2019 iaitu pada hari Ahad. (atau) 2. Ceramah itu telah diadakan pada 23 April 2019 iaitu pada hari Ahad. | Tatabahasa | 05.04.2020 |
Adakah ayat berikut ini betul? Kelas ganti akan diadakan pada 24 April 2010. Gunakan Jadual Waktu Hari Jumaat. | Ayat Kelas ganti akan diadakan pada 24 April 2010. Gunakan Jadual Waktu Hari Jumaat betul cuma pangkal huruf pada perkataan jadual waktu hari ditulis dengan huruf kecil sahaja kerana. | Tatabahasa | 26.03.2010 |
Mohon pencerahan berkenaan dengan penggunaan kata setakat dan sehingga, yang manakah betul? "Bilangan penerima bantuan setakat 30 April 2015" atau "bilangan penerima bantuan sehingga 30 April 2015?" Terima kasih. | Setakat dan sehingga membawa maksud yang sama, iaitu sampai ke had. | Tatabahasa | 13.05.2015 |
Pada 2 April, sekolah akan (menjalankan / mengadakan) kelas tambahan untuk mengganti cuti Hari Raya. Jadual waktu hari selasa akan (diguna / digunakan) pada hari tersebut. 1. menjalankan/mengadakan - yang mana satu kata kerja betul? 2. diguna atau digunakan? | 1. Pada 2 April 2011, sekolah akan mengadakan kelas tambahan untuk menggantikan cuti Hari Raya. 2. Jadual waktu hari Selasa akan digunakan pada hari tersebut. | Tatabahasa | 06.04.2011 |
Penggunaan ayat yang mana lebih tepat, 1 atau 2? 1) Transaksi tol 100% elektronik di semua plaza tol PLUS mulai 26 April 2017 2) Transaksi tol tanpa tunai (100% elektronik) di semua plaza tol PLUS mulai 26 April 2017 | Kedua-dua ayat yang diberikan adalah betul. | Tatabahasa | 02.03.2017 |
Susulan soalan 19 April 2012. Apakah ayat ...'dengan' harga RM6,000... itu salah, atau masih boleh diterima pakai tetapi cuma yang paling tepat menggunakan 'pada' harga. Terima kasih. | untuk makluman 'dengan' harga RM6,000... itu masih boleh diterima. walau bagaimanapun jawapan yang paling tepat menggunakan 'pada' harga. | Tatabahasa | 25.04.2012 |
Muhd Nazarul Raziman 26HB APRIL 10.33 PTG Muhd Nazarul Raziman Muhd Assalamualaikum Dewan Bahasa & Pustaka Malaysia. Minta maaf menganggu & nak tanya soalan sikit. Soalan 1. Di Dewan Pustaka & Bahasa belah Selatan iaitu Johor Bahru (larkin) itu tiada yang pegawai bertugas ke? 2. Adakah bila kita hantar permohonan pengiklanan kita atau mengambil pengiklanan tersebut itu kami perlu mengambil melalui Pak Guard tersebut disana? 3. Adakah kita tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan Pegawai yang bertugas di Dewan Bahasa & Pustaka Johor Bahru larkin pada jam 3.30petang? 4. Adakah Pak Guard yang memberikan semua pengiklanan yang telah disahkan oleh Pegawai yang bertugas? 5. Memang tak ada pegawai yang bertugas ke di Dewan Bahasa & Pustaka Larkin tu sebab telefon tak ada orang yang angkat? Saya nak ingatkan dari segi kualiti servis yang diberikan oleh sesetengah golongan minoriti dalam bidang pekerjaan seperti ini. Saya sangat kecewa apabila saya sampai ke Dewan Bahasa & Pustaka Johor Bahru Larkin saya disambut oleh seorang Pengawal Keselamatam dengan tanpa senyum dan tanpa menyambut. Lalu beliau bertanyakan pada saya "nak buat apa?".begitu saja????? Lalu saya terangkan untuk proses penghantaran dan pengambilan lesen pengiklanan yang telah disahkan. Jadi saya pula ingin menambah satu lagi pengiklanan yang sama hanya ada beza sedikit saja dari segi gambar. Lalu Pak Guard tidak membenarkan permohonan saya. Jadi saya memohon bantuan pada Pak Guard tersebut, tap | Kami ambil maklum aduan tuan dan terlebih dahulu kami memohon maaf atas kesulitan yang tuan hadapi. Untuk makluman, permohonan iklan di DBP Wilayah Selatan dibuat melalui saluran sedemikian kerana kekangan tugas pegawai. Walau bagaimanapun perkara ini kami ambil perhatian dan akan mengadakan perbincangan dengan pihak yang berkenaan untuk menambah baik perkhidmatan yang kami berikan. Kami berusaha untuk mencari penyelesaian dan memberi keselesaan bagi kedua-dua belah pihak. | Lain-lain | 26.04.2017 |
Majalah Dewan Bahasa keluaran April 2012 menggunakan perkataan internet. Penggunaan huruf besar sebagai huruf pertama perkataan itu menunjukkan majalah itu menganggap Internet ialah kata nama am. Jawapan Khidmat Nasihat pula menunjukkan Internet dianggap sebagai kata nama khas dan kata nama am. Adakah Internet tergolong sebagai nama khas sahaja atau dapat juga menjadi nama am dalam keadaan yang tertentu? | Untuk makluman tuan, berdasarkan kesepakatan ahli jawatankuasa istilah bidang komunikasi dan multimedia, kata internet bukanlah merupakan kata nama khas lagi kerana tersebut telah pun diterima umum dan digunakan secara meluas. Oleh yang demikian, kata tersebut telah diterima sebagai kata nama am dan dieja dengan menggunakan huruf kecil. | Lain-lain | 13.04.2012 |
Bayaran sebelum atau pada 1 April 2019. | Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. | Tatabahasa | 05.11.2018 |