Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arah atur


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan antara atur cara dengan tentatif?Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) takrifan bagi kedua-dua kata tersebut adalah seperti yang berikut:

atur cara
kata nama 1 senarai maklumat tarikh, masa, acara, tempat dsb mengikut urutan yang ditetapkan untuk sesuatu majlis: Susunan atur cara majlis perasmian orientasi terlalu padat.◊atur cara Sambutan Hari Kemerdekaan;

kata nama 2 kaedah atau aturan yang lazim atau sudah ditetapkan untuk melakukan sesuatu kerja atau urusan:penyelidikan yang mengikut tertib atau atur cara yang tepat dan positif;◊Harta benda kesatuan, selain kumpulan wang kebajikan tertakluk kepada atur cara sivil termasuk bagi mendapatkan wang yang terhutang.

kata nama 3 TMK jujukan arahan berkod yang diinput ke dalam komputer yang membolehkan arahan tersebut diproses;

tentatif

kata nama 1 atur cara atau jadual perjalanan sesuatu tugasan atau program, mis bengkel, ceramah atau seminar: Tentatif di atas boleh berubah bila-bila masa sahaja, tertakluk kepada pindaan yang dibuat oleh pihak penganjur.◊Berikut ialah tentatif perjalanan majlis penutup program tersebut.

kata adjektif 2 (berkenaan keputusan, hasil penyelidikan dan sebagainya) belum muktamad dan masih boleh diubah atau dipinda: Cadangan yang dihantar itu adalah tentatif.◊Pihak mereka memberikan tarikh tayangan tentatif di seluruh negara sepanjang tahun ini.

kata adjektif 3 (berkenaan langkah, teori, program dan sebagainya) sementara waktu sahaja: Jepun mengambil langkah tentatif ke arah memperbaik hubungan dengan Korea Utara.

Perbezaan antara dua kata ini adalah merujuk kelas/golongan kata dan makna dalam penggunaannya.

Makna19.09.2023
perkataan yang sesuai peta/pelan ? peta laluan keluar kecemasan bangunan. / pelan laluan keluar kecemasan bangunan.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "peta" bermaksud 1. lukisan (gambar) pd kertas dll yg menun­jukkan kedudukan negeri, sungai, gunung, dll; 2. lukisan (gambar) yg menunjukkan keduduk­an bintang dll di langit; ~ angin peta yg menunjukkan arah peredaran angin; ~ antarabangsa peta dunia yg biasanya berskala 1:1 000 000; ~ bahasa peta yg meng­gambarkan daerah bahasa-bahasa tertentu di­gunakan; ~ bumi peta yg khusus menunjuk­kan tanah (gunung, sungai, dll); ~ kontur peta yg dilukiskan dgn garisan-garisan kontur; ~ kosong peta yg belum ditandai dgn nama tempat (letak sungai, gunung, dll); ~ lakar peta sesuatu kawasan dll yg dilukis dgn secara kasar dan mengandungi hal-hal yg penting sahaja; ~ laut peta yg khusus menunjukkan laut (pulau­pulau, aliran ombak, dll); ~ timbul peta yg dibuat drpd tanah liat (plastisin) dgn gambaran bukit (gunung, sungai, dll) spt yg terdapat di muka bumi; ~ topo peta lengkap sesuatu tempat (yg menunjukkan bandar, jalan, dll); berpeta berupa peta: mendedahkan panau ~-peta di bahu dan di lengannya; memeta membuat peta; memetakan 1. membuat peta tentang se­suatu, menunjukkan kedudukan (keadaan dsb) sesuatu dlm bentuk peta: sebahagian besar daerah itu masih belum dipetakan; 2. meng­gambarkan, melukiskan: Nasib Seorang Muda karangan Cikgu Harun ~ bagaimana seorang kerani muda yg bergaji kecil hidup; pemetaan perihal membuat peta; pemeta orang yg membuat peta.

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua pula, "pelan" bermaksud 1 rajah yg menggambarkan bentuk serta ukuran sesuatu bangunan, kawasan dsb. 2 rancangan yg sudah diatur utk dilaksanakan. ~ induk rancangan menyeluruh yg merangkumi seluruh dasar dan segala rancangan kegiatan yg akan dilaksanakan (dlm pembangunan, perekonomian, dsb): Beberapa kajian terkandung dlm ~ induk projek tsb. ~ lantai lukisan mengikut skala bagi susun atur bilik dsb pd satu lantai sesebuah bangunan. ~ tindakan rancangan yg diatur yg terdiri drpd langkah-langkah utk bertindak secara bijak.

Oleh itu, jawapan yang lebih sesuai ialah "pelan".
Istilah09.04.2013

Kembali ke atas