Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.rah.a.rah] | اره ٢

Definisi : Mn serupa, hampir sama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arah-arah

Puisi
 

Tanjung Sempit Kuala Tembeling,
     Arah menghala Lautan Cina;
Dia mengenyit saya menjeling,
     Kenapa seorang jadi merana.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Seperti pikat kehilangan mata.

Bermaksud :

Bingung tak tentu arah. pikat = sebangsa lalat besar.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah betul? 1. Menuju ke 2. Menuju ke arah 3. Menuju arah ke 4. Ke arah 5. Arah keFrasa yang betul ialah menuju ke, menuju ke arah dan ke arah.Tatabahasa26.09.2013
Yang manakah tepat? 1. Menuju ke arah. 2. Menuju arah ke. Jawapan yang diberikan oleh pihak khidmat nasihat dbp berpendapat bahawa frasa menuju ke arah adalah tepat, tetapi frasa menuju arah ke dijumpai dalam kamus dewan edisi keempat dalam laman web PRPM. Minta penjelasan untuk mengelakkan kekeliruan. Sekian, terima kasih.Kedua-dua frasa menuju ke arah dan menuju arah ke boleh digunakan mengikut konteks ayat.

Contoh ayat;

1.  Peluru berpandu ialah peluru yang boleh dikawal secara elektronik semasa penerbangannya untuk menuju ke arah sasarannya.

2. Para pelajar berjalan menuju arah ke dewan makan.
Tatabahasa26.09.2013
"TOWARDS HOLISTIC EXCELLENCE" KE ARAH KECEMERLANGAN HOLISTIK KE ARAH KECEMERLANGAN MENYELURUHKE ARAH KECEMERLANGAN MENYELURUHLain-lain22.12.2010
atas dunia ini atau di atas dunia ini?Atas ialah kata arah dan kata arah lazimnya hadir sebelum frasa nama atau sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Penggunaan atas dunia atau di atas dunia kurang tepat untuk frasa tersebut kerana dunia tidak menandakan arah atau jurusan.Tatabahasa13.09.2011
terpesong(daripada arah atau landasan yang sewajarnya ) apakah perkataan bagi penerangan di atas? terima kasih..Kami tidak menjawab soalan teka silang kata.Lain-lain17.04.2010
Mereka berlari menuju / menuju ke arah kantin.Ayat yang betul ialah mereka berlari ke arah kantin atau mereka berlari ke kantin.Tatabahasa25.03.2010
Assalamualaikum. Penomboran untuk tanda arah bilik. Mana satu yang sesuai? Atas atau bawah? Wassalam. mysofar@gmail.com Terima kasih.Penomboran tanda arah bilik adalah seperti di bahagian bawah.Lain-lain07.10.2010
Salam Ramadan, 1. Apakah golongan kata bagi: a) atas? b) di atas? 2. Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata 'atas' merujuk kepada kata arah sedangkan ada Munsyi Dewan yang mengatakan bahawa 'atas' ialah KATA SENDI NAMA manakala frasa 'di atas' ialah KATA ARAH. Apakah pendapat tuan dalam hal ini? 3. Apakah penjodoh bilangan bagi klip kertas atau klip besi? 4. Mengapakah perkataan memperolehi, mempersetujui, memperbaiki, memperdalami dan memperhalusi dianggap tidak gramatis dalam bahasa Melayu? 5. Apakah bedanya kata 'meningkatkan' dan 'mempertingkatkan'? 6. Ayat: Malangnya, kini, pemimpin-pemimpin negara khasnya pemimpin Melayu seolah-olah menganggap perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu sudah sampai ke penghujungnya. Betul atau salah rangkai kata 'sudah sampai ke penghujungnya'? Terima kasih.

1 dan 2.  Atas ialah kata arah dan kata arah lazimnya hadir sebelum frasa nama atau sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Perkataan "di" merupakan kata sendi nama. Oleh itu frasa di atas ialah frasa sendi nama.

3. Apakah penjodoh bilangan bagi klip kertas atau klip besi? 

Penjodoh bilangan yang paling hampir untuk digandingkan dengan klip kertas ialah keping. Walau bagaimanapun lazimnya klip kertas dikira dalam bentuk unit, iaitu satu, dua dan tiga atau dalam jumlah yang lebih besar sekotak klip.

 
4. Mengapakah perkataan memperolehi, mempersetujui, memperbaiki, memperdalami dan memperhalusi dianggap tidak gramatis dalam bahasa Melayu?
Apitan memper.....i wujud hasil daripada perkembangan bahasa, iaitu keperluan menyatakan makna khusus bagi sesuatu perbuatan kata kerja, yang sebelum ini tidak terungkap dalam bahasa Melayu. Setakat ini hanya bentuk yang berikut sahaja yang wajar dianggap sebagai jenis kata kerja yang terbentuk dengan apitan memper.....i iaitu: memperingati, memperkawani, mempersuami, dan memperisteri  sebenarnya berbentuk mempersuamii dan memperisterii  tetapi telah berlaku pengguguran satu huruf i dalam kedua-dua perkataan ini  Bentuk yang lazim digunakan merupakan bentuk terbitan yang lewah dan sepatutnya dieja seperti yang berikut: memperolehi seharusnya memperolehmemperbaiki seharusnya memperbaikmemperkuasai seharusnya menguasaimemperdalami seharusnya mendalami memperakui seharusnya mengakui/ memperakukan mempersetujui seharusnya menyetujui memperhalusi seharusnya menghalusi.

5. Apakah bedanya kata 'meningkatkan' dan 'mempertingkatkan'?

Meningkatkan ialah meninggikan kedudukan (taraf dll), membesarkan (pengeluaran dll), memperhebat: daya usaha ini akan ~ kemungkinan pertumbuhan ekonomi; kerjasama antara parti-parti komponen BN perlu ditingkatkan lagi; ~ diri

Mempertingkatkan ialah menjadikan lebih tinggi atau lebih besar lagi (kedudukan, taraf, mutu, hasil pengeluaran, dll), menjadikan lebih hebat (giat, erat, dll), memperhebat: peranan ~ mutu bahasa Melayu tidak terletak di bahu pengkaji dan peminat bahasa sahaja; sikap kejam Soviet itu telah menambah keazaman Mujahideen utk ~ perjuangan mereka;

6. Ayat: Malangnya, kini, pemimpin-pemimpin negara khasnya pemimpin Melayu seolah-olah menganggap perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu sudah sampai ke penghujungnya.

Ayat tersebut betul.

Tatabahasa19.07.2013
DBP, (i) Kata sendi nama 'diguna' untuk menyatakan tempat, arah dan masa. (ii) Kata sendi nama 'digunakan' untuk menyatakan tempat, arah dan masa. Ayat yg mana satukah adalah tepat? Penggunaan inbuhan 'di__kan' . Terima kasih DBPBerdasarkan contoh soalan yang diberi, persoalannya adalah tentang pengguanan kata diguna atau digunakan. Dalam hal ini penggunaan yang betul ialah kata digunakan. Untuk mendapat maklumat tentang apitan di-...-kan, lihat buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 202.Tatabahasa12.08.2010
Selamat pagi. 1. Terima kasih diatas ucapan yang disampaikan sebentar tadi. Betulkah ayat di atas. Jika tidak, apakah kesalahannya.Ayat yang betul ialah "Terima kasih atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi."

Atas ialah kata arah dan kata arah lazimnya hadir sebelum frasa nama atau sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Kata sendi nama 'di' hanya digunakan di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat/ lokasi contohnya '...di atas meja'  dan '...di kampung'.
Tatabahasa03.09.2013
12345678910...

Kembali ke atas