| Apakah perkataan dalam Bahasa Melayu untuk istilah 'inflexed arch', 'trefoil arch', 'unequal round arch' & 'three foiled cusped arch'? | Dalam data kami, tiada padanan khusus bagi istilah yang dinyatakan. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu bagi arch ialah gerbang atau lengkung (untuk bentuk) yang digunakan dalam bidang kesenian. Puan boleh merujuk arch">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=arch untuk carian tersebut. Bagi perkataan "inflexed", padanan bahasa Melayunya ialah terinfleks yang digunakan dalam istilah biologi. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=inflexed. Dalam data kami terdapat istilah trefoil dermatitis dan dipadankan sebagai dermatitis trefoil yang digunakan dalam bidang veteriner. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.07.2014 |
| Assalamualaikum. Apakah istilah bahasa Melayu yang setara dengan istilah bahasa Inggeris ini yang berkenaan dengan corak cap jari: "loop", "arch", dan "whorl"? Sumber: https://facebook.com/bkpjpnm/photos/1707636212652483/ Terima kasih. | Waalaikumussalam. Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk loop ialah gelung; arch (lengkung) dan whorl (pusar). Sekian. Terima kasih. | Istilah | 20.06.2018 |