Assalamualaikum tuan, Saya ada dua (2) soalan seperti berikut: - 1) Saya ingin tahu maksud perkataan rekata dengan lebih jelas dan contoh ayat menggunakan perkataan tersebut. 2) Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat tentang perkataan arkaik dan senarai perkataan arkaik? Adakah sebarang buku diterbitkan? Sekian, terima kasih. | Perkataan rekata merupakan perkataan yang ditandai dengan arkaik dalam Kamus Dewan Edisi Keempat yang merupakan sejenis rasi, kala. Perkataan ini tidak lagi digunakan dalam bahasa Melayu dan data berhubung dengan penggunaan perkataan tersebut tidak dijumpai. Walau bagaimanapun, perkataan rasi merupakan sekumpulan bintang dlm zodiak (mintakulburuj) terbahagi kpd dua belas kumpulan (Akrab, Asad, Delu, Hamal, Hut, Jadi, Jauza, Kaus, Mizan, Sartan, Sunbulat, Saur) | Lain-lain | 13.08.2018 |
Adakah frasa "sejak dua menjak" boleh digunakan dalam bahasa Melayu atau hanya bahasa pasar? | Menjak merupakan perkataan arkaik yang bermaksud "mulai, sejak; semenjak". Perkataan arkaik bermaksud 1. kuno, sudah ketinggalan zaman; 2. sudah tidak lazim dipakai lagi (berkenaan kata, ungkapan, dan sebagainya). Maknanya, istilah tersebut sudah tidak lazim digunakan dan bukan perkataan bahasa Melayu standard. | Lain-lain | 29.09.2016 |
apa kah singkatan untuk perkataan pengkalan, pgkl atau pkln? terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, Pengkal ialah kata arkaik (pingkal) yang tidak lagi digunakan dalam bahasa Melayu. Perkataan pingkal daripada dialek Jawa bermaksud tertawa tergelak-gelak. | Makna | 05.09.2008 |
Assalamualaikum. Boleh terangkan konseo dialek dengan lengkap serta menghuraikan tentang kepelbagaian bahasa yang terdiri daripada Bahasa pijin, kreol, slanga, jargon, koine dan bahasa arkaik. Terima kasih | Dialek ialah satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza daripada bahasa standard, contohnya dialek Kelantan, dialek Kedah dan sebagainya. Bagi makna bahasa-bahasa tersebut, saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, laman web DBP atau menghubungi Bahagian Penyelidikan Bahasa DBP. | Makna | 04.10.2009 |
Assalamualaikum dan apa khabar? Saya ingin meminta jasa baik Tuan/Puan untuk menyenaraikan kata - kata panggilan hormat bahasa halus seperti ayahanda, ibunda, bapanda (walaupun arkaik) yang berakhir dengan -anda, -nda, -da yang terakam dalam kamus dewan. Saya mencuba carian bestari di laman PRPM tetapi gagal. Saya ucapkan ribuan terima kasih jika pihak DBP sudi membantu saya. | Kata panggilan hormat yang lazim digunakan dan terakam dalam Kamus Dewan ialah seperti ayahanda, ibunda, bapanda, kakanda, dinda, anakanda, bonda, nenda dan baginda. | Tatabahasa | 21.10.2018 |
apakah lagi perkataan yang jarang digunakan tetapi terdapat dalam kamus dewan? | Saudara boleh merujuk Kamus Dewan dan mengenal pasti perkataan-perkataan yang ditandakan sebagai arkaik atau sastera lama. | Lain-lain | 30.01.2009 |
Assalamualaikum. Saya hendak bertanya, bolehkah saya mendapatkan ayat contoh bagi perkataan ALPUKAH yang membawa maksud usaha atau inisiatif. Terima kasih. | Perkataan alpukah merupakan perkataan yang ditandai dengan arkaik dalam Kamus Dewan Edisi Keempat yang bermaksud daya usaha, inisiatif dan kehandalan. Perkataan tersebut tidak lazim digunakan oleh masyarakat dalam ungkapan harian. Contoh ayat: Alpukah yang ditunjukkan oleh laksamana dalam mempertahankan kedaulatan negara amatlah dihargai oleh Datuk Bendahara. | Tatabahasa | 18.12.2017 |
Assalamualaikum tuan, Saya ingin bertanya, perkataan 'aksara' adalah kata lain bagi perkataan 'huruf', apakah istilah/perkataan lain yang menggantikan kata 'ayat' dan 'perkataan' (berkemungkinan besar perkataan itu adalah asalnya bahasa sanskrit atau arkaik) | Betul, aksara ialah huruf atau angka. Untuk mendapatkan makna perkataan-perkataan lain sila rujuk laman web www.prpm.dbp.gov.my. | Makna | 18.06.2018 |
Diharapkan pihak DBP dapat menyediakan platform(buku, e-book, pdf) untuk perkataan bahasa melayu lama(sanskrit, klasik dll). Saya meminati untuk belajar bahasa | DBP belum menghasilkan satu terbitan khusus seperti buku atau risalah senarai kata yang bersumberkan kata Sanskrit atau klasik. Walau bagaimanapun sebagai pelajar yang minat untuk belajar bahasa tuan boleh menyemak kamus dan mencari perkataan yang dilabelkan dengan ark (arkaik) dan sl (sastera lama) kerana kata-kata ini dikategorikan sebagai kata klasik (ada juga yang bersumberkan kata Sanskrit) dan sebahagian daripadanya sudah jarang digunakan. | Lain-lain | 27.09.2019 |
Soalan ini spesifik kepada hukum tatabahasa di dalam kata kerja tak transitif:- Sekiranya pengunaan imbuhan ber- itu adalah untuk perbuatan yang dilakukan sebagai kebiasaan, adakah perkataan "bertari" itu benar, atau adakah "menari" itu satu-satunya perkataan yang sah dalam Bahasa Melayu? Bolehkah kita menggunakan kedua-dua perkataan "bertari" dan "menari" di dalam ayat tak transitif, sepertimana kita menggunakan "bernyanyi" dan "menyanyi"? Terima kasih. | Perkataan bertari merupakan perkataan lama yang sudah tidak lazim digunakan, atau arkaik. Pada masa kini perkataan tersebut tidak digunakan lagi dan perkataan tari disesuaikan dengan penggunaan awalan kata kerja me-, iaitu menari. | Tatabahasa | 25.02.2019 |