terjemahan untuk "arm's length deal" | Untuk makluman, istilah "arm's length deal" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun terdapat istilah "arm's length" yang padanan bahasa Melayunya ialah selengan (bidang Ekonomi) dan tulus (bidang Percukaian). Contohnya: arm's length bargaining - rundingan selengan, arm's length transaction - urus niaga tulus). Istilah untuk "deal " pula ialah rundingan atau urus niaga. Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah rundingan selengan atau rundingan tulus. | Istilah | 22.01.2013 |
arm's length - arm's length transaction | selangan - contoh urus niaga selangan | Lain-lain | 11.04.2007 |
single mono swing -arm | swing-arm= lengan ayun | Ejaan | 07.06.2011 |
Maju Trading arm | Syarikat Subsidiari Maju Trading/Syarikat Bersekutu Maju Trading | Tatabahasa | 09.05.2007 |
Salam sejahtera, apakah padanan kata bagi kata "arm chair"? | Untuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "arm chair". Namun, istilah "kerusi berlengan" sesuai bagi menggambarkan fungsi dan bentuk kerusi tersebut. | Istilah | 21.10.2019 |
As'salam. Saya ingin bertanya istilah yang tepat bagi perkataan Robotic arm, adakah Lengan robotik atau Robot lengan. Terima kasih | Penggunaan yang betul ialah lengan robotik. | Penyemakan dan penterjemahan | 31.07.2018 |
Berkaitan dengan carian peribahasa ukur baju di badan sendiri. Persamaannya dalam bahasa Inggeris mengandungi kesalahan ejaan. Stretch your arm no further than your sleeve will reachSekian, terima kasih | Kami maklum berkenaan kesalahan ejaan 'Stretch' yang dieja 'Strech dan ejaan 'sleeve' yang dieja 'slave'. Terima kasih. | Lain-lain | 28.04.2021 |
Salam sejahtera Tuan/Puan. Saya ingin mendapatkan nasihat pihak tuan/puan mengenai istilah Bahasa Melayu yang paling sesuai digunakan sebagai terjemahan bagi yang berikut: 1. Diamond Turned Dome 2. Frangible Dome 3. Shaped Dome 4. Pelicle Filter 5. Mount Articulating Lazy Arm Kesemua istilah tersebut adalah berkaitan alat-alat/bahagian-bahagian peralatan tertentu. Sekian, ribuan terima kasih. | Untuk makluman tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk perkataan yang diberikan. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Diamond Turned Dome - Kubah Pusing Intan 2. Frangible Dome - Kubah Repas 3. Shaped Dome -Kubah Berbentuk 4. Pelicle Filter - Penapis pelikel 5. Mount Articulating Lazy Arm - Lengan Artikulat Lekap | Istilah | 07.12.2015 |
Apakah terjemahan yang sesuai bagi alat/kaedah senaman berikut? Semua istilah ini digunakan dalam bidang sains sukan dan tiada dalam kamus dan carian google. Terima kasih. Weight Stacks Pro Style Dumbbells Hex Style Dumbbells Tricep Bar EZ Curl Bar Flat Bench Hyper Extension Bench Preacher Bench Arm Blaster Abdominal Bench Leg Press Machine Hack Squat Machine Leg Curl Machine Chin Up /Dipping Bars Squat Rack Leg Abduction Machine Lat Pull Down Machine Pec Deck Machine Treadmills Elliptical Trainers Adaptive Motion Trainers Stepmills Stationary Rowers Chest Press Machine TRX Suspension Training Incline Barbell Bench Press Supine Pec Flys Depth Push-Ups Decline Push-Ups Smith Machine Bench Press Machine Vertical Chest Press Standing Hammer Curl Preacher Curl Machine Standing Barbell Pronated Bicep Curl | Kami tidak menyediakan perkhidmatan penterjemahan. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak hasil yang telah diterjemahkan. Kami mencadangkan puan menterjemah dahulu kaedah senaman seperti yang tersenarai dan kami akan menyemak ketetapatan penggunaan perkataan (yang telah diterjemahkan) tersebut dalam bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 30.07.2015 |
Apakah terjemahan yang sesuai bagi alat/kaedah senaman berikut? Semua istilah ini digunakan dalam bidang sains sukan dan tiada dalam kamus dan carian google. Terima kasih. 1) Weight Stacks, 2) Pro Style Dumbbells, 3) Hex Style Dumbbells, 4) Tricep Bar, 5) EZ Curl Bar 6) Flat Bench 7) Hyper Extension Bench, 8) Preacher Bench, 9) Arm Blaster, 10) Abdominal Bench, 11) Leg Press Machine, 12) Hack Squat Machine, 13) Leg Curl Machine, 14) Chin Up /Dipping Bars, 15) Squat Rack, 16) Leg Abduction Machine, 17) Lat Pull Down Machine, 18) Pec Deck Machine 19)Treadmills, 20) Elliptical Trainers, 21)Adaptive Motion Trainers Stepmills, 22) Stationary Rowers, 23) Chest Press Machine, 24) TRX Suspension Training, 25) Incline Barbell Bench Press, 26) Supine Pec Flys, 27) Depth Push-Ups, 28) Decline Push-Ups, 29) Smith Machine Bench Press, 30) Machine Vertical Chest Press, 31) Standing Hammer Curl, 32) Preacher Curl Machine, 33) Standing Barbell Pronated Bicep Curl | Kami tidak menyediakan perkhidmatan penterjemahan. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak hasil yang telah diterjemahkan. Kami mencadangkan puan menterjemah dahulu kaedah senaman seperti yang tersenarai dan kami akan menyemak ketetapatan penggunaan perkataan (yang telah diterjemahkan) tersebut dalam bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 30.07.2015 |