Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : ~s and crafts, seni lukis dan pertukangan; have got st down to a fine ~, cukup pintar: she can borrow his car whenever she likes; she’s got it down to a fine ~, dia dapat meminjam kereta lelaki itu bila-bila masa saja yg dia suka. Dia cukup pintar; the black ~, ilmu sihir. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 12. see FINE ARTS; 13. tricks, schemes, muslihat: all the little ~s employed by women in the pursuit of men, segala muslihat yg digunakan oleh wanita utk memikat lelaki; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 6. field using techniques of art, seni: advertising ~, seni pengiklanan; industrial ~, seni perusahaan; ~ theatre, panggung seni; ~ lyric, lirik seni; ~ linen, linen seni; ~ furniture, perabot seni; 7. (journ) kerja seni; 8. method, knack, cara: the ~ of tying a scarf, cara mengikat selendang; the ~ of saying the right thing, cara mengeluarkan kata-kata yg kena pd tempatnya; 9. principles, methods governing an activity, cara, kaedah: the ~ of war, cara berperang; the ~ of government, cara memerintah; the ~ of building, cara membina bangunan; 10. artfulness, kelicikan; 11. (in pl) creative, non-scientific branches of knowledge, (bidang) sastera: literature and philosophy are among the ~s, kesusasteraan dan falsafah adalah antara bidang sastera; Bachelor of A~s, Sarjana Muda Sastera; an ~s degree, ijazah sastera; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. creation of works of beauty, seni: the ~ of pottery, seni tembikar; ~ for ~’s sake, seni utk seni; 2. human skill (as distinguished from nature) kemahiran seni: could this strange arrangement be the product of ~?, dapatkah susunan yg ganjil ini dianggap sbg hasil kemahiran seni?; 3. fine skill, kemahiran: the story is developed with great ~, cerita itu diolah dgn kemahiran yg istimewa; there’s an ~ to tightrope walking, berjalan di atas tali yg diregang memerlukan kemahiran; 4. works of art collectively, /(karya, ciptaan)/ seni: a work of ~, karya seni; the ~ of the early Egyptians, karya seni Mesir purba; an ~ museum, muzium seni; 5. field, genre of art, seni; (esp painting) seni lukis: an ~ student, penuntut seni; shadow play is an ~, permainan wayang kulit ialah suatu seni; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata art


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya sedang membina Modul Pengurusan Kemarahan Remaja menggunakan Art Therapy. Boleh ke frasa Art Therapy tu saya terjemahkan kepada Terapi Seni? Saya telah merujuk kepada beberapa pakar Art Therapy tetapi mereka tidak izinkan kerana menurut mereka Terapi Seni tidak menggambar art therapy. Apakah pandangan tuan/puan?Untuk makluman, belum ada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk "Art Therapy" dalam pangkalan data kami. Sekiranya "Terapi Seni" tidak sesuai, sila berikan konsep atau maksud "Art Therapy" supaya kami boleh cadangkan padanan bahasa Melayu yang lain.Istilah10.10.2014
Apakah istilah Bahasa Melayu bagi perkataan "state of the art". Terima kasihDalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, terdapat dua padanan untuk state-of-the-art, iaitu 1. terkini 2. tahap pencapaian. Contohnya, padanan bahasa Melayu untuk state-of-the-art teaching method ialah kaedah pengajaran terkini.Istilah07.04.2011
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "art" dan perkataan "menchanically transmitted power" dalam ayat di bawah? "manufacture" includes any art, manner, process or act whatsoever described in Part II of the Schedule, regardless of whether or not the same involves the use of any machinery or mechanically transmitted power;Terjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesebuah bidang. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.Penyemakan dan penterjemahan18.04.2022
Assalamualaikum W.B.T Sempena Sambutan Merdeka 2021, Balai Seni Negara akan mengeluarkan soalan kuiz untuk Awam. untuk soalan kuiz ini, akan dinamakan kuis MERDEK-ART! Persoalan saya, adalah dibolehkan menggunakan perkataan MERDEK-ART INI. Saya lampirkan info untuk rujukan tuan/puan. Terima Kasih.Perkataan MERDEK-ART tidak boleh digunakan. Kami cadangkan ditukar kepada SENI MERDEKA atau KARYA MERDEKA. Untuk makluman puan, bahasa Melayu yang digunakan untuk paparan awam perlulah menggunakan bahasa baku, iaitu bahasa yang betul dari segi ejaan, bentuk kata, tatabahasa dan lain-lain.Lain-lain13.08.2021
Salam sejahtera, Apakah perkataan yang paling tepat bagi menggantikan "waste to art"?Untuk frasa "waste to art", pihak kami mencadangkan dalam bahasa Melayu sebagai "hasil seni bahan buangan". Makna04.09.2020
Bolehkah istilah "seni pemasangan" atau "seni instalasi" digunakan untuk istilah "installation art"? Terima kasih.Kami mencadangkan installation art diterjemahkan kepada seni pemasangan.Penyemakan dan penterjemahan03.05.2017
Selamat pagi. Adakah sesuai jika tajuk "The Art of Chinese Painting" diterjemahkan kepada "Seni Lukisan Tradisional China"? Terima kasih.Padanan terjemahan bahasa Melayu iaitu “ Seni Lukisan Tradisional China”  untuk “The Art of Chinese Painting” diterima bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Makna05.09.2024
Mohon semak istilah atau frasa dalam Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia yang telah di terjemahkan. Soalan: 1. Pembuka Pintu Kecemasan (Emergency Door Release) 2. Buka Penutup (Open the Cover) 3. Putar Pemegang ke "1" dan tunggu ART berhenti (Turn handle to "1" and wait for ART to stop) 4. Putar Pemegang ke "2" dan tolak pintu untuk membuka (Turn handle to "2" and push door to open) 5. Jika tidak dapat putar pemegang ke "2". tunggu sebentar dan cuba sekali lagi (If handle does not turn to "2", wait and then try again) 6. Denda akan dikenakan diatas sebarang penyalahgunaan (Any misuse will be subject to a fine)

Cadangan terjemahan yang bersesuaian adalah seperti yang berikut:

1. Pembuka Pintu Kecemasan
    (Emergency Door Release)

2. Buka Penutup
    (Open the Cover)

3. Denda akan dikenakan terhadap sebarang penyalahgunaan.
    (Any misuse will be subject to a fine)

4. Putar pemegang ke arah angka "1" dan tunggu ART berhenti.
    (Turn handle to "1" and wait for ART to stop)

5. Putar pemegang ke arah angka "2" dan tolak pintu untuk membuka.
    (Turn handle to "2" and push door to open)

6. Jika tidak dapat memutar pemegang ke arah angka "2", tunggu sebentar dan cuba sekali lagi.
    (If handle does not turn to "2", wait and then try again)

Walau bagaimanapun, cadangan terjemahan di atas hendaklah bersesuaian dengan konteks penggunaan dalam bidang yang dimaksudkan.

Lain-lain19.08.2024
Adakah terjemahan dibawah boleh diterima? The Subtle Art Of Not Giving A Fuck - Sebuah seni untuk bersikap tidak ambil peduli. Terima kasih.

Dalam konteks dan budaya Melayu secara khususnya dan Malaysia secara amnya tidak wujud “satu seni” untuk tidak mempedulikan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika hal tersebut mengandungi unsur tabu seperti mencarut dan hal yang berunsurkan kelucahan, jika wujud pun, hal sedemikian akan wujud secara “berselindung”, disampaikan secara berkias atau dianggap sesuatu yang kasar.  Merujuk kepada The Subtle Art Of Not Giving A Fuck frasa ini boleh ditafsirkan “tidak peduli” atau “tidak kisah”.

Lain-lain11.04.2022
Mohon semak istilah atau frasa dalam Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia yang telah diterjemahkan. Soalan 1: Pembuka Pintu Kecemasan (Emergency Door Release) Soalan 2: Pintu Dibolehkan Membuka (Door Unlocked) Soalan 3: Buka Penutup (Open the Cover) Soalan 4: Putar pemegang ke arah "Pintu Dibolehkan Membuka" (Turn handle to "Door Unlocked" position) Soalan 5: Tunggu ART berhenti sepenuhnya (Wait for ART to come to a complete stop) Soalan 6: Tolak pintu untuk membuka (Push door to open) Soalan 7: Berhati-hati dengan kenderaan lalu lintas semasa menurun (Be aware of oncoming traffic when alighting) Soalan 8: Denda akan dikenakan sekiranya berlaku penyalahgunaan (Any misuse will be subject to a fine)

Berikut merupakan senarai frasa yang telah diberikan penambahbaikan:

  1. Pembuka Pintu Kecemasan (Emergency Door Release)
  2. Pintu Dibuka (Door Unlocked)
  3. Buka Penutup (Open the Cover)
  4. Putar Pemegang untuk Membuka Pintu (Turn handle to "Door Unlocked" position)
  5. Tunggu ART Berhenti Sepenuhnya (Wait for ART to come to a complete stop)
  6. Tolak Pintu untuk Membuka (Push door to open)
  7. Berhati-Hati dengan Kenderaan Lalu Lintas Semasa Turun (Be aware of oncoming traffic when alighting)
  8. Denda akan Dikenakan Sekiranya Berlaku Penyalahgunaan (Any misuse will be subject to a fine)

Walau bagaimanapun, penggunaan frasa bahasa Melayu tersebut haruslah bersesuaian dengan konteks dan bidang yang dilambanginaya.

Penyemakan dan penterjemahan27.09.2024
12

Kembali ke atas