Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vt mengartikelkan: I was ~d to a firm of solicitors for two years, saya diartikelkan dgn syarikat peguam cara; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. any one of a group of things, barang: ~s of clothing, barang-barang pakaian; toilet ~s, barang-barang mandian; 2. unspecified, previously named thing, barang; 3. literary composition (other than fiction) rencana, makalah, artikel: a leading ~ on the subject, rencana utama ttg perkara itu; 4. (gram.) kata sandang: definite ~, kata sandang tentu; indefinite ~, kata sandang tak tentu; 5. clause, section of anything written, perkara: each ~ in the agreement was subject to prolonged debate, setiap perkara di dlm perjanjian itu diperdebatkan dgn panjang lebar; ~s of apprenticeship,perkara-perkara perantisan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata article


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah padanan BM untuk article (undang-undang) selain daripada 'perkara'? Adakah 'barang'?Ada pelbagai padanan makna "article" dalam bahasa Melayu.  Selain bermaksud "perkara" dalam konteks undang-undang, article juga bermaksud "barang", rencana dan sebagainya yang boleh tuan/puan temui dalam kamus. Padanan bahasa Melayu ini boleh disesuaikan mengikut konteks ayat.Makna20.04.2016
Apakah terjemahan 'box article' dalam bahasa melayu"Box article" diterjemahkan sebagai kotak maklumat dalam bahasa Melayu dan selalulnya melibatkan industri kewangan.Makna12.03.2020
Assalamualaikum. (1) Apakah maksud "sedekap"? (2) Manakah ejaan yang betul: "qiam" atau "qiyam"? Dan apakah maksudnya? Terima kasih. Sumber: http://al-fikrah.net/index.php?option=com_content&view=article&id=149&Itemid=161Untuk makluman saudara, perkataan qiyam/qiam dan sedekap tiada dalam data PRPRM. 

Dalam data kami, hanya terdapat perkataan qiamullail yang bermaksud berjaga pada waktu malam untuk beribadat seperti bersembahyang sunat, berzikir, berdoa.
Ejaan21.04.2013
salam, saya pelajar PhD, Universit Teknologi Malaysia, ingin bertanya istilah seperti " (1) place making, (2) sense of Place, (3)governance (4) locality kalo hendak di tukar kepada bahasa melayu, .contoh article .Untuk makluman, belum terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "place making" dan "sense of place". Istilah bahasa Melayu untuk "governance" ialah tadbir urus dan "locality" ialah ketempatan, kawasan atau tempat.Istilah03.04.2014
Salam, Mohon menyemak status penggunaan bahasa di media diatas talian seperti bharian, harian metro dan lain-lain. Semenjak akhir-akhir ini, terlalu banyak kesalahan tatabahasa sehinggakan mengelirukan pembaca. Kebannyak masalah, seumpama hasil daripada "google translate" yang mana tatabahasa tidak dijaga dan sesuka hati di letakkan di dalam sessuatu ayat. Contoh: BH; yang mana benar sama ada "penghawa dingin" atau "Pendingin Hawa". http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pendinginhawadiperlahan/Article/Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Unit Pemantauan akan mengeluarkan surat teguran kepada pihak media yang berkenaan.Lain-lain16.08.2013
Assalamualaikum wbt Apakah maksud perkataan memperjudiskan? Contoh ayat : 1. sebaliknya hakim bicara telah mengambilkira keterangan-keterangan yang 'memperjudiskan' perayu-perayu. 2.Kedua, perayu-perayu mempunyai peluang untuk menyangkal (to rebut) anggapan dibawah s.37(d) ADB 1952 dan oleh itu perayu-perayu tidaklah 'terperjudis'. Kedua-dua contoh ini saya dapati di alamat url berikut: (http://www.kehakiman.gov.my/directory/judgment/file/K-05-8-2011.pdf) 3. AMER HAMZAH: Sejak kamu mendapat maklumat yang boleh 'memperjudiskan' tertuduh, keterangan kamu pada hari ini (semalam) memihak kepada pendakwaan. Contoh ketiga boleh didapati di alamat url berikut :(http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Saksinafimemihakpendakwa/Article) Mohon nasihat daripada pihak tuan/puan Terima kasih -Mohd Habib bin Abdul Halim-Perkataan memperjudiskan tiada dalam data kami. Perkataan yang paling hampir ialah prejudis  yang bermaksud rasa suka atau tidak suka yang tidak berasas terhadap sesuatu kaum, agama, dan sebagainya.

Manakala padanan bahasa Melayu bagi istilah prejudice ialah prasangka.
Tatabahasa19.06.2013
saya ingin tahu maksud telefon pintar

Selamat petang saudari Mila,

Di pihak kami tiada maklumat teperinci mengenai telefon pintar tetapi menurut sumber di
http://ms.wikipedia.org/wiki/Telefon_pintar
 telefon pintar ialah telefon bimbit yang memiliki ciri pengkomputeran maju berbanding dengan telefon bimbit biasa. Telefon pintar membolehkan penggunanya memasang aplikasi canggih di dalamnya berasaskan pelantar telefon seperti Symbian, Android, iOS atau Windows Phone.

Selain itu saudari juga boleh merujuk sumber dari laman web Metro
Article">http://www.hmetro.com.my/articles/OSbentukkaedahpenggunaan/Article untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai telefon pintar.

Makna15.10.2012

Kembali ke atas