ARTISTIK | Artistik bermaksud sangat indah atau berasaskan (berkaitan dgn, menunjukkan, dsb) nilai-nilai seni. | Makna | 20.02.2009 |
Assalamualaikum. Saya Abdul Hizar, pelajar Penulisan Artistik dari Fakulti Filem Teater dan Animasi, UiTM Kampus Puncak Perdana. Saya ingin memohon latihan industri di DBP tapi saya tidak tahu caranya untuk memohon. Apakah yang perlu saya lakukan? | Untuk makluman tuan, semua urusan yang berkaitan latihan industri diselaraskan dan diuruskan oleh Akademi DBP. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Dr. Amran bin Joned, Ketua Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Beliau juga boleh dihubungi melalui talian 03-21479000 atau e-mel amran@dbp.gov.my. | Lain-lain | 05.11.2015 |
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan khidmat nasihat pihak tuan/puan tentang beberapa padanan terjemahan berikut: (1) cultural infusion between the north and south – pengharmonian budaya @ penerapan / asimilasi budaya antara bahagian utara dengan bahagian selatan?? (2) artistic conception @ artistic mood - konsepsi artistik?? (3) put oneself into others’ shoes – memikirkan dari sudut orang lain?? (4) Classical Prose Movement – Kempen / Gerakan Prosa Klasik @ Kempen/gerakan reformasi susastera?? (5) modes of ancient Chinese music - mod muzik China purba? (6) literary creation – penciptaan karya sastera @ pengkaryaan sastera? (7) conditions for life – syarat kehidupan? Keadaan kehidupan? Keperluan kehidupan? (8) great man – insan yang hebat/ unggul/ terpuji/ mulia @ personaliti unggul? (“Great man” di sini merujuk kepada seseorang yang berkeperibadian tinggi dan mempunyai aspirasi yang jitu, jujur dan lurus serta mengamalkan cara hidup yang ringkas dan sederhana) Terima kasih. | Berikut merupakan padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang dinyatakan: 1. cultural infusion between the north and south: pemaduan budaya utara dan selatan 2. artistic conception: konsepsi seni/konsepsi artistik 3. artistic mood: suasana seni/suasana artistik 4. put oneself into others’ shoes: meletakkan diri pada situasi orang yang berkaitan 5. Classical Prose Movement: Gerakan Prosa Klasik 6. modes of ancient Chinese music: mod muzik China purba 7. literary creation: penciptaan karya sastera 8. conditions for life: keadaan kehidupan 9. great man: insan hebat/insan unggul Walau bagaimanapun, padanan perkataan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat. | Makna | 30.07.2021 |
Saya sedang mencari nama yang sesuai untuk penjenamaan semula bilik-bilik khas di sekolah saya. Contohnya untuk perpustakaan, makmal bahasa dan studio seni. saya agak teruja apabila mendengar perkataan gapura. adakah ia sesuai. contoh penggunaannya - gapura ilmu untuk perpustakaann, gapura linguistik untuk makmal bahasa dan gapura artistik untuk studio seni. Adakah ia sesuai? terima kasih. | Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan gapura sebagai pintu gerbang (istana, kuil, dll); ~ ilmu ki institusi, pertubuhan, dll yg berjuang membina dan mengembangkan ilmu: ilmu sastera berkembang bukan sahaja dr ~ ilmu malah melalui gagasan persendirian. Berdasarkan takrifan tersebut, istilah gapura tidak sesuai untuk penamaan sebuah bilik. | Istilah | 01.04.2010 |